Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog in. Terima kasih kepada yang ramai komen di entri “risiko membeli tanah tanpa geran individu“. Salam tahun baru 1439H. Semuga sahabat-sahabat sudah menulis misi hijrah yang tepat sebagai panduan perjalanan setahun yangg akan datang, kalau tidak takut sesat dalam terang.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Dalam khutbah hari ini khatib berkata hijrah itu adalah apabila seorang insan meninggalkan segala larangan dan mengikut perintah ALLAH dengan semangat jihad dah keikhlasan hati, bukan paksaan atau kerana cinta pada dunia.
(Mereka ditimpakan azab) yang demikian, kerana mereka mereka menentang (perintah) Allah dan RasulNya. Dan (ingatlah), sesiapa yang menentang (perintah) Allah, maka sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya. – Surah Al-Hashr, 4.
Permulaan hari pertama 1439H
Sifu Abang ajar kita mesti tulis dengan tepat azam baru sebagai panduan perjalanan setahun. Menulis dengan KESUNGGUHAN bukan ada niat KALAU atau Saja nak Cuba … contohnya
- Nak bawa anak-anak, isteri dan ibu bapa mengerjakan umrah pada bulan Februaru 2018
- Nak mengerjakan haji bersama isteri/suami dengan pakej haji A
- Nak bayar zakat harta paling sikit RM50K
- Nak infaq harta paling sikit RM100K kepada yang sangat-sangat memerlukan.
- Nak qurban seekor kambing untuk setiap ahli keluarga pada musim haji tahun ini
- Nak buat 30 perigi pam untuk keluarga miskin di Kemboja
- Nak menulis 1000 perkataan setiap hari pada 4 bulan pertama kemudian naik kepada 2000 perkataan sehari pada 4 bulan kedua dan 3000 perkataan sehari pada 4 bulan terakhir.
- Membaca paling sikit satu buku ilmiah setiap bulan.
- Nak keluar 40 hari dalam negara untuk dakwah diri sendiri jadi insan yang beri manafaat pada agama.
- Nak ziarah 20 madarsah tahfiz dan sekolah agama di dalam negara dan di luar negara.
- Nak selesaikan semua hutang peribadi sebanyak RM30K (contoh) dan tidak menangguh pembayaran hutang rumah, kereta dan PTPTN
Ini sebagai contoh. Pasti kekawan ada misi tersendiri untuk memudahkan perjalan hidup kita pada tahun 1439H.
Kalau tidak nanti kita sesat berjalan dalam terang.
Perkara yang bagus kita buat pada 1 hijrah
- Doa untuk kebaikkan sepanjang tahun
- Puasa sunat
- Sedekah sebanyak yang mampu sebagai pelaburan untuk rezeki yg luasa dan berganda-ganda pada sepanjang tahun
- Bacaa Yassin niat ALLAH permudahkan urusan sepanjang tahun
- Call ibu (utk yg masih ada) mohon doakan kebaikan
- Bayar sedikit hutang yg ada tanda azam nak selesaikan semua hutang
Ini sebahagian yangg guru ajar. Guru kekawan mungkin ajar ilmu yang lain. Tak kisah berbeza yang paling penting amalkan.
Doa melangkah tahun 1439H
Ya ALLAH kami berlindung kepada-Mu dari kesakitan dan kepedihan, kami berlindung dari kesusahan, kesedihan, kelemahan, kemalasan, ketakutan, kebakhilan dan dari terlilit hutang, kami berlindung dari ilmu yg tidak bermanafaat, hati yg tidak khusyuk, amal yang tidak di angkat dan doa yang tidak didengar.
Cintakan kami kepada iman, bencikan kami pada kekufuran, kefasikan dan kemaksiatan. Cukupkan kami dengan rezeki yang halal dan bukan yang haram. Jadikan Al Quran penyubur dan penawar dada dan hati kami, penghibur kesedihan dan kesusahan, pembimbing serta penuntun kami menuju Mu dan Jannah Mu.
Ya ALLAH kami memohon satu aib pun kecuali Engkau menutupinya, suatu hutang pun kecuali Engkau bukakan hati mereka yang berhutang melunasinya, suatu penyakit pun kecuali Engkau menyembuhkannya.
Ya ALLAH ampunilah kami, rahmatilah kami, maafkanlah kami dan muliakanlah kami.
Aamiin.
Selamat Tahun Baru 1439H.
60 Comments
Terima kasih atas tips mudah ni tuan
sebenarnya buat to do list memang ciri orang berjaya
Setiap pagi bangun terus tulis
Curahan rasa Mama Hakim @ ..30 Makanan Yang Pantang Dimakan Pesakit Kencing Manis & Menu sihat kawal gula!
Semoga ada ruang yang lebih banyak untuk buat duit dengan blog.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Beli 2 Buah Rumah Sekaligus
sekejapje masa berlalu..cepatnya akhir tahun nanti sampailah ramdhan pula kan..semoga allah memberkati kita kan
Curahan rasa jual ubat tahan lama @ ..minyak belacak tok ayah order 0148040578
Tanam niat, usaha ke arah pencapaian niat, dan tawakal kepada allah swt. Insyaallah semuanya dipermudahkan aminnn
Curahan rasa Syakilla @ ..Cara Atasi Sindrom Malas Ketika Berpuasa Di Bulan Ramadhan
Salam maal hijrah. Yang paling penting kena faham konsep hijrah yang sebenar iaitu kembali kepada ALLAH sepenuhnya dalam apa jua situasi dan keadaan. Terima masih atas perkongsian
Curahan rasa Eazaq @ ..Budu semakin popular di negara China??
Alhamdulilah , sudah buku baru kita.
Untuk tahun ini kita buat lebih bgaik dari tahun sebelumnya
Curahan rasa onlajer @ ..Pekara yang boleh anda lakukan untuk menyejukan bilik tidur anda.
Kalau tahun lepas buat jualan RM1 juta, tahun ni buat RM2 juta, lebih sikit.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Beli 2 Buah Rumah Sekaligus
Dah masuk tahun baru.. azam tetap sama.. Semoga ada sinar ditahun baru ini… dah lama tak jenguk blog DH.. hehe
Curahan rasa Hafizul @ ..Microsoft Excel Suka Buat Akaun Dengannya
azam, usaha, istiqamah…untuk kebaikan itu terbaik..tinggalkan sifat jahat yang lampau
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Beli Keropok Losong dan Satar Frozen Di Kedai Keropok Seri Murni Pasir Puteh
Alhamdulillah. Tips ringkas untuk berjaya pada tahun 1439 hijrah ni sangat perlu untuk meningkatkan semula prestasi melalui keazaman yang cuba direlasisasikan dalam lapangan kehidupan. Man jadda wa jada.
Curahan rasa Gum Arabic Al-Manna @ ..Al-Manna Ameer Bukan Ubat Rawat Penyakit
semoga tahun ini akan jadi yang lebih baik berbanding yang lepas.
tetap kena usaha dan tak putus asa.
Curahan rasa titan @ ..Cashback keenam dari Shopback.my
Bagus bila kita ada matlamat untuk di capai kan
kita jadi lebih fokus
dan kalau matlamat ni ni boleh dipercayai minda sedar
akan terus meresap dalam minda separa sedar
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..16 Tanda Awal Kehamilan & Alahan mengandung yang wajib suami tahu!
semoga tahun baru dpt menjadikan blogger lebih rajin dalam berkongsi idea yg bermanfaat
Curahan rasa nikkhazami @ ..Cara Tukar Password Unifi
Terima kasih untuk tels ringkas tu. Ilmu yang bermanfaat elok dikongsi bersama sama selalu.
Curahan rasa Ainun Kalisah @ ..Cara Merawat Kulit Muka Rosak Dan Berjeragat Akibat Bekerja Bawah Matahari
salam maal hijrah dan saya juga dah buat 20 resolusi untuk tahun baharu ini..
semoga ada kekuatan untuk melaksanakannya
Curahan rasa mrhanafi @ ..Hijrah Diri : Sentiasa Bersangka Baik
Salam maal hijrah 1439 buat seluruh umat islam. Semoga kita terus maju dalam aspek ekonomi, pegangan hati kita terhadap islam serta berbuat baik sesama manusia.
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..5 cara buat duit dengan mudah secara online atau offline
Comments are closed.