Assalamualaikum dan Salam 1Dunia.
Terkejut apabila membaca berita kesedihan yang melanda keluarga salah seorang rakan blogger, Dayah Bachtiar iaitu pemilik blog DengariSaya.blogspot.com . Rumah kediaman yang mereka sekeluarga duduki di Sungai Chua, Kajang telah hangus dijilat api. Sudah pasti lidah kelu tidak terkata apabila melihat sendiri api yang marak membakar. Kejadian dianggarkan berlaku pada jam 11.50 malam tadi ketika mereka pulang ke rumah selepas habis latihan silat.
Rumah sudah berasap, jiran memang dah kat depan rumah. Ada yang dah telefon BOMBA dan suami Dayah cuba masuk tetapi hanya separuh jalan disebabkan asap yang sangat tebal sudah memenuhi ruang rumah. Pihak BOMBA sampai sepuluh minit selepas panggilan kecemasan tersebut. Agak ralat disebabkan tekanan air yang kurang menyebabkan api cuma dapat dipadamkan selepas dua jam.
Habis rentung dan hitam legam ruang dinding rumah mereka. Dari gambar yang diberikan, mana mungkin dapat selamatkan semua barang-barang dan perabot rumah. Keterangan juga sudah diambil oleh pihak berkuasa untuk siasatan lanjutan. Pada waktu sementara ini, mereka sekeluarga menumpang rumah ibu Dayah di Sekamat.
Sehubungan dengan itu pihak Denaihati ingin menyeru kepada semua rakan di luar sana untuk turut sama-sama membantu rakan blogger kita ini. Mudah sahaja, mulai hari ini 19 Oktober sehingga 26 Oktober 2014, setiap satu komen yang ditulis di blog Denaihati adalah bernilai RM1 untuk didermakan kepada keluarga mangsa.
Komen dan coretkanlah apa sahaja yang berkaitan di entry ini dan juga mana-mana entry di dalam blog Denaihati ini. Sebagai tanda anda semua memberi sokongan moral dan secara tidak langsung dapat membantu keluarga rakan blogger kita ini. Seingat penulis, beliau memang memberikan komitmen yang baik dalam acara-acara yang dianjurkan oleh Denaihati Network seperti di Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2014. Bachplussize selaku penaja hadiah cabutan bertuah, membuka booth jualan dan sudah tentu menyertai event yang telah dianjurkan.
1 komen 1 Ringgit akan didermakan
Jangan lupa. Sampaikan kepada rakan-rakan yang lain. Pihak team Denaihati mengucapkan salam takziah kepada keluarga Dayah Bachtiar, semoga mereka terus menjalani kehidupan seperti biasa. Ujian datang tanpa diduga, hanya redha dan ikhlas menerima akan dapat semula balasan yang belipat kali ganda lebih baik.
[box type=”shadow”]Jumlah komen terkumpul 1845 komen = RM 1845.00[/box]
Sumbangan tunai
Kepada yang ingin membuat sumbangan tunai, boleh transfer ke akaun berikut dan isi borang di bawah, pihak kami akan menguruskan sumbangan tersebut dan menyalurkan bersama-sama jumlah sumbangan dari komen ini.
Nama akaun : Denaihati Resources
Nombor akaun : 562834616817
Nama bank : Maybank
Error: Contact form not found.
No related posts.
1,542 Comments
Takziah buat magsa sekeluarga…bykkan sabar dengan dugaan yg telah tertulis oleh Allah swt.. In sha Allah Allah akan gantikan yg lebih baik. Aamiin.
Curahan rasa afasz @ ..Wordless Wednesday : Lempeng by Chef Aizu Amros
inshaAllah, inshaAllah. semoga digantikan dengan sesuatu yang lebih baik di masa hadapan kan sis. apa pun, semoga kak dayah tabah menerima dugaan ini.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..BE Nuffnang ke-5 : iH Media Liese
takziah diucapkan kepada bachtiar hidayah sekeluarga.. semoga tabah dan kuar semangat hadapi dugaan ni..
Curahan rasa Cetusan Suara @ ..Pelan Baru Internet of Xpax (IOX)
semoga tabah dan kuatkan semangat untuk menghadapi dugaan ini. anggaplah ianya adalah dugaan kecil untuk kita sentiasa beringat padaNya.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..BE Nuffnang ke-5 : iH Media Liese
Ujian hanya utk insan terpilih. Allah mgambil yg sedikit utk digantikan dgn yg lbh byk. Redha itu payah tp buahnya manis. Takziah utk yg terlibat.
suka dengan komen sis diatas. betul, kadang kita selalu menyalahkan diri sendiri, kenapa kita selalu diduga. tapi sebenarnya, kita diduga ada sebab.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..BE Nuffnang ke-5 : iH Media Liese
semoga bachtiar tabah menghadapi dugaan ini.InsyAllah akan ada rezeki yang lain nanti.
Curahan rasa Norhayati Suaib @ ..Rambut Berkelemumur Punca Gatal Di Kepala
inshaAllah. itu yang kita harapakan, semoga kak dayah terus tabah dan jangan bersedih lagi. inshaAllah, ada yang lebih baik menanti.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..BE Nuffnang ke-5 : iH Media Liese
rumah yang sebelum ni dijadikan tempat berlindung ranap begitu sahaja. tabah la hidayah
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sebab Kenapa Anda Perlu Beli iPhone 6
kita doakan yang terbaik buat mereka yang nik. kita sebagai rakan blogger, bantu disini dengan meninggalkan komen dan semoga komen yang kita tinggalkan dapat membantu keluarga dayah.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..BE Nuffnang ke-5 : iH Media Liese
masih ada tiga hari lagi untuk kita bahtu rakan blogger kita ni. jom komen banyak banyak
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Bila Hati Berbicara di Tv3
sekali kita tolong orang Allah akan balas dengan kebaikan. semoga keuarga hidayah dapat mmbina kehidupan seperti dulu
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sebab Kenapa Anda Perlu Beli iPhone 6
betul nik. hari ini, hari mereka, esok lusa macam mana pula nasib kita. moga ada lagi para blogger lain sudi datang membantu keluarga dayah.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..BE Nuffnang ke-5 : iH Media Liese
thumbs up utk kempen menolong rakan blogger kita..thumbs up team DH!
Curahan rasa JMR23 @ ..Stuff Crab Kemaman..
Bila kita membantu insan lain yang memerlukan maka Allah akan permudahkan urusan kita juga. Semoga DH bertambah rezekinya
Curahan rasa Miracle Vitamins @ ..Destinasi Percutian Idaman Saya
inshaAllah, dan mudah-mudahan, usaha murni DH dan rakan blogger lain dipermudahkan lagi untuk membantu sis dayah.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..BE Nuffnang ke-5 : iH Media Liese
salute DH! memang satu usaha yang murni untuk membantu rakan blogger kita.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..BE Nuffnang ke-5 : iH Media Liese
Semoga keluarga puan dayah sabar hadapi dugaan. InsyaAllah nanti ada rezeki dari sudut lain pulak. 🙂
Bagus Denaihati buat campaign macam ni untuk membantu keluarga Puan Dayah. 🙂
Curahan rasa Nor Hidayah @ ..Our Marriage Life #3 : Islam Dah Pandai Check Browser History ?
Tak ramai yang sanggup membanu rakan di kala kesusahan kan? Semoga keluarga ini juga bertabah!
Curahan rasa Miracle Vitamins @ ..Turunkan Tekanan Darah Tinggi Tanpa Makan Ubat
Yup. kadang masa inilah kita tahu, siapa kawan dan siapa lawan. tapi, apa pun, kita doakan dan harapkan yang terbaik untuk kak dayah sekeluarga.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..BE Nuffnang ke-5 : iH Media Liese
Semoga puan dayah tabah dan redha akn ujian ini..berat sungguh ujian itu tetapi InshaAllah,Allah akn beri lbh baik..
Curahan rasa ohpilihanku @ ..10 JARUM SYAITAN DAN 10 PENAWAR.
innalillah. salam takhziah kepada saudari Dayah dan keluarga. Allah beri ujian pada hamba-Nya yg mampu untuk menghadapi ujian tersebut. tabahlah hati saudari Dayah dan sekeluarga. amiin
Curahan rasa nazra @ ..12 CARA Untuk Ucapkan Selamat Tinggal kepada Parut Jerawat!
betul tu..hanya insan terpilih je yg dipilih Allah..berat ujian ni utk org biasa2..
Allah memilih dari kalangan hamba-Nya yang mampu diuji dengan ujian seberat ni. Tahniah uga pada DH yang sanggup hulurkan bantuan ringankan beban keluarga ini
Curahan rasa Miracle Vitamins @ ..Cara Dapat Keahlian Shaklee PERCUMA!
Salam takziah kepada saudari Dayah sekeluarga.
Semoga ujian ini diterima dengan tabah dan redha…!
Kamu kuat! …dan mampu hadapi semua ni!!! InshaAllah…Amin!
Curahan rasa Najeeb Abdullah @ ..Family Finger Nursery Song Rhythm
Semoga Puan Dayah kuat semangat. Pasti ada sesuatu yang lebih baik menanti. Insyallah.
Curahan rasa sukacuka @ ..Orang Cakap, Jangan Belajar Dari Ketam Melayu. Betul Ke Bohong?
bila tgk hasil titik peluh rentung sekelip mata, memang menggigil lutut ni. semoga BH n suami bertabah.
Curahan rasa Akuzle Ayu @ ..Kad Nama
Kita doakan semoga keluarga ini tabah dan redha dengan ujian dan dugaan yang Allah berikan.Takziah!
Curahan rasa Miracle Vitamins @ ..Kebaikan Set Penyusuan Shaklee
Salam takziah sy ucapkn,semoga tabah memulakn kembali sinar hidup dan dipermudahkn segala urusan.
Comments are closed.