Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog in. Terima kasih kepada yang ramai komen di entri “risiko membeli tanah tanpa geran individu“. Salam tahun baru 1439H. Semuga sahabat-sahabat sudah menulis misi hijrah yang tepat sebagai panduan perjalanan setahun yangg akan datang, kalau tidak takut sesat dalam terang.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Dalam khutbah hari ini khatib berkata hijrah itu adalah apabila seorang insan meninggalkan segala larangan dan mengikut perintah ALLAH dengan semangat jihad dah keikhlasan hati, bukan paksaan atau kerana cinta pada dunia.
(Mereka ditimpakan azab) yang demikian, kerana mereka mereka menentang (perintah) Allah dan RasulNya. Dan (ingatlah), sesiapa yang menentang (perintah) Allah, maka sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya. – Surah Al-Hashr, 4.
Permulaan hari pertama 1439H
Sifu Abang ajar kita mesti tulis dengan tepat azam baru sebagai panduan perjalanan setahun. Menulis dengan KESUNGGUHAN bukan ada niat KALAU atau Saja nak Cuba … contohnya
- Nak bawa anak-anak, isteri dan ibu bapa mengerjakan umrah pada bulan Februaru 2018
- Nak mengerjakan haji bersama isteri/suami dengan pakej haji A
- Nak bayar zakat harta paling sikit RM50K
- Nak infaq harta paling sikit RM100K kepada yang sangat-sangat memerlukan.
- Nak qurban seekor kambing untuk setiap ahli keluarga pada musim haji tahun ini
- Nak buat 30 perigi pam untuk keluarga miskin di Kemboja
- Nak menulis 1000 perkataan setiap hari pada 4 bulan pertama kemudian naik kepada 2000 perkataan sehari pada 4 bulan kedua dan 3000 perkataan sehari pada 4 bulan terakhir.
- Membaca paling sikit satu buku ilmiah setiap bulan.
- Nak keluar 40 hari dalam negara untuk dakwah diri sendiri jadi insan yang beri manafaat pada agama.
- Nak ziarah 20 madarsah tahfiz dan sekolah agama di dalam negara dan di luar negara.
- Nak selesaikan semua hutang peribadi sebanyak RM30K (contoh) dan tidak menangguh pembayaran hutang rumah, kereta dan PTPTN
Ini sebagai contoh. Pasti kekawan ada misi tersendiri untuk memudahkan perjalan hidup kita pada tahun 1439H.
Kalau tidak nanti kita sesat berjalan dalam terang.
Perkara yang bagus kita buat pada 1 hijrah
- Doa untuk kebaikkan sepanjang tahun
- Puasa sunat
- Sedekah sebanyak yang mampu sebagai pelaburan untuk rezeki yg luasa dan berganda-ganda pada sepanjang tahun
- Bacaa Yassin niat ALLAH permudahkan urusan sepanjang tahun
- Call ibu (utk yg masih ada) mohon doakan kebaikan
- Bayar sedikit hutang yg ada tanda azam nak selesaikan semua hutang
Ini sebahagian yangg guru ajar. Guru kekawan mungkin ajar ilmu yang lain. Tak kisah berbeza yang paling penting amalkan.
Doa melangkah tahun 1439H
Ya ALLAH kami berlindung kepada-Mu dari kesakitan dan kepedihan, kami berlindung dari kesusahan, kesedihan, kelemahan, kemalasan, ketakutan, kebakhilan dan dari terlilit hutang, kami berlindung dari ilmu yg tidak bermanafaat, hati yg tidak khusyuk, amal yang tidak di angkat dan doa yang tidak didengar.
Cintakan kami kepada iman, bencikan kami pada kekufuran, kefasikan dan kemaksiatan. Cukupkan kami dengan rezeki yang halal dan bukan yang haram. Jadikan Al Quran penyubur dan penawar dada dan hati kami, penghibur kesedihan dan kesusahan, pembimbing serta penuntun kami menuju Mu dan Jannah Mu.
Ya ALLAH kami memohon satu aib pun kecuali Engkau menutupinya, suatu hutang pun kecuali Engkau bukakan hati mereka yang berhutang melunasinya, suatu penyakit pun kecuali Engkau menyembuhkannya.
Ya ALLAH ampunilah kami, rahmatilah kami, maafkanlah kami dan muliakanlah kami.
Aamiin.
Selamat Tahun Baru 1439H.
60 Comments
Alhamdulillah. Terima kasih DH atas perkongsian cara atau tips ringkas ni. Sempat lagi utk revise balik. Terima kasih
Curahan rasa hafizmd @ ..Nota Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Kawalan Trafik Udara A41
Ada waktunya memang kena pandang belakang semula ubtuk muhasabah diri.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Beli 2 Buah Rumah Sekaligus
semoga azam-azam tersebut dipermudahkan. amin.
selamat menyambut tahun baru juga.
amin ya rabbal alamin semoga allah makbulkan hajat saya sama macam admin tulis tukan..semog aberjaya
Selamat tahun baru Maal Hijrah buat tim Denaihati. Moga tahun yang mendatang Allah swt beri kelapangan untuk banyakkan kebaikan dan amal yang soleh.
Curahan rasa Sani @ ..5 Produk Bisnes Cenderahati Laku Keras!
Bukan dibuat pada 1 Muharram sahaja. Patut dibuat bermula 1 Muharram 1439 ini dan berterusan sepanjang masa.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Sejarah Jalan Tuanku Abdul Rahman Yang Aku Kenal Siri 1
Benar, bila dah dapat buat sepanjang masa, ia boleh bantu kita untuk terus konsisten.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Beli 2 Buah Rumah Sekaligus
Bagus ada checklist Tahun Baru sempena Maal Hijrah ni.
Semoga Allah memberikan hidayah dan juga rezeki yang berkat sempena tahun baru ni kepada kita semua
Curahan rasa NORIZA ABDUL RAHMAN @ ..Faedah Kolagen Bukan Setakat untuk KULIT, Tetapi Juga untuk SENDI RAWAN
Kalau ada senarai semak, dah boleh tengok apa perkara yang ada dan belum ada. Boleh tambah lagi tu.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Beli 2 Buah Rumah Sekaligus
semua orang pasti sukses ya dan harus berdoa dan berusaha untuk sukses
Curahan rasa roketlagu @ ..Enver Terzi Lagu MP3
Tahun baru menandakan umur dunia semakin tua sementara umur kita semakin sedikit…
Curahan rasa ahmadyani @ ..8 Bidang Tugas Pegawai Tadbir Diplomatik Berat Tapi Tetap Diminati Ramai
Alhamdulillah, masih bernafas di tahun baru, walau pun kesihatan tak seberapa…
Curahan rasa Ikhwan @ ..Salahkan Orang Lain Lagi Senang
Moga Allah swt berikan kesihatan yang baik untuk tuan Ikhwan sekeluarga. Doa kan saya juga ya tuan Ikhwan 🙂
Curahan rasa Sani @ ..5 Produk Bisnes Cenderahati Laku Keras!
Alhamdulillah…terima kasih atas perkongsian ilmu. Semoga Allah kuatkan semangat dan kesungguhan saya
Alhamdulillah. Terima kasih atas perkongsian ilmu. Saling ingat mengingati sesama kita. Salam Maal Hijrah 1439.
nak menulis banyak blog dan mempunya lebih banyak teman lagi semoga bisa tercapai tahun ini
Curahan rasa jalan jalan @ ..Resep Jajan – Getuk Lindri
Berani mengambil risiko, dan buat kajian mendalam sebelum memulakan sesuatu… Insyallah anda akan berjaya
Curahan rasa abg mus @ ..Malaysia Mengesahkan Bitcoin? Bank Negara Mengeluarkan Garis Panduan untuk Crypto
kalau kita bersingguh sungguh berusaha utk capai apa yg diimpikan, tak mustahil akan jadi kenyataan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Menu Best di Hayaki Cafe
Alhamdulillah syukur. Tekadkan azam baru. Lama Sal tak singgah sini. Huhuhu
Comments are closed.