Weblog Popular 1Malaysia dan PEMENANGnya adalah ……

Spread the love

Dua tiga hari ni tak berapa sihat… tapi tu semua ujian kecil daripada ALLAH. Teringat kisah Nabi Ayub yang sakit selama 18 tahun dan tidak pernah sekali Baginda berdoa minta sembuh. Katanya berapa puluh tahun Allah dan bagi sihat tetapi bila diuji tak sihat MALU bagiNya nak minta sembuh.

Hari ini seperti yang dijanjikan aku akan umumkan keputusan Contest Weblog Popular 1Malaysia.

1. Aku ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang dah join contest ni. Semua link peserta contest telah diabadikan dalam BLOGROLL blog ini. Jika ada yang tertinggal sila maklumkan dalam ruangan komen.

2. Aku telah menerima 21 pencalonan sebagai Weblog Popular 1Malaysia. Berikut ada blog yang dicalonkan dan jumlah pencalonan daripada pengikut fanatik mereka : Ini fynn jamal cakap (16), Mombloggersplanet (19), Hidup Biar Sedap (9), Irfan Khairi (1), Kennysia – Asia Best Entertaiment Blog (1), Zahiriladzim (1), Rohaizad dot com (2), Hairulchessmaniacs (1), Kau Tercipta Untukku (1), Emilayusof (2), Contestmanic (1), Dunia Sebelah Zara (1), Your Shopping Kaki (1), World Of Azizwan (1), Oh! Tidak (1), Chokilala (1), Luthtextile (1), Viruspadu (1), Mawar Merah (1), Mylittlevegetablegarden (1) dan Mysuperkids (1).

KEPUTUSAN : Berdasar syarat-syarat yang telah ditetapkan TIADA pemenang untuk Weblog Popular 1Malaysia walaubagaimanapun sponsor telah membuat keputusan untuk memberi token sebanyak RM100 setiap satu kepada 2 top weblog yang dicalonkan iaitu Ini fynn jamal cakap dan Mombloggersplanet.

3. Terima kasih kepada peserta yang all out promosi contest  ini dengan macam-macam strategi dan teknik. Antara blog yang paling aktif mempromosi contest ini adalah : Mombloggersplanet (23), Precious (19), Mawar Merah (4), Hidup Biar Sedap (3), World of Azizwan (3), Zul’s Blog (2), my sweet blog (2), Justkhai (3), Jentayutiara (1), Melayu zone (1) dan Mysuperkids (1).

KEPUTUSAN : Berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan TIADA pemenang untuk Referral Terbanyak walaubagaimanapun sponsor telah membuat keputusan untuk memberi token sebanyak RM200 kepada Mombloggersplanet dan Precious diatas usaha mempromosi contest ini yang menyebabkan blog ini lebih dikenali di dunia maya.

4. Berikut adalah Pemenang untuk top 8 ranking dengan keywords Weblog Popular 1Malaysia yang ditentukan pada jam 12.00 am, 1/11/2009 berdasarkan sesawang pencarian google.com.my menggunakan page the web berdasarkan browser FireFox : Hidup Biar Sedap (RM250), World of Azizwan (RM250), Aku dan Kamu (RM250), Yang Terbuku Di Hati (Tak layak dapat hadiah), Mombloggersplanet (RM250), Mysuperkids (RM150), Blogger KampungBoy (RM150), Melayu Boleh (RM150) dan Precious (RM150).

TAHNIAH kepada semua pemenang dan minta tolong berkomunikasi melalui Contact atau hantar message melalui Twitter dan Facebook untuk tindakan selanjutnya. Aku juga cukup gembira kalau setiap pemenang dapat buat special entri di blog masing-masing tapi bukanlah syarat untuk menang.

JASA KALIAN AKAN TETAP DIKENANG DAN TUNGGUKAN NEXT BIG CONTEST ….


Spread the love

12 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!