Assalamualaikum dan Salam 1Dunia.
Terkejut apabila membaca berita kesedihan yang melanda keluarga salah seorang rakan blogger, Dayah Bachtiar iaitu pemilik blog DengariSaya.blogspot.com . Rumah kediaman yang mereka sekeluarga duduki di Sungai Chua, Kajang telah hangus dijilat api. Sudah pasti lidah kelu tidak terkata apabila melihat sendiri api yang marak membakar. Kejadian dianggarkan berlaku pada jam 11.50 malam tadi ketika mereka pulang ke rumah selepas habis latihan silat.
Rumah sudah berasap, jiran memang dah kat depan rumah. Ada yang dah telefon BOMBA dan suami Dayah cuba masuk tetapi hanya separuh jalan disebabkan asap yang sangat tebal sudah memenuhi ruang rumah. Pihak BOMBA sampai sepuluh minit selepas panggilan kecemasan tersebut. Agak ralat disebabkan tekanan air yang kurang menyebabkan api cuma dapat dipadamkan selepas dua jam.
Habis rentung dan hitam legam ruang dinding rumah mereka. Dari gambar yang diberikan, mana mungkin dapat selamatkan semua barang-barang dan perabot rumah. Keterangan juga sudah diambil oleh pihak berkuasa untuk siasatan lanjutan. Pada waktu sementara ini, mereka sekeluarga menumpang rumah ibu Dayah di Sekamat.
Sehubungan dengan itu pihak Denaihati ingin menyeru kepada semua rakan di luar sana untuk turut sama-sama membantu rakan blogger kita ini. Mudah sahaja, mulai hari ini 19 Oktober sehingga 26 Oktober 2014, setiap satu komen yang ditulis di blog Denaihati adalah bernilai RM1 untuk didermakan kepada keluarga mangsa.
Komen dan coretkanlah apa sahaja yang berkaitan di entry ini dan juga mana-mana entry di dalam blog Denaihati ini. Sebagai tanda anda semua memberi sokongan moral dan secara tidak langsung dapat membantu keluarga rakan blogger kita ini. Seingat penulis, beliau memang memberikan komitmen yang baik dalam acara-acara yang dianjurkan oleh Denaihati Network seperti di Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2014. Bachplussize selaku penaja hadiah cabutan bertuah, membuka booth jualan dan sudah tentu menyertai event yang telah dianjurkan.
1 komen 1 Ringgit akan didermakan
Jangan lupa. Sampaikan kepada rakan-rakan yang lain. Pihak team Denaihati mengucapkan salam takziah kepada keluarga Dayah Bachtiar, semoga mereka terus menjalani kehidupan seperti biasa. Ujian datang tanpa diduga, hanya redha dan ikhlas menerima akan dapat semula balasan yang belipat kali ganda lebih baik.
[box type=”shadow”]Jumlah komen terkumpul 1845 komen = RM 1845.00[/box]
Sumbangan tunai
Kepada yang ingin membuat sumbangan tunai, boleh transfer ke akaun berikut dan isi borang di bawah, pihak kami akan menguruskan sumbangan tersebut dan menyalurkan bersama-sama jumlah sumbangan dari komen ini.
Nama akaun : Denaihati Resources
Nombor akaun : 562834616817
Nama bank : Maybank
Error: Contact form not found.
No related posts.
1,542 Comments
Salam takziah daripada saya sekeluarga. Insha Allah sinar akan muncul selepas ini.
Banyak dugaan yang menguji ramai rakyat Malaysia sepanjang tahun ini… Moga sahabat kita ni dapat menerimanya dengan baik. Insyaallah berkat doa kita semua hatinya kembali tenang dan semoga dilimpahkan rezeki agar dapat membina semula kehidupan dengan lebih baik. Insyaallah
Curahan rasa Lal @ ..PT3 lagi senang dari PMR??
Semoga Allah memberikan rezeki yang lain kepada keluarga ini. Kita sebagai rakan dpat mebantu meringankan beban mereka sekadar yang mampu
Curahan rasa Miracle Vitamins @ ..Kebaikan Set Penyusuan Shaklee
Amat perit dugaan yg dilalui..semoga keluarga mangsa tabah menghadapinya..
Curahan rasa Panduan Exam @ ..Panduan Exam Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41
Salam takziah buat keluarga hidayah…semoga terus tabah menghadapi ujian ni…
Curahan rasa Ezad Skytech @ ..Western Express Bandar Sri Permaisuri Cheras
Takziah buat keluarga mangsa kebakaran. Semoga Tabah hadapi ujian ini.
Curahan rasa Firdaus @ ..Nasib Fresh Graduate Dalam Bidang Kerjaya
semoga banyak pihak yang ringan tulang untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..October Wrap
Semoga Tabah hadapi ujian darinya, in Sha Allah itu tanda dia Syg pada hambanya…
salah satu ujian daripada NYA kepada kita. haruslah kita terima dengan redha ujian daripada NYA
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..October Wrap
Sabar ya …In Sha Allah Ada hikmah di sebaliknya.. Semoga Allah memberi pahala di setiap dugaan nya..
Elakkan kebakaran dgn Flamoff.
Grab, Aim, Throw.
Saves Lives now.
http://www.flamoff.net
0192292729
harap flamoff membantu semua pada masa akan datang. mecegah mungkin akan membatu sedikit sebanyak
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..October Wrap
Salam Takziah buat keluarga mangsa. Setiap musibah ada hikmahnya. Semoga keluarga bertabah dalam menghadapi musibah ini
Curahan rasa lankapo @ ..Tips dan Panduan Exam PTD 2014
MasyaAllah… kejadian mcm ni mmg tak diduga. Simpati saya pada keluarga encik Bachtiar. Semoga tabah dgn ujian Allah ni.
Curahan rasa MK Hakimi @ ..Street Shooting Di Jalan Dhobby
Simpati kita boleh disalurkan melalui komen ni juga..semoga di terima oleh Allah amalkan kita ni
Curahan rasa Miracle Vitamins @ ..Cara Berkesan Hilangkan Jerawat
semoga Allah merahmati Dayah Bachtiar dan keluarga…bersabarlah dengan dugaanya
Kejadian begini bukan kehendak kita semua. Moga Dayah Bachtiar tabah.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Allah memilih dikalangan hambaNya yang mampu menerima ujian dengan redha
Curahan rasa Miracle Vitamins @ ..Cara Dapat Keahlian PERCUMA!
MasyaAllah, kesiannya (>_<) semoa keluarga belia tabah & sabar menhadapi ujian
Curahan rasa Nadiah Othman @ ..Alfalfa Complex Rahsia Keintiman dan Kesuburan
Berdoa dan menenangkan hati mereka ja yg mampu kita hulurkan buat masa INI..semoga tabah!
Curahan rasa Miracle Vitamins @ ..Tips Tidur Yang Lebih Lena
Semoga Allah memberi kekuatan dan ganjaran yang lebih baik di akhirat sana.
Sabar, tabah dan terima segala ujian dari Allah Taala. Moga Allah bagi ganjaran diakhirat nanti.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Ya. Allah nak tingkat darjat tu. Bersabar dengan ujianNya. Allah tahu penerima ujian itu mampu menerimanya. InsyaAllah
Harapnya sumbangan yang diberikan boleh meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga Dayah … saya pasti ramai blogger Malaysia yang berhati mulia akan bantu walaupun kecil …
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Contoh Soalan dan Rujukan Peperiksaan Online PTD 2014
Comments are closed.