Assalamualaikum dan Salam 1Dunia.
Terkejut apabila membaca berita kesedihan yang melanda keluarga salah seorang rakan blogger, Dayah Bachtiar iaitu pemilik blog DengariSaya.blogspot.com . Rumah kediaman yang mereka sekeluarga duduki di Sungai Chua, Kajang telah hangus dijilat api. Sudah pasti lidah kelu tidak terkata apabila melihat sendiri api yang marak membakar. Kejadian dianggarkan berlaku pada jam 11.50 malam tadi ketika mereka pulang ke rumah selepas habis latihan silat.
Rumah sudah berasap, jiran memang dah kat depan rumah. Ada yang dah telefon BOMBA dan suami Dayah cuba masuk tetapi hanya separuh jalan disebabkan asap yang sangat tebal sudah memenuhi ruang rumah. Pihak BOMBA sampai sepuluh minit selepas panggilan kecemasan tersebut. Agak ralat disebabkan tekanan air yang kurang menyebabkan api cuma dapat dipadamkan selepas dua jam.
Habis rentung dan hitam legam ruang dinding rumah mereka. Dari gambar yang diberikan, mana mungkin dapat selamatkan semua barang-barang dan perabot rumah. Keterangan juga sudah diambil oleh pihak berkuasa untuk siasatan lanjutan. Pada waktu sementara ini, mereka sekeluarga menumpang rumah ibu Dayah di Sekamat.
Sehubungan dengan itu pihak Denaihati ingin menyeru kepada semua rakan di luar sana untuk turut sama-sama membantu rakan blogger kita ini. Mudah sahaja, mulai hari ini 19 Oktober sehingga 26 Oktober 2014, setiap satu komen yang ditulis di blog Denaihati adalah bernilai RM1 untuk didermakan kepada keluarga mangsa.
Komen dan coretkanlah apa sahaja yang berkaitan di entry ini dan juga mana-mana entry di dalam blog Denaihati ini. Sebagai tanda anda semua memberi sokongan moral dan secara tidak langsung dapat membantu keluarga rakan blogger kita ini. Seingat penulis, beliau memang memberikan komitmen yang baik dalam acara-acara yang dianjurkan oleh Denaihati Network seperti di Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2014. Bachplussize selaku penaja hadiah cabutan bertuah, membuka booth jualan dan sudah tentu menyertai event yang telah dianjurkan.
1 komen 1 Ringgit akan didermakan
Jangan lupa. Sampaikan kepada rakan-rakan yang lain. Pihak team Denaihati mengucapkan salam takziah kepada keluarga Dayah Bachtiar, semoga mereka terus menjalani kehidupan seperti biasa. Ujian datang tanpa diduga, hanya redha dan ikhlas menerima akan dapat semula balasan yang belipat kali ganda lebih baik.
[box type=”shadow”]Jumlah komen terkumpul 1845 komen = RM 1845.00[/box]
Sumbangan tunai
Kepada yang ingin membuat sumbangan tunai, boleh transfer ke akaun berikut dan isi borang di bawah, pihak kami akan menguruskan sumbangan tersebut dan menyalurkan bersama-sama jumlah sumbangan dari komen ini.
Nama akaun : Denaihati Resources
Nombor akaun : 562834616817
Nama bank : Maybank
Error: Contact form not found.
No related posts.
1,542 Comments
Dah tak ada apa yang dapat diselamatkan. Apa-apa pun, duit boleh dicari, nyawa tiada gantinya.
Alhamdulillah orangnya tak ada apa-apa. Moga masalah yang dialami dapat diselesaikan dengan baik.
Takziah buat mangsa kebakaran. Pasti ada yang lebih baik sedang menanti di kemudian hari.
Curahan rasa Khadeejah Hasmad @ ..Wordless Wednesday : Kenali Tabiat Bayi Baru Lahir
dugaan Allah, moga dipermudahkan segala urusan & dikuatkan semangat menghadapi ujian. Aamiin.
Salam Takziah, moga Allah bagi ketabahan kepada beliau utk dugaan ni.
Curahan rasa 1000 Free Download @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
Salam takziah diucapkan kpd kak dayah sekeluarga. Bila nampak apa yg berlaku, rasa terkejut. Semoga kak dayah sekeluarga tabah mengharungi ujian daripadaNya. Setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.
Salam takziah dari saya, baru sahaja buka laptop dan lihat berita ini. Subhanallah betapa besar ujian yang Allah berikan kepada kak dan suami. Saya doakan kehidupan akak akan bertambah baik selepas ini insyaAllah Allahu Rabbul Alaaminn
Subhanallah. ALhamdulillah. Dah masuk angka rm700 da. Semoga ia dapat membantu dayah ye
.
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Berat Badan Turun 5KG Dalam 1 Bulan
Semoag Allah permudahkan urusan membantu saudara kita ni kan! Mana tahu esok hari kita pula
Curahan rasa Miracle Vitamins @ ..Turunkan Tekanan Darah Tinggi Tanpa Makan Ubat
Innalilahiwainalilahirojiun. Takziah utk anda sekeluarga. Anda insan terpilih menghadapi cabaran dan ujian daripada Allah. Anda seorang yang kuat dan tabah utk mengharunginya. Semoga anda kekalkan senyuman manis anda.
Semoga di permudahkan segala urusan ujian allah di dunia amin
semoga dayah sekeluarga diberi kekuatan utk menempuh ujian dari Allah ini… anggaplah ujian Allah ini kerana Allah masih sayangkan dayah sekeluarga dalam menuju keredhaan dan rahmat darNYA…
Curahan rasa zafikmieza @ ..Biar gambar berbicara
Allah memang menyayangi keluarga Dayah ni.Takziah dan semoga tabah
Curahan rasa Miracle Vitamins @ ..Melegakan Sakit Sendi Lutut Sebelum Parah
takziah ,moga akak dan sekeluarga kuat. harta dunia diuji harta akhirat menanti
Salam takziah…sabar dan redha dengan ketentuan Allah…Allah akan beri yang terbaik untuk kita…Insya Allah sumbangan mereka yang ikhlas akan membantu meringankan kesusahan anda sekeluarga….
Curahan rasa ummiarissa @ ..Projek Melukis Mural Taska
Kalau la mampu dihulurkan sumbangan kewangan InsyaAllah pastinya saya hulurkan tak banyak sikit pun diharap dapat membantu
Curahan rasa Miracle Vitamins @ ..Cara Menghilangkan Mengantuk Ketika Memandu
Pertama kali tau perkara ni agak terkejut walaupun tak kenal. Takziah. Bersabarlah terhadap apa yang terjadi. In shaa Allah semuanya dibawah lindunganNya.
Saya pun turut bersimpati.Walau pun tak mengenali secara dekat namun turut berdoa supaya keluarga beliau tabah
Curahan rasa Miracle Vitamins @ ..Petua Singkirkan Lemak Secara Semulajadi
Takziah. Semoga anda bersabar dlm menghadapi ujian ini. Pasti ada hikmah di sebalik semua yg berlaku. In sha Allah
Comments are closed.