Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, selama 2 hari, iaitu bermula hari ini 1 April hingga esok 2 April, Kempen YouCanDuit diadakan di Dewan Seri Mentaloon,Kediaman Menteri YAB Menteri Besar Kedah, Alor Setar. Masuk percuma dan ada program perkongsian dan pameran yang diadakan untuk para pengunjung.
#YOUCANDUIT menjana jumlah terkumpul lebih RM64Juta pada tahun 2016
Sepanjang tahun 2016, Kempen YouCanDuit telah menjana jumlah terkumpul lebih RM64Juta oleh para peserta yang menyertai semua program yang dianjurkan. Ini merupakan pencapaian yang besar dalam usaha menaik taraf ekonomi rakyat setempat.
Program-program yang diwujudkan dalam kempen YouCanDuit seperti program eRezeki dan eUsahawan telah memberikan peluang untuk semua rakyat di serta Malaysia untuk mempelajari bagaimana menjana pendapatan melalui platform digital. Kelas-kelas dan latihan percuma diadakan agar semua golongan masyarakat dapat mempelajari selok belok menjana pendapatan melalui platform digital.
Pada tahun ini, Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC) meneruskan kempen YouCanDuit dan akan meluaskan liputan dan capaian ke serata Malaysia. Beberapa lagi kempen akan diadakan di beberapa lokasi yang berlainan pula sepanjang tahun ini.
Negeri Kedah menjadi lokasi pertama kempen YouCanDuit ini diadakan dan sambutan daripada penduduk setempat sangat menggalakkan.
Kempen membantu ekonomi rakyat
MDEC membantu isi rumah berpendapatan rendah, B40 dan pelajar di Kedah melalui program eUsahawan dan eRezeki. YB Dato’ Norsabrina Mohd Noor dalam temubual bersama beliau, rakyat negeri Kedah yang berpendapatan kurang daripada RM3800 melebihi 50% daripada keseluruhan rakyat yang berjumlah 2.1 Juta penduduk.
Melalui kempen YouCanDuit, program-program seperti eRezeki dan eUsahawan telah dan akan membantu kelompok ini untuk meningkatkan pendapatan bulanan mereka. Sasaran adalah untuk mengurangkan jumlah peratusan tersebut ke tahap yang lebih baik. Sehingga hari ini, telah ramai rakyat di negeri Kedah yang mendapat manfaat daripada program anjuran MDEC ini.
Perasmian Kempen YouCanDuit peringkat negeri Kedah
YAB Dato’ Seri Diraja Ahmad Bashah Bin Md. Hanipah, Menteri Besar Kedah telah memberikan ucapan utama dan seterusnya merasmikan kempen YouCanDuit peringkat negeri Kedah pada petang tadi. MDEC bersama-sama kerajaan negeri Kedah komited untuk membantu terutamanya kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40).
Melihatkan pencapaian kempen YouCanDuit pada tahun 2016, perkembangan pesat dengan program-program yang telah diatur menampakkan kempen ini akan memberikan impak yang sangat baik dalam membantu kumpulan B40 menjana pendapatan tambahan setiap bulan.
Kisah kejayaan yang boleh dijadikan contoh
Sepanjang kempen ini dianjurkan, telah ramai usahawan dan isi rumah yang berjaya meningkatkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih baik, selain menambah pendapatan bulanan. Beberapa peserta program eRezeki dan eUsahawan yang ditemui hari ini menyuarakan rasa syukur mereka kerana terlibat dalam program latihan yang dianjurkan oleh pihak MDEC.
Kehidupan mereka berubah dan dalam masa yang sama, mereka sendiri dapat membantu ramai isi rumah yang lain untuk mengikut jejak langkah mereka dengan cara berkongsi program eRezeki atau program eUsahawan yang telah mereka sertai. Banyak kisah-kisah gembira yang akan dikongsikan dalam blog denaihati agar ianya dapat memberikan kita contoh dan teladan bagaimana program ini telah membantu begitu ramai rakyat Malaysia di luar sana.
- Program #YouCanDuit anjuran MDEC di Persada Johor Bahru : 12 – 14 Ogos.
- Usia 57 Tahun bukan penghalang untuk menambah pendapatan menggunakan teknologi online
- Bermula Usahawan mikro sehingga membuka 2 cawangan selepas menghadiri program eUsahawan MDEC
- Karnival #YouCanDuit di Sabah Trade Centre
- Mahasiswi menjana pendapatan bulanan ribuan ringgit selepas hadiri program eUsahawan
43 Comments
Sampai hari ni saya masih kurang faham tentang program eRezeki dan eUsahawan MDEC ni. Ada daftar tapi tak follow up langkah seterusnya. Mungkin nanti bila ada masa kena call terus pejabat MDEC ni maklumat yang lebih jelas macam mana cara jana income dari program ni.
Curahan rasa Qiya Saad @ ..Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017
Kagum dengan usaha yang ditunjukkan oleh MDEC dalam melahirkan lebih banyak usahawan dalam kalangan rakyat Malaysia…
Curahan rasa Anuar @ ..Nak bagi 2 ebook PERCUMA sekaligus (Link Download ada di dalam)
Semoga seluruh rakyat Malaysia dapat memberi sokongan terhadap usaha ini.. Supaya negara dapat melahirkan lebih ramai usahawan muda dalam kalangan bumiputra…
Curahan rasa Anuar @ ..Nak bagi 2 ebook PERCUMA sekaligus (Link Download ada di dalam)
Ada ternampak iklan YouCanDuit ni semalam di tv. Masa kedah lawan perak. Terus buat carian lanjut. Moga ramai usahawan dapat kebaikan dari program ni.
Curahan rasa Zuriat @ ..Selamatkah Teh Hijau Untuk Ibu Mengandung? Ketahui Khasiat & Risikonya
Rupanya ramai dah buat duit secara online.. pendapatan yang lumayan.. kena ambik peluang ni..
Curahan rasa Dedaun Comel @ ..King Coco Jana Pendapatan RM20,000 Sebulan
Betul tu… siapa yang tak ambil peluang ini untuk hasilkan pendapatan online memang rugi…
Curahan rasa Anuar @ ..Nak bagi 2 ebook PERCUMA sekaligus (Link Download ada di dalam)
Buat permulaan tak perlu nak aim banyak… Dapat jana pendapatan 2 hingga 3 angka sebulan untuk permulaan dah kira ok dah tu…
Curahan rasa Anuar @ ..Nak bagi 2 ebook PERCUMA sekaligus (Link Download ada di dalam)
Daripada 2 hingga 3 angka cuba tingkatkan lagi usaha dan pendapatan untuk bulan-bulan yang seterusnya… In Shaa Allah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit..
Curahan rasa Anuar @ ..Nak bagi 2 ebook PERCUMA sekaligus (Link Download ada di dalam)
saya menunggu youcanduit berada di sarawak pula..
kalau ada nak buat laporan di lokasi la pulak..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Tawaran Untuk Menjana Duit Di ADhance
Good Luck bro… In Shaa Allah, satu hari nanti YouCanDuit akan merentasi laut China Selatan pula… nanti jangan lupa share dekat blog yer… TQ..
Curahan rasa Anuar @ ..Nak bagi 2 ebook PERCUMA sekaligus (Link Download ada di dalam)
Wooow ada boboiboynya hehehehe
disini terkenal bang, anak saya juga suka,
semoga suskes terus ya bang
salam kenal…
Curahan rasa ali afif @ ..Cerita Silat Cersil Si Kaki Sakti
Ramai jutawan senyap terhasil dari bisnes online. Peluang terbaik yang perlu diraih anak-anak muda.
Mereka ambil tindakan untuk berjaya, bukan sekadar buat duit sahaja 🙂
Curahan rasa Ikhwan @ ..Tips Memulakan Bisnes Jangka Panjang
inilah peluang terbaik yang mesti direbut oleh anak-anak muda yang berbakat dalam bidang online..
teruskan berusaha dan jangan berputus asa..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Siapa Hero Borneo Yang Sebenarnya ?
Ada juga mereka yang sudah berusia menceburi bisnes di internet, dan mereka juga boleh berjaya membuat jualan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Tips Memulakan Bisnes Jangka Panjang
Salah satu inisiatif yang bagus dan perlu diteruskan untuk jangka masa panjang bagi membantu rakyat marhaen.
Curahan rasa Jia rizaira @ ..EyeEm App: 2 Gambar Telah Dipilih Sebagai ‘Premium Collection’
Dulu masa tahun sebelum 2010, susah nak dapat program macam sekarang, kalau ada pun kena bayar ribu ribu.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Penolong Pegawai Penerangan S29
Harap akan diteruskan, program ni dah berjaya membantu usahawan-usahawan lebih maju, tak kira baru nak mula atau yang dah lama.
Curahan rasa Denaihati @ ..Dialog Tun Dr Mahathir vs Dato Seri Mohd Nazri Aziz
Comments are closed.