Assalamualaikum dan Salam 1Dunia.
Terkejut apabila membaca berita kesedihan yang melanda keluarga salah seorang rakan blogger, Dayah Bachtiar iaitu pemilik blog DengariSaya.blogspot.com . Rumah kediaman yang mereka sekeluarga duduki di Sungai Chua, Kajang telah hangus dijilat api. Sudah pasti lidah kelu tidak terkata apabila melihat sendiri api yang marak membakar. Kejadian dianggarkan berlaku pada jam 11.50 malam tadi ketika mereka pulang ke rumah selepas habis latihan silat.
Rumah sudah berasap, jiran memang dah kat depan rumah. Ada yang dah telefon BOMBA dan suami Dayah cuba masuk tetapi hanya separuh jalan disebabkan asap yang sangat tebal sudah memenuhi ruang rumah. Pihak BOMBA sampai sepuluh minit selepas panggilan kecemasan tersebut. Agak ralat disebabkan tekanan air yang kurang menyebabkan api cuma dapat dipadamkan selepas dua jam.
Habis rentung dan hitam legam ruang dinding rumah mereka. Dari gambar yang diberikan, mana mungkin dapat selamatkan semua barang-barang dan perabot rumah. Keterangan juga sudah diambil oleh pihak berkuasa untuk siasatan lanjutan. Pada waktu sementara ini, mereka sekeluarga menumpang rumah ibu Dayah di Sekamat.
Sehubungan dengan itu pihak Denaihati ingin menyeru kepada semua rakan di luar sana untuk turut sama-sama membantu rakan blogger kita ini. Mudah sahaja, mulai hari ini 19 Oktober sehingga 26 Oktober 2014, setiap satu komen yang ditulis di blog Denaihati adalah bernilai RM1 untuk didermakan kepada keluarga mangsa.
Komen dan coretkanlah apa sahaja yang berkaitan di entry ini dan juga mana-mana entry di dalam blog Denaihati ini. Sebagai tanda anda semua memberi sokongan moral dan secara tidak langsung dapat membantu keluarga rakan blogger kita ini. Seingat penulis, beliau memang memberikan komitmen yang baik dalam acara-acara yang dianjurkan oleh Denaihati Network seperti di Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2014. Bachplussize selaku penaja hadiah cabutan bertuah, membuka booth jualan dan sudah tentu menyertai event yang telah dianjurkan.
1 komen 1 Ringgit akan didermakan
Jangan lupa. Sampaikan kepada rakan-rakan yang lain. Pihak team Denaihati mengucapkan salam takziah kepada keluarga Dayah Bachtiar, semoga mereka terus menjalani kehidupan seperti biasa. Ujian datang tanpa diduga, hanya redha dan ikhlas menerima akan dapat semula balasan yang belipat kali ganda lebih baik.
[box type=”shadow”]Jumlah komen terkumpul 1845 komen = RM 1845.00[/box]
Sumbangan tunai
Kepada yang ingin membuat sumbangan tunai, boleh transfer ke akaun berikut dan isi borang di bawah, pihak kami akan menguruskan sumbangan tersebut dan menyalurkan bersama-sama jumlah sumbangan dari komen ini.
Nama akaun : Denaihati Resources
Nombor akaun : 562834616817
Nama bank : Maybank
Error: Contact form not found.
No related posts.
1,542 Comments
semoga beliau sekeluarga tabah dan semoga Allah permudahkan urusan menghadapi ujian ini
Curahan rasa mrsfiza @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M41
Takziah kepada keluarga blogger Bachtiar.
Semoga diberi ketenangan dan dapat mengahadapi ujian Allah ini
Curahan rasa faizalpj @ ..Sikap Apabila Makan Nasi Lemak
Takziah diucapkan kepada keluarga Bachtiar.. semoga tabah dan dan sabar menempuh ujian dari Allah SWT.. Sesungguhnya Allah tidak akan menguji menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya..
Innalillah…semuanya dari Allah jua, musibah atau kegembiraan. Semoga keluarga Bakhtiar tabah dan cekal dlm menghadapi dugaan hidup. Ada hikmah yang Allah mahu tunjukkan…dalam sedih, bersyukurlah. kerana Allah sayangkan keluarga anda…
Curahan rasa Aynora Nur @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Semoga keluarga bachtiar tabah menerima ujian sebegini dan sentiasa dipermudahkan urusan dalam menerima bantuan bagi meringankan beban.
Curahan rasa Bahrain @ ..Sampai Bila Nak Menipu Dalam Dunia Maya?
Ya Allah besarnya ujian..semoga tabah menghadapi ujian ini ya..InsyaAllah apa yg mampu akan saya hulurkan
Curahan rasa Miracle Vitamins @ ..Punca Gastrik yang Perlu diketahui
Dugaan paling berat ni. Bersabar sebanyak-banyaknya. La Tahzan, insyaallah ada hikmah disebalik apa yang terjadi.
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..Umat Islam Wajib tahu Najis Mughollazhoh adalah najis berat
Semoga tabah dgn ujian yg menimpa. Saya merasa simpati dgn apa yg telah berlaku.
bersabar dengan apa ujian yang melanda..saya hanya mampu mendoakan semoga mangsa sekeluarga tabah dengan ujian yang melanda
Ujian dari Allah, moga Dayah redha dengan ujian..
Apapun syukur sebab tiada kemalangan jiwa
Curahan rasa Myra Jay @ ..Jeruk Mempelam/Mangga Asam Boi
takziah kpd ckgu bachtiar n kluarga. moga tabah dan sabar mnjalani ujian . moga Allah gantikan dgn y lebih baik. amin
Bersabarlahh.. setiap sesuatu yang berlaku ada sebab dan hikmah.. tuhan menguji hambanya yg sabar…
Takziah untuk keluarga Bachtiar Hidayah.
Semoga diberikan kekuata menghadapi dugaan dariNya..
ikhlas dari,
Mrspuex dan keluarga.
Curahan rasa mrspuex @ ..Resepi :: Serawa Kuinin
Assalamualaikum.
innalillah… baru terbaca pasal ni.. semoga kak dayah dan family tabah dan sabar.
Ujian allah untuk hambanya.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Mini Giveaway by Syira Lokman
Salam takziah. Semua ini adalah ujian Allah. Tabahkan hati, kuatkan semangat. Semua yang terjadi ada hikmahnya.
Curahan rasa Rozmizam @ ..Ketika kita berada dipuncak, ingatlah bahawa kira pernah bermula dari bawah
Comments are closed.