Wang Kertas siri baru Malaysia

Assalamulaikum dan salam 1Dunia, bukan sekadar politik Malaysia sahaja melalui proses transformasi. Wang kertas Ringgit Malaysia juga melalui proses transformasi. Bank Negara Malaysia memperkenalkan reka bentuk baru wang kertas Ringgit Malaysia dengan wajah baru yang lebih segar dengan sistem keselamatan yang lebih tinggi.

20111221-202215.jpg

Gambar Wang Kertas Baru

Bank Negara juga mencetak kembali wang kertas RM20 baru yang dihentikan pengeluarannya sebelum ini.

20111221-202013.jpg

Gambar Wang Kertas RM20 Baru

Semuga dengan reka bentuk wang kertas Ringgit Malaysia baru akan menambah semangat untuk kita berkongsi rezeki kepada yang memerlukan bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Amalan suka memberi dengan ikhlas adalah rahsia paling tersembunyi untuk mendapat rezeki berlipat ratus kali ganda. Ada banyak firman Allah yang menyatakan rahsia ini di dalam Al-Quran cuma kita sahaja yang tidak yakin. Dah amalkan baru tahu hasilnya.

28/6/2012 : Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan Wang Kertas siri baru Malaysia akan masuk ke pasaran bermula pada 16/7/2012. Orang ramai boleh menghubungi BNMLINK di 1-300-88- 5465 atau menelefon 03-26988044 sambungan 7307/ 8658 atau menghantar e-mel kepada ncs@bnm. gov. my untuk maklumat lanjut.

BNM dalam kenyataan di sini berkata, sekiranya pihak berkepentingan iaitu  institusi kewangan, kompleks membeli-belah, syarikat pengangkutan awam, syarikat telekomunikasi, pengendali tempat letak kereta, pemilik kios pembayaran serta pengendali mesin wang tunai dan tiket belum berbuat demikian, mereka hendaklah mempercepatkan pengubahsuaian mesin mereka agar boleh menerima wang kertas siri baru untuk kemudahan orang ramai.

Seandainya pengubahsuaian mesin mereka tidak dapat disiapkan menjelang 16 Julai ini, penyelesaian alternatif hendaklah disediakan, contohnya penyediaan kaunter pertukaran wang kertas atau kaunter tiket manual.- Sumber.

Comments

Trackbacks

  1. […] Kalimat majemuk merupakan satu kesatuan. Oleh karena itu, dalam pemakaiannya, anak kalimat tidak dipisahkan dari induk kalimatnya. * Proyek rekonstruksi Aceh pasca tsunami sudah dapat dilaksanakan karena dana yang diusulkan sudah turun. […]