Assalamualaikum dan Salam 1Dunia.
Terkejut apabila membaca berita kesedihan yang melanda keluarga salah seorang rakan blogger, Dayah Bachtiar iaitu pemilik blog DengariSaya.blogspot.com . Rumah kediaman yang mereka sekeluarga duduki di Sungai Chua, Kajang telah hangus dijilat api. Sudah pasti lidah kelu tidak terkata apabila melihat sendiri api yang marak membakar. Kejadian dianggarkan berlaku pada jam 11.50 malam tadi ketika mereka pulang ke rumah selepas habis latihan silat.
Rumah sudah berasap, jiran memang dah kat depan rumah. Ada yang dah telefon BOMBA dan suami Dayah cuba masuk tetapi hanya separuh jalan disebabkan asap yang sangat tebal sudah memenuhi ruang rumah. Pihak BOMBA sampai sepuluh minit selepas panggilan kecemasan tersebut. Agak ralat disebabkan tekanan air yang kurang menyebabkan api cuma dapat dipadamkan selepas dua jam.
Habis rentung dan hitam legam ruang dinding rumah mereka. Dari gambar yang diberikan, mana mungkin dapat selamatkan semua barang-barang dan perabot rumah. Keterangan juga sudah diambil oleh pihak berkuasa untuk siasatan lanjutan. Pada waktu sementara ini, mereka sekeluarga menumpang rumah ibu Dayah di Sekamat.
Sehubungan dengan itu pihak Denaihati ingin menyeru kepada semua rakan di luar sana untuk turut sama-sama membantu rakan blogger kita ini. Mudah sahaja, mulai hari ini 19 Oktober sehingga 26 Oktober 2014, setiap satu komen yang ditulis di blog Denaihati adalah bernilai RM1 untuk didermakan kepada keluarga mangsa.
Komen dan coretkanlah apa sahaja yang berkaitan di entry ini dan juga mana-mana entry di dalam blog Denaihati ini. Sebagai tanda anda semua memberi sokongan moral dan secara tidak langsung dapat membantu keluarga rakan blogger kita ini. Seingat penulis, beliau memang memberikan komitmen yang baik dalam acara-acara yang dianjurkan oleh Denaihati Network seperti di Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2014. Bachplussize selaku penaja hadiah cabutan bertuah, membuka booth jualan dan sudah tentu menyertai event yang telah dianjurkan.
1 komen 1 Ringgit akan didermakan
Jangan lupa. Sampaikan kepada rakan-rakan yang lain. Pihak team Denaihati mengucapkan salam takziah kepada keluarga Dayah Bachtiar, semoga mereka terus menjalani kehidupan seperti biasa. Ujian datang tanpa diduga, hanya redha dan ikhlas menerima akan dapat semula balasan yang belipat kali ganda lebih baik.
[box type=”shadow”]Jumlah komen terkumpul 1845 komen = RM 1845.00[/box]
Sumbangan tunai
Kepada yang ingin membuat sumbangan tunai, boleh transfer ke akaun berikut dan isi borang di bawah, pihak kami akan menguruskan sumbangan tersebut dan menyalurkan bersama-sama jumlah sumbangan dari komen ini.
Nama akaun : Denaihati Resources
Nombor akaun : 562834616817
Nama bank : Maybank
Error: Contact form not found.
No related posts.
1,542 Comments
Ujian Allah datang tidak mengira siapa dan bila. Esok lusa mungkin kita. Semoga Dayah kuat dan tabah menghadapi ujian dariNya…Ingatlah, Allah bersamamu dan pasti ada hikmah dan rahmat dr ujian ini.
Saya akui, berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul…
Curahan rasa BM @ ..Keselesaan Itu Nikmat Tetapi Juga Ujian
Kalau boleh dh sertakan juga no. akaun Dayah untuk kami memberi sumbangan secara terus…
Curahan rasa BM @ ..Keselesaan Itu Nikmat Tetapi Juga Ujian
Relakssminda, dah ada update. boleh tengok nombor akaun beliau untuk tindakan lanjut. =)
Takziah buat cgu.. Moga terus tabah n kuat.. -anak gayong-
Assalamualaikum,
Takziah buat keluarga Bachtiar Hidayah.. Smoga sahabat bersabar dengan dugaan ini…. smoga diberkati & dipermudahkan urusan segalanya nanti…
Nak tanya pihak Denaihati, boleh kan sy membuat sumbangan terus kepada Bachtiar Hidayah? Mungkin kalau boleh, sy ingin menyumbang ke akaun beliau..
sazreen hussein, dah ada update. boleh tengok nombor akaun beliau untuk tindakan lanjut. =)
Assalam,
sedih bila tau pasal nasib yang menimpa saudara kita ni. maaf lmbat sket nak komen sbb weekend full dgn macam2 perkara. Moga allah akan mempermudahkan urusan beliau dan mendapat yang lebih baik dari apa yang beliau hilang.. amin.. moga banyakkan bersabar..
Sabar. Ada hikmah disebaliknya. Allah maha adil. Setiap jalan ada rintangan.
semoga tabah hadapi ujian dri Allah… ada hikmahnya semua ni berlaku…
takziah buat akak sekeluarga..
saya memahami keadaan akak sebab ada ada pengalaman rumah jiran sendiri terbakar..
semoga akak kuat dan tabah hadapi dugaan besar ini dan semoga ALLAH SWT meringankan bebanan kesusahan akak.
Takziah..banyakkan bersabar..setiap dugaan itu ada hikmah..semoga cekal menghadapinya
Takziah kepada keluarga tersebut .__. Semoga sentiasa tabah menghadapi dugaan tersebut :{
Curahan rasa Yun Sing @ ..Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014
Takziah kepada keluarga Dayah Bachtiar. Teruskan berdoa pada Allah. InsyaAllah
Salam takziah di ucap kan kepada keluarga yang di timpa masaalah,semoga ALLah beri kesabaran dan ketetapan Iman..minta lah pertolongan kepada ALLah melalui perantaraan Sobar dan Solat..Firman ALLah dlm AlQuran yang bermaksud ” minta lah pertolongan dengan Sobar dan Solat (Doa) InsyaaALLah bantuan ALLAh akn sampai dengan segera…ALLAh tidak sia sia kan Doa hamba nya yang berada dlm kesusahan….
Semoga diberi kekuatan dan ketabahan bagi menghadapi ujian ini….. Alhamdulillah.. semua keluarga selamat…
Curahan rasa Eshamz Halim @ ..The Heart Exhibition: Pameran Kesihatan Jantung 2014
Ya Allah…moga Dayah & keluarga tabah menghadapi segala ujian yang diberi. InsyaAllah, sesungguh ada yg lebih baik utk Dayah dr Yang Maha Esa
Allahu Akbar! Semoga Dayah Bachtiar dan keluarga tabah menghadapi ujian yang besar ini. insyaAllah jika kita sabar dan redha, Allah akan gantikan dengan yang lebih baik.
Curahan rasa Iffah Azhar @ ..Cerita Shaklee; COD vitamin Shaklee ke Bangi.
takziah atas kejadian yang berlaku… doakan semua urusan dipermudahkan oleh-Nya..
Comments are closed.