Tips kalau terkena simbahan asid dari penyimbah asid bersiri


Assalamualaikum dan salam 1Dunia, seorang lagi wanita hampir jadi mangsa baru penyimbah asid misteri yang hanya berjaya menyimbah cermin depan dan bumbung kereta setelah pujukannya mangsa tersebut membuka cermin kereta gagal. Mengikut kenyataan yang dikeluarkan polis wanita berusia 26 tahun itu hampir menjadi mangsa Penyimbah Asid bersiri ketika memandu berhampiran Central Market pada jam 7.30am, 24/5/2011.

mat rempit Tips kalau terkena simbahan asid dari penyimbah asid bersiri

Mat motor penyimbah asid lebih haiwan dari haiwan

Kepada semua wanita Kuala Lumpur semuga nasihat dari Prof. Dr. Zainudin Arifin, Pakar Kimia boleh menjadi panduan :

Bagi mencegah kesan penghakisan teruk dan kecacatan kekal pada kulit, Zainudin daripada Jabatan Kimia, Fakulti Sains, Universiti Malaya menasihatkan kaum wanita supaya membawa sebotol air dalam beg tangan mereka dan menggunakannya untuk mencuci simbahan asid jika kejadian seumpamanya berlaku kerana air adalah bahan pelarut mudah mencairkan kimia. ”Cuci bahagian badan dan bersihkan simbahan asid dengan menggunakan sebanyak air yang mungkin kerana masa amat kritikal ketika ini. Jika anda melengahkan pencucian asid itu, kesan lebih buruk dan menakutkan akan berlaku. ”Dapatkan sebanyak air dan berada di dalam aliran air sekurang-kurangnya 15 minit, lebih baik jika dapat 30 minit, kemudian tukar pakaian dan hanya selepas itu anda dapatkan rawatan,” katanya. Beliau berkata jika serbuk penaik, sodium bikarbonat boleh diperoleh, mangsa simbahan asid boleh mencampurkannya dengan air dan meletakkan di kawasan yang terkena simbahan asid bagi meneutralkan kesan asid berkenaan. “Dan jika dalam paling teruk di mana tiada air boleh diperoleh, lap kawasan yang terkena simbahan asid dengan sebersih-bersihnya,” kata beliau. Beliau juga mencadangkan kaum wanita menggunakan alat pelindung keselamatan seperti kaca mata besar – Petikan dari Utusan Online.

Kepada sesiapa yang ada informasi atau ternampak penyimbah asid bersiri ini sila hubungi Polis di Rakan Cop hotline 03-21159999 atau SMS POLISKL ke 32728.

[ad#nuffnang336]

Istimewa di denaihati.com
  • Ezany-Kun 26 May 2011 at 12:36 am

    aku bajet la.. penyimbah asid ni pembantu makmal.. :p

    • eyra 26 May 2011 at 12:51 am

      btol2. hahahaa

    • denaihati 26 May 2011 at 8:21 am

      Ada logiknya atau mungkin dulu sekolah aliran sains

    • ekspresiruang 26 May 2011 at 1:38 pm

      hahah ada logik gak.
      Entri terbaru ekspresiruang – Bandar Fudai Selamat Daripada Tsunami Kerana Benteng Banjir IniMy Profile

      • eyra 26 May 2011 at 2:50 pm

        dulu cikgu kimia dia tak ajar cmne efek kalau simbah kat org hahaha

  • syahril hafiz 26 May 2011 at 12:20 am

    mak aii makin pelik penyimbah acid ni
    memang mental la kalau nama dah nak berita.
    ingat boleh top ke apa..haishh

    • denaihati 26 May 2011 at 8:22 am

      Ni memang psiko punya manusia tapi dia lupa Allah Maha Berkuasa

  • adelena asyiqin 26 May 2011 at 12:03 am

    beware girlsssss.skarang byk orang jahatttt! maen simbah2 acid tanpa sebab pulak..

  • eyra 25 May 2011 at 10:45 pm

    bahaya sgt. nak jalan mana2 even bukan di KL pun takut

  • farysa 25 May 2011 at 10:22 pm

    bahaya gila kalau pmpuan nk keluar skrg ni.keluar ramai2 pn blom tntu selamat.kena ada lelaki.

  • Adilla Harun 25 May 2011 at 10:19 pm

    Geram 1Malaysia dibuatnya dengan mamat asid ni! Bilalah nak tertangkap. Apa dia ‘produce’ asid sendiri ke? Kalau ‘drug’ boleh belajar buat dari internet, saya meneka mungkin asid juga.

    Tak kira apa pun, mamat seorang ni sememangnya rasa hebat dengan kegilaan dia tu. Nanti jika dia tertangkap, saya sarankan dia ‘disaunakan’ dengan asid. Ini geram tahap Criminal Minds. Hih!Hih!

  • ASaDa RyutaRo 25 May 2011 at 10:15 pm

    haih.. nasib la tak termakan pujukan orang tu buka tingkap. bahaya gila.. mintah dijauhkan dari benda2 camni..
    Entri terbaru ASaDa RyutaRo – Menjenguk Iskandariah – Bandar Tepi LautMy Profile

  • Sandi 25 May 2011 at 10:03 pm

    Yang benar-benar gila.
    Entri terbaru Sandi – Choosing a Handbag to go With Your Kasper SuitsMy Profile

  • Anarm 25 May 2011 at 9:55 pm

    penyimbah asid bersiri tu ada masalah mental ke ape? senang plak nak dapat asid skrg ni ek? bahaya.. bahaya..
    Entri terbaru Anarm – Blog Ni Pun Nuffnang Bagi Buffered EarningsMy Profile

  • yusri 25 May 2011 at 9:47 pm

    kenapa tak dapat tangkap lagi ni?..sedangkan kes kes lain melibtkn org poolitik cepat pula kesan…bukan nak komplen…tapi sangat risau dengan keluarga yang kerja di KL

  • sayacomel 25 May 2011 at 9:14 pm

    emm..kalau kena tangan, basuh dengan air banyak-banyak..lama-lama..
    Entri terbaru sayacomel – Comel Sangat – Gambar budak bertudung yang old skoolMy Profile

  • zainal 25 May 2011 at 9:10 pm

    salam…

    dah siap pujuk2 lagi tuh…nampaknya dah semakin berani si penyimbah asid nih…

    sakit jiwa kottt mamat tuh..
    Entri terbaru zainal – Backup &amp Restore Your Computer Drivers Using Double DriverMy Profile

  • Sabahan Bloggers Club 25 May 2011 at 8:46 pm

    Kenapa susah sangat nak tangkap penyimbah asid ni yer?
    Pelik gak, dah lama gak kes ni tapi tak dapat tangkap?
    Dia cari wanita yang keseorangan je ker?
    Entri terbaru Sabahan Bloggers Club – Innity advertising NetworkMy Profile

  • Sobri 25 May 2011 at 8:40 pm

    Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya akan jatuh ke tanah juga. Si penyimbah asid ni akan dapat ditangkap jugak akhirnya
    Entri terbaru Sobri – Balik kampung!!!!! Oooo balik kampung!!!!My Profile

  • Ezany-Kun 25 May 2011 at 8:30 pm

    kalau dia simbah kat cermin kereta tu pastu kena muka dia balik kan bagus.. pastu sibuk nak cari air cuci muka.. tercuci pulak guna asid.. azab2..

1 2 3


© 2008 - 2012 Denaihati Network · Sebahagian hak milik terpelihara
Diselenggara oleh Eizil Network