Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog

Wifainda Amah Indonesia didera teruk dan gambar pendera

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, walaupun kes dera amah Indonesia tidak sepanas peristiwa pembunuhan Sosilawati tetapi kes dera amah terbaru ini pasti akan memanaskan lagi hubungan Malaysia dan Indonesia. Mengikut mStar online, Wifainda pembantu rumah dari Jawa Timur telah didera secara fizikal dan seksual sejak 4 bulan yang lepas oleh pasangan suami isteri yang berhati lebih binatang daripada binatang seperti suspek pembunuh Datuk Sosilawati, Pathmanabhan a/l nalliannen dan Surendren a/l nalliannen.

Sedihnya : Sumber mazidulakmal.blogspot.com

Ramai majikan pembantu rumah masih tidak serik walaupun Makamah telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada Majikan Mantik Hani. Ini yang dikatakan akibat nila setitik rosak susu sebelanga. Mengikut laporan Utusan Online Majikan Wifainda ini juga mempunyai rekod jenayah. Mengikut Ketua Polis Pulau Pinang selain daripada ditahan bagi membantu siasatan menurut Seksyen 325 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah dan Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol, polis juga akan menyiasat pasangan suami isteri berkenaan menurut Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007.

Majikan Wifainda : Sumber mazidulakmal.blogspot.com

Pesanan aku berulang kali kepada Majikan yang mengambil pembantu rumah : “Walau bagaimanapun masalah pembantu rumah bukanlah menjadi lesen untuk mereka didera dan dipukul. Jika tidak berpuasahati dengan perkhidmatan sila serahkan kembali kepada agen dan gantikan dengan pembantu yang lain.” Kepada agen pekerja pastikan amah Islam diletakan di rumah Majikan Islam bukan di rumah Majikan bukan Islam kerana ini akan menimbulkan beberbagai masalah seperti yang sudah berlaku.

Kepada yang bersalah pasti akan dihukum mengikut undang-undang Malaysia dengan hukuman yang seberat-beratnya dan kepada Rakyat Indonesia semuga peristiwa ini tidak menyebabkan permusuhan antara dua negara. Ramai di luar dan di dalam yang memang tidak senang Malaysia dan Indonesia berbaik-baik kerana apabila dua negara ini berbaik maka kukuhlah hubungan dua negara Islam.

[ad#Mangga 300]

---

  1. iblis telah masuk ke otaknya …hukum berat
    Entri terbaru ivan – House Modern Prefab DesignMy Profile

  2. manusia kejam itu lebih baik di hukum mati
    Entri terbaru george – The simplest way To Decide on A Woolrich Coat For WintertimeMy Profile

  3. manusia apa itu , harimau aja maasih sayang ama anaknya
    Entri terbaru george – The simplest way To Decide on A Woolrich Coat For WintertimeMy Profile

  4. cukup menyedihkan ……
    Entri terbaru joy – The simplest way To Decide on A Woolrich Coat For WintertimeMy Profile

  5. sedih melihatnya…

  6. kejamnya manusia sekarang..apa nak jadi lah…xde pegangan agama langsung..kurang waras…
    Entri terbaru SuaraPeople – UPDATE Kontest Anda Tulis!!!! Anda Menang!!!!My Profile

  7. Walaupun mereka hanya Pembantu Rumah namun mereka tidak harus dilayan sedemikian…
    Entri terbaru Kdn – ANDA ingin menang hadiah notebook Acer Aspire OneMy Profile

  8. pasangan suami isrti yang benar2 bejad akal otak dan kejam mengalahkan iblis. semoga hukuman sebarat beratnya segera di jatuhkan buat pasangan keparaaaaaaaaaaaaaaat.

  9. farzanuraid says:

    sangat disayangkan peristiwa ini terjadi, semoga tidak terjadi dikemudian hari. tetap jaga ukhuwah itulah yang paling penting

  10. Manusia berhati kafir yang mendera ni lah yang membuatkan orang Indonesia sering tersalah sangka dengan melabelkan Melayu yang jahat seterusnya Malaysia jahat pada pembantu rumah, padahal yang buat itu semua ceyenunalif yang kafir.
    Entri terbaru hyprobulksms – Upline lari- penipuan dan program hyprobulksmsMy Profile

Trackbacks

  1. Wifainda Amah Indonesia didera teruk dan gambar pendera ... says:

    Wifainda Amah Indonesia didera teruk dan gambar pendera ……

    […]Assalamualaikum dan salam 1Dunia, walaupun kes dera amah Indonesia tidak sepanas peristiwa pembunuhan Sosilawati tetapi kes dera amah terbaru ini pasti akan[…]…

  2. IMCurtain.com says:

    Wifainda Amah Indonesia didera teruk dan gambar pendera | Denaihati…

    walaupun kes dera amah Indonesia tidak sepanas peristiwa pembunuhan Sosilawati tetapi kes dera amah terbaru ini pasti akan memanaskan lagi hubungan Malaysia dan Indonesia. Mengikut mStar online, Wifainda pembantu rumah dari Jawa Timur telah didera seca…

Artikel pilihan...close