Virus Influenza A (H1N1) bukan bayangan ngeri

Petang semalam dapat call daripada doktor katanya mengikut simptom yang terdapat pada diri anak aku yang di Madrasah positif Virus Influenza A (H1N1). Hari Ahad lepas semasa aku hantar dia balik ke Madrasah alhamdulillah sihat walafiat tapi ini pasti ujian kecil daripada Allah. Doktor hantar abang ke Hospital Ampuan Rahimah, Klang untuk ujian lanjutan. Aku terus hubungi isteri dan minta dia bawa 3 orang lagi anak di rumah ke klinik berhampiran kerana juga kurang sihat sejak beberapa hari.

Bayangkan dapat berita positif Virus Influenza A (H1N1) pasti bercelaru juga fikiran terutama bila baca berita setiap hari ada sahaja korban H1N1. Aku teringat pesan GURU kalau ada masalah solat sunat 2 rakaat. Alhamdulillah itu yang selalu aku amalkan walaupun kekadang lupa. Dulu ketika aku kehilangan hand carry dalam pesawat QatarAirWays pun aku buat perkara yang sama terus solat sunat 2 rakaat.

Aku sentiasa ingat ayat 4 surah Al-Fatihah yang lebih kurang maknanya “Kepada MU lah aku sembah dan Kepada Mu lah aku mohon pertolongan“. Kita ini hamba lemah dan tidak berdaya melainkan dengan bantuan dan izin Allah bukan makhluk.

Alhamdulillah selepas Isyak aku dapat berita ke tiga-tiga anak di rumah bebas daripada wabak H1N1. Selepas lewat malam dapat berita gembira abang bebas daripada jangkitan H1N1. Syukur kepada Allah swt. Terima kasih kepada yang memberi sokongan.

Teman-teman di FB
Teman-teman di Twitter

Pasti ada Hikmah disebalik ujian kecil Allah : “Dan sesungguhnya akan kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa (pengikut) dan buah-buahan (biji-bijian). Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Yaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan ‘Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadanyalah kami akan kembali’. Meraka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk”. (Al Baqarah : 155-157 )

@Kepada yang ingin mendapatkan makluman lanjut berkenaan H1N1 boleh melayari laman web Kementerian Kesihatan di alamat, http://h1n1.moh.gov.my atau hubungi talian 03-88810200/0300
[ad#advertlets336]

295 Comments

  1. Hai friend Good Morning.I am agree with your blog posting about that but i found something ridiculous that i felt you didnt know the main problem before you posting this so i want to ask :where do you know about this dude ? Best Regard owner of slareng.com Good bye

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!