Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, syukur alhamdulillah sekali lagi pihak Denaihati Network akan menganjurkan majlis Sepetang Bersama Blogger untuk tahun yang ketiga. Cepat betul masa berlalu, diam tak diam, sudah masuk tahun ketiga kita menganjurkan majlis yang dapat merapatkan ukhwah diantara blogger, pengiat sosial media dan pembaca.
Tahun 2014 membuka lembaran baru yang ceria dengan persetujuan syarikat minuman terkenal Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad untuk menjadi penaja utama majlis SBB2014. Ini merupakan penghargaan yang sangat besar kepada industri penulisan blog tanahair apabila jenama besar yang tersenarai di BSKL seperti Yeo’s sudi untuk bekerjasama dengan Denaihati Network. Sebagai tanda terima kasih kepada penaja utama SBB2014 kali dinamakan sebagai Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014. Hashtag rasmi untuk masjlis ini adalah #SBB2014 #SBBYEOS2014.
Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014 akan diadakan pada hari Sabtu, 8hb Mac 2014 di Saloma Bistro, Jalan Ampang. Lokasi baru di pilih untuk memudahkan Rakan Blogger datang menaiki kenderaan awam iaitu bas, monorel dan LRT. Atas pemintaan ramai penganjur akan membawa top blogger Malaysia seperti Redmummy, Ben Ashaari, Shafie Bustan, Zarul Husin dan beberapa top blogger lain (menunggu maklumbalas) yang akan bersama-sama berkongsi ilmu dan pengalaman.
Seperti biasa hadiah cabutan bertuah menjadi tarikan utama untuk dimenangi oleh para peserta SBBYEOS2014 yang bertuah. Barisan gajet seperti iPhone 5s (3 unit), iPhone 5c (1 unit), iPad Mini (1 unit), Sistem Navigasi Garmin (2 unit), tidak lupa hadiah lain seperti pakej percutian dan banyak lagi menanti untuk dimenangi oleh para tetamu yang hadir pada majlis Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s pada kali ini. Yuran pendaftaran sebanyak RM20 dikenakan kepada semua peserta. Selain berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah peserta akan dihidangkankan dengan makanan yang enak (ada cendol dan kambing golek) dan juga akan mendapat berbagai hadiah daripada penganjur seperti t-shirt, buku Denaihati dan lain-lain. Memang rugi sangat kalau tak join.
Pihak penganjur juga menyediakan Tapak Jualan kepada rakan blogger yang aktif berniaga secara online. Yuran penyertaan Tapak Jualan adalah RM100 dan tempat sangat terhad siapa cepat dialah yang dapat. Jangan lepaskan peluang untuk mempromosikan jenama anda kepada dunia.
Bagi menambahkan kemeriahan majlis pada tahun ini, pihak penganjur beberapa aktiviti pra-SBBYEOS2014.
1. Pendaftaran akan melayak untuk cabutan bertuah mingguan yang menyediakan hadiah wang tunai yang akan diserahkan di majlis SBBYEOS2014.
- Minggu pertama : RM100 x 3
- Minggu ke dua : RM80 x 5
- Minggu ke tiga : RM50 x 5
- Minggu ke empat : RM20 x5
2. Rakan-rakan boleh daftar ikut cabaran affiliate dengan menjadi affiliater untuk mempromosi SBBYEOS2014 di blog, facebook, twitter dan instagram. 5 hadiah misteri akan disediakan kepada top 5 affiliater. Memang bebaloi hadiah yang disediakan yang akan diserahkan di majlis SBBYEOS2014. Link cabaran affiliate setelah daftar seperti ini http://sbb.my/?affiliates=c81e728d9d4c2f636f067f89cc14862c
3. Mini Contest dengan beberapa hadiah gajet terkini jenama Samsung impian ramai tajaan Yeo’s. Pemenang akan diumumkan di majlis SBBYEOS2014. Sebagai tanda terima kasih jom follow Facebook Yeo’s Malaysia.
Jangan berlengah lagi, mari kita daftar sebagai peserta dan menempah tapak jualan sekarang di halaman rasmi Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014 atau klik banner di bawah.
Pihak penganjur sedang berbincang dengan beberapa syarikat untuk menjadi co-sponsor SBB2014 doakan semuga berjaya. Kepada individu dan syarikat jangan lepaskan peluang untuk menjadi co-sponsor SBB2014 kerana produk anda akan mendapat pendedahan besar-besaran. Kepada yang berminat untuk mengetahui kelebihan menjadi co-sponsor sila rujuk Pakej Penaja.
Semuga ALLAH permudahkan semua urusan dan majlis ini memberi manafaat kepada semua. Sebarang pertanyaan sila kirimkan pesanan di Facebook Denaihati Network.
No related posts.
186 Comments
Hebat SBB 2014 utk kali ke-3 ni, Insya Allah jika tiada halangan akan tiba jua di sana.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..MSMW 2014 Pengundian Bermula
Saloma bistro tuu…
sedey dah ni..sedey dah… haiishhhh
antar lah hadiah cabutan bertuah dari sana mesti tak sedih
Curahan rasa denaihati @ ..Kisah benar kehebatan banyak berselawat kepada Rasulullah SAW
fuuuuhhhh… jersey liverpool satu nadot!!! hehehee
Curahan rasa KiD @ ..Kata Santapan Minda
Insyallah tidak mahu melepaskan peluang sebab dari sejak siri pertama lagi sudah diikuti.
Curahan rasa akubiomed @ ..Ilmu Blogspot Blogger Malaysia
Insyaallah cuba luangkn masa untuk join… esok atau lusa cuba daftar
InsyaAllah untuk SBB tahun ini akan sertai.. Esok boleh mendaftar.. Memang di tunggu-tung event ini.. Pastinya meriah.. Tengok baru beberapa jam publish boleh mendaftar lebih 20 tempat sudah terisi.. Harapnya akan ramai lagi esok dan seterusnya..
Curahan rasa Irwan Alessa @ ..MSMW 2014 – Suatu Platform Yang Baik
apa lagi jom kita join ramai-ramai untuk meriahkan majlis ni
Curahan rasa sharinginfoz @ ..Nasi Lemak Kini dan Sekarang dalam MAS @ Chef Wan
Sukar sedikit hari sabtu tuk SBB kali ini. Kalau hari ahad konfem datang huhu
Curahan rasa Khairul Zamri @ ..Ilmu Blogspot Blogger Malaysia
kita consider Blogger yg negeri bekerja hari ahad tu yg buat hari sabtu. Satu lagi kepada blogger outstation ada masa nak rehat pada hari ahad setelah travel ke KL.
Curahan rasa denaihati @ ..Harga sebenar iklan di blog
Ok dah daftar.
nasib bulan 3.
Habis dah musim cukai. Lesen.
Jumpa nanti.
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Rindu Nak Menaip
apakata pelbagaikan tempat event ke negeri lain. Johor Bahru contohnya. kikikiki. kalau bulan Feb dapatlah jugak join sebab mmg akan ke KL tp bulan Mac tak dapatlah pulak. sedih buat kali ke seratus
Curahan rasa Lizz @ ..SENARAI PENYERTAAN CONTEST REVIEW SIRAPLIMAU.COM
Dah banyak dengar cerita dari rakan-rakan blogger yang menyertai SBB2013…so 2014 kita jumpa di Saloma Bistro. Terima kasih dan syabas Denaihati Resources atas penganjuran ini.
Curahan rasa Nazlan Nasir @ ..Gourmet Hotdog Café PV128 | Syurga Buat Peminat Hotdog
jumpa di sana nanti bro..!! hensem-hensem tau nanti.. hehehehe
Curahan rasa KiD @ ..Snowdrop Cloth Pad untuk Isteri
Selain dari cabutan bertuah dan jualan tu, apa lagi aktiviti yang akan diadakan?
Curahan rasa Amran @ ..PC dan Cut cost
baru je daftar, jumpa semua kat sana 🙂
Curahan rasa tarmizishukri @ ..Undi Saya Untuk Best Photography Blog di MSMW 2014
8 mac ya… hmmm
yeop pikirlah cmane nanti.
yeop nak join jugak.
Terasa hati ingin menyertai event ini pada tahun 2014. Insya’allah jika berkesempatan untuk turut serta.
huhu sayangnya jauh dari penang… 🙂
Curahan rasa Muktasim @ ..Gadis harimau malaya #fotobesar
Jarak jangan dijadikan alasan sebab banyak faedahnya dan akan ada blogger dari utara tg akan join. Nak mudah datang sesama.
Curahan rasa denaihati @ ..Kisah dan Ragam Blogger sekarang
Comments are closed.