Assalamualaikum dan Salam 1Dunia.
Terkejut apabila membaca berita kesedihan yang melanda keluarga salah seorang rakan blogger, Dayah Bachtiar iaitu pemilik blog DengariSaya.blogspot.com . Rumah kediaman yang mereka sekeluarga duduki di Sungai Chua, Kajang telah hangus dijilat api. Sudah pasti lidah kelu tidak terkata apabila melihat sendiri api yang marak membakar. Kejadian dianggarkan berlaku pada jam 11.50 malam tadi ketika mereka pulang ke rumah selepas habis latihan silat.
Rumah sudah berasap, jiran memang dah kat depan rumah. Ada yang dah telefon BOMBA dan suami Dayah cuba masuk tetapi hanya separuh jalan disebabkan asap yang sangat tebal sudah memenuhi ruang rumah. Pihak BOMBA sampai sepuluh minit selepas panggilan kecemasan tersebut. Agak ralat disebabkan tekanan air yang kurang menyebabkan api cuma dapat dipadamkan selepas dua jam.
Habis rentung dan hitam legam ruang dinding rumah mereka. Dari gambar yang diberikan, mana mungkin dapat selamatkan semua barang-barang dan perabot rumah. Keterangan juga sudah diambil oleh pihak berkuasa untuk siasatan lanjutan. Pada waktu sementara ini, mereka sekeluarga menumpang rumah ibu Dayah di Sekamat.
Sehubungan dengan itu pihak Denaihati ingin menyeru kepada semua rakan di luar sana untuk turut sama-sama membantu rakan blogger kita ini. Mudah sahaja, mulai hari ini 19 Oktober sehingga 26 Oktober 2014, setiap satu komen yang ditulis di blog Denaihati adalah bernilai RM1 untuk didermakan kepada keluarga mangsa.
Komen dan coretkanlah apa sahaja yang berkaitan di entry ini dan juga mana-mana entry di dalam blog Denaihati ini. Sebagai tanda anda semua memberi sokongan moral dan secara tidak langsung dapat membantu keluarga rakan blogger kita ini. Seingat penulis, beliau memang memberikan komitmen yang baik dalam acara-acara yang dianjurkan oleh Denaihati Network seperti di Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2014. Bachplussize selaku penaja hadiah cabutan bertuah, membuka booth jualan dan sudah tentu menyertai event yang telah dianjurkan.
1 komen 1 Ringgit akan didermakan
Jangan lupa. Sampaikan kepada rakan-rakan yang lain. Pihak team Denaihati mengucapkan salam takziah kepada keluarga Dayah Bachtiar, semoga mereka terus menjalani kehidupan seperti biasa. Ujian datang tanpa diduga, hanya redha dan ikhlas menerima akan dapat semula balasan yang belipat kali ganda lebih baik.
[box type=”shadow”]Jumlah komen terkumpul 1845 komen = RM 1845.00[/box]
Sumbangan tunai
Kepada yang ingin membuat sumbangan tunai, boleh transfer ke akaun berikut dan isi borang di bawah, pihak kami akan menguruskan sumbangan tersebut dan menyalurkan bersama-sama jumlah sumbangan dari komen ini.
Nama akaun : Denaihati Resources
Nombor akaun : 562834616817
Nama bank : Maybank
Error: Contact form not found.
No related posts.
1,542 Comments
salam takziah. semoga tabah menghadapi ujian allah ini. insyaaallah setiap apa yg terjadi ada hikmahnya.
inshaAllah. pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku kan sis masz. kita doakan yang baik sahaja untuk mereka semua ya.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Takziah kepada keluarga Diyana Bactiar.. Semoga anda kuat demi suami dan anak-anak… Ameen..
Curahan rasa Ain Ridzuan @ ..TIPS KECANTIKAN WANITA SECARA SEMULAJADI
Salam takziah. Itu yang diharapkan. Semoga mereka sekeluarga tabah menghadapi dugaan ini.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
salam takziah! setiap yang berlaku ada hikmahnya.. semoga allah menggantikan dgn lebih baik.. 🙂
sabar dan redha..
betul tu farina. semoga ada yang lebih menanti keluarga sis dayah di kemudian hari. kita tinggalkan komen sebagai bantuan dan sumbangan kecil dari kita ya.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
hari ini mereka luar sana susah esok luasa mana tahu nasib kita tidak menentu lagi.
Curahan rasa cahayacinta @ ..The Book of Life
betul tu sis, hari kita tak tahu pula kan. hari sis dayah telah pun berlaku. kita bantulah selagi mampu. semoga bantuan dan sumbangan ini membantu sis dayah sekeluarga.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
betull sangat tu sis. kita tak tahu esok2 macam mana.. kita bantu mana yang mampu je la
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Kini Aku Seorang Penganggur
setiap yang berlaku ada hikmahnya.. semoga allah menggantikan dgn lebih baik.. 🙂
sabar dan redha..
lega bila sudha buat laporan polis nanti harapnya mereka akan siasat lebih lanjut lagi
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 26/2014_ SME Micro Finance
sabarlah setiap yang berlaku itu luar jangkaan kita.saya harap semuanya akan cube bertenang walaupun dalam hati berkocak dalam.
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 27/2014_LAMIDO Digital Campaign
Semoga saudari Dayah Bachtiar dan keluarga tabah menghadapi dugaan. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan selapas ini.
memang perit untuk terima mahu terkejut jika sesiapa yang mengalami mangsa kebakaran ini
Curahan rasa cahayacinta @ ..Ebook Resepi Cakoi Mudah Dan Sedap Bersama Kuahnya
Hari ini Allah uji Hidayah Bachtiar,, mana tahu kita pula yang akan diuji. Moga Allah tidak menguji kita dgn sesuatu yg perit utk ditanggung.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
dunia sering berputar harap bantuan ini dapat meringinkan beban keluarga mangsa
Curahan rasa cahayacinta @ ..Kecantikan Kerana Maruah Dan Hujung Kainnya
Dia menguji kita kerana masih sayangkan kita sebagai umatNYA. Sabah tabahkan hati untuk bachtiar suami keluaraga ya
Curahan rasa cahayacinta @ ..Kecantikan Kerana Maruah Dan Hujung Kainnya
Insyaa-Allah SP akan menyumbang kepada blogger Bachtiar. Mari kita sama-sama meringankan bebanan keluarga ni, siapa tahu malang yang sama akan menimpa kita pula. Moga dijauhkan..
Curahan rasa SentiasaPanas @ ..Kenapa Islam Menyamak Najis Berat Dengan Tanah?
sabarlah sahabat mungkin sebahagian dari ujianNYA apa berlaku ada sebab yang kemungkinan kita sendiri tidak nampak. Allah Maha kuasa maha penyanyang
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 25/2014_Proton Iriz PCC
marilah sama-sama kita membantu harapan saya agar keluarga ini tabah dan cekal hendaknya
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 24/2014_HP PC Demand Gen Digital Campaign
Baru tau tadi di fb. Dayah mmg baik orgnya walau kami belum pernah bersua muka. Moga dia sekeluarga tabah.
Curahan rasa kakpb @ ..Alhamdulillah..hari lahir ku
saya baru tahu ini hari semalam sudah off laptop. ini untung ada kawan tolong hebahkankan
Curahan rasa cahayacinta @ ..Resepi Diet Ikan Kukus Serai Cahayacinta Tersedut Harum
Setisp yang hidup pasti diuji, cuma besar atau kecil adslah kehendsk Taala jua. Musibah yang buat hati sedih dan berduka. Semoga Allah Taala memberi ganjaran Buat Dayah bagi merengankan bebanan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Salam semua rakan-rakan. Mari kita komen banyak-banyak di sini untuk didermakan kepada Bachtiar Dayah yang dalam kesusahan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
insyallah sensasi selagi mampu akan cuba moga urusan kita permudahkan.
Curahan rasa cahayacinta @ ..Melakar Syurgawi Idaman
SubhanAllah. Salam tazkiah buat cikpuan sekeluarga. Semoga dipermudahkan segala urusan. Usah bersedih. Anggaplah ini ujian dari Allah, untuk menguji sejauh mana tahap keimanan dan ketabahan hati kita.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
sukar nak terima akan dan hati cuma doa kami anda suami kuat jiwa untuk melalui situasi ini
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 26/2014_ SME Micro Finance
Takziah kepada keluarga kak Dayah Bachtiar..semoga anda sekeluarga tabah menghadapi ujian ini.
takziah dari afmin cahayacinta.com kami akan memberikan sokongan morla sini selagi mana kami termampu
Curahan rasa cahayacinta @ ..Ebook Resepi Cakoi Mudah Dan Sedap Bersama Kuahnya
semoga beliau sekeluarga tabah & dapat bantuan segera dr pihak berkenaan 🙁
Comments are closed.