Din Beramboi pergi tak kembali lagi

Spread the love

Petikan Utusan Online : “Pelawak popular dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggal dunia di Hospital Selayang, lewat malam tadi. Allahyarham yang dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam. Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir. Katanya, Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi.”

Allahyarham Din Beramboi

Begitulah penghujung usia Allahyarham Din Beramboi. Beliau pergi tidak kembali lagi pada Malam Jumaat, itulah bahagiannya. Bila dan bagaimana pula pengujung usia kita? Apa pula bahagian kita?

Firman Allah swt : “Allah yang menciptakan kamu, kemudian memberimu rezeki, lalu mematikanmu, kemudian menghidupkanmu (kembali). Adakah di antara mereka yang kamu sekutukan dengan Allah itu yang dapat berbuat sesuatu yang demikian itu? Mahasuci Dia dan Mahatinggi dari apa yang mereka persukutukan.” – Ar-Rum : 40.

Hidup ini tidak salah mengejar dunia tetapi jangan lupa kepada akhirat. Malangnya ramai dikalangan kita hidup bagaikan tidak sedar esok lusa kita akan pergi tak kembali lagi.  Mojoriti hidup kita sekarang lebih berasaskan emosi dan nafsu bukan berlandaskan iman dan taqwa. Selagi hidup belum terlambat untuk kita berubah tetapi apabila kita sudah pergi tak kembali lagi apa yang dibawa hanya amalan bukan harta benda atau kaum keluarga.

AL-FATIHAH untuk Allahyarham Din Beramboi.

Salah satu twitter arwah dipetik dari blog hujanbatu : “Sunday, 14 March, 2010 8:05 PM TheRealBeramboi: Tanda2 ajal mula2 bahgian kaki berasa kebas2 kemudian bransur2 ke bhgian atas hingga ke nafas dan kluar selamanya.. Aku insaf!”
[ad#HTML]


Spread the love

39 Comments

    1. @zuriey, Yer. apa yang penting, kita seharusnya mempersiapkan diri kita tu..
      .-= Steward John´s last blog ..Shopping in UK =-.

  1. Kita 1Malaysia memang merindui allahyarham..
    .-= rashid´s last blog ..Apa Yang Perlu dan Apa Yang Tak Perlu. =-.

  2. pemergian din beramboi merupakan kehilangan kepada kita, semoga arwah din beramboi dirahmati allah swt. amin
    .-= mohdisa´s last blog ..Suami Isteri Bercerai Kerana Facebook =-.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!