Assalamualaikum dan Salam 1Dunia.
Terkejut apabila membaca berita kesedihan yang melanda keluarga salah seorang rakan blogger, Dayah Bachtiar iaitu pemilik blog DengariSaya.blogspot.com . Rumah kediaman yang mereka sekeluarga duduki di Sungai Chua, Kajang telah hangus dijilat api. Sudah pasti lidah kelu tidak terkata apabila melihat sendiri api yang marak membakar. Kejadian dianggarkan berlaku pada jam 11.50 malam tadi ketika mereka pulang ke rumah selepas habis latihan silat.
Rumah sudah berasap, jiran memang dah kat depan rumah. Ada yang dah telefon BOMBA dan suami Dayah cuba masuk tetapi hanya separuh jalan disebabkan asap yang sangat tebal sudah memenuhi ruang rumah. Pihak BOMBA sampai sepuluh minit selepas panggilan kecemasan tersebut. Agak ralat disebabkan tekanan air yang kurang menyebabkan api cuma dapat dipadamkan selepas dua jam.
Habis rentung dan hitam legam ruang dinding rumah mereka. Dari gambar yang diberikan, mana mungkin dapat selamatkan semua barang-barang dan perabot rumah. Keterangan juga sudah diambil oleh pihak berkuasa untuk siasatan lanjutan. Pada waktu sementara ini, mereka sekeluarga menumpang rumah ibu Dayah di Sekamat.
Sehubungan dengan itu pihak Denaihati ingin menyeru kepada semua rakan di luar sana untuk turut sama-sama membantu rakan blogger kita ini. Mudah sahaja, mulai hari ini 19 Oktober sehingga 26 Oktober 2014, setiap satu komen yang ditulis di blog Denaihati adalah bernilai RM1 untuk didermakan kepada keluarga mangsa.
Komen dan coretkanlah apa sahaja yang berkaitan di entry ini dan juga mana-mana entry di dalam blog Denaihati ini. Sebagai tanda anda semua memberi sokongan moral dan secara tidak langsung dapat membantu keluarga rakan blogger kita ini. Seingat penulis, beliau memang memberikan komitmen yang baik dalam acara-acara yang dianjurkan oleh Denaihati Network seperti di Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2014. Bachplussize selaku penaja hadiah cabutan bertuah, membuka booth jualan dan sudah tentu menyertai event yang telah dianjurkan.
1 komen 1 Ringgit akan didermakan
Jangan lupa. Sampaikan kepada rakan-rakan yang lain. Pihak team Denaihati mengucapkan salam takziah kepada keluarga Dayah Bachtiar, semoga mereka terus menjalani kehidupan seperti biasa. Ujian datang tanpa diduga, hanya redha dan ikhlas menerima akan dapat semula balasan yang belipat kali ganda lebih baik.
[box type=”shadow”]Jumlah komen terkumpul 1845 komen = RM 1845.00[/box]
Sumbangan tunai
Kepada yang ingin membuat sumbangan tunai, boleh transfer ke akaun berikut dan isi borang di bawah, pihak kami akan menguruskan sumbangan tersebut dan menyalurkan bersama-sama jumlah sumbangan dari komen ini.
Nama akaun : Denaihati Resources
Nombor akaun : 562834616817
Nama bank : Maybank
Error: Contact form not found.
No related posts.
1,542 Comments
Semoga tabah hadapi ujian Allah s.w.t ini. Harta benda hilang boleh ganti baru. Syukur ahli keluarga semua selamat. Alhamdulillah.
Takziah diucapkan buat rakan blogger Bachtiar Hidayah.. Semoga cekal dan tabah menempuh ujian daripada Allah ni.. Kuatkan semangat..
Curahan rasa Anarm @ ..Bengkel Grafik Hero Belajar Kuasai Photoshop
Sama-sama kita membantu sesama blogger ini dengan memberi komen dalam entri ini ya.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Takziah. Tp pd masa sama Alhamdulillah sbb tiada kemalangan jiwa. Semoga dipermudahkan segala urusan
masyaAllah. sudah dapat RM300 hanya untuk beberapa jam ni. semoga Allah permudahkan urusan team DH
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Kini Aku Seorang Penganggur
Kom kita tambah2 lagi, kita cuba membantu dan usaha sedaya upaya kita…..
Curahan rasa Denaihati @ ..1 komen 1 Ringgit untuk Keluarga Blogger Bachtiar Hidayah
Semoga bersabar dengan dugaan yang diterima, Insyaallah akan ada rezeki yang lagi baik akan tiba.
Curahan rasa Kereta Sewa Shah Alam @ ..Jom Balik Kampung dari Kereta Sewa
semoga beliau tabah dengan dugaan yang menimpa ini…mesti banyak kos kerugian ni…
Curahan rasa MamaBard @ ..Dilema Bila Anak Lambat Bercakap
jom sama- sama kita membantu keluarga rakan kita ni. Di samping share kepada yang lain, boleh komen juga untuk beri kata-kata semangat…
Curahan rasa KiD @ ..Bersama Blogger Shell
Entri ini tidak boleh di share di fb. mark zuckenberg blok url ni. huhuhu
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..Umat Islam Wajib tahu Najis Mughollazhoh adalah najis berat
bro sobri boleh guna link dotcomdotmy
denaihati.com.my/1-komen-1-ringgit-untuk-keluarga-blogger-bachtiar-hidayah
semoga tabah menghadapi ujian besar ini. Malang tak berbau. Sujud lah pada Allah, mengadulah pada Allah, minta lah apa saja dengan Allah kerana Dia Maha Kaya, Maha Pemberi, Maha Mengasihani
Curahan rasa ainun @ ..Khasiat Susu Kambing Untuk Wanita
Terkejut bila baca entry ni….untuk pulihkan baik keadaan mgkin makan masa yg lama…
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..When a Girl desperately want to talk in English
Semoga tabah menghadapi dugaan dari Allah. Terima kasih juga buat Denaihati kerana mengambil inisiatif untuk membantu keluarga yang diduga ini.
Curahan rasa Nor Ariffin Hamzah @ ..AF2014 | Konsert Minggu Ke-7 Peminat Marah Adel Tersingkir
Jikalau komen sederas cabaran iphone5s dulu boleh dibuat, takkan komen untuk membantu mereka yg berada dalam kesusahan tidak boleh buat? semoga dengan usaha kita sedikit ini boleh memanfaatkan mereka yg berada dalam kesusahan…Insyaallah…
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..When a Girl desperately want to talk in English
salah satu cara mudah tanpa kelaur duit, tapi kalau keuar duit sumbangan dan komen lagi bagus….
Curahan rasa Denaihati @ ..Jemaah Tabligh jangan bersedih
ye betol tu…tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yg menerima… 🙂
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..When a Girl desperately want to talk in English
Ya Allah…tabahkan lah hati mereka sekeluarga…permudahkanlah urusan mereka…
Takziah tuan..Alhamdulillah selamat semuanya..semoga tabah menghadapi dugaanNya, diuji adalah kerana kita tahan diuji dan sesungguhnya ujian itu sesuai dengan kemampuan kita..insyaAllah hikmah mendatang! http://fqrayakaya.blogspot.com/2014/10/promosi-oktober-meal-shakes-suplemen.html
tumpang simpati dengan keluarga mangsa. Rumah mungkin boleh dibaiki tetapi wiring dan juga barangan rumah memang 100% habis
Comments are closed.