Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, syukur alhamdulillah sekali lagi pihak Denaihati Network akan menganjurkan majlis Sepetang Bersama Blogger untuk tahun yang ketiga. Cepat betul masa berlalu, diam tak diam, sudah masuk tahun ketiga kita menganjurkan majlis yang dapat merapatkan ukhwah diantara blogger, pengiat sosial media dan pembaca.
Tahun 2014 membuka lembaran baru yang ceria dengan persetujuan syarikat minuman terkenal Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad untuk menjadi penaja utama majlis SBB2014. Ini merupakan penghargaan yang sangat besar kepada industri penulisan blog tanahair apabila jenama besar yang tersenarai di BSKL seperti Yeo’s sudi untuk bekerjasama dengan Denaihati Network. Sebagai tanda terima kasih kepada penaja utama SBB2014 kali dinamakan sebagai Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014. Hashtag rasmi untuk masjlis ini adalah #SBB2014 #SBBYEOS2014.
Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014 akan diadakan pada hari Sabtu, 8hb Mac 2014 di Saloma Bistro, Jalan Ampang. Lokasi baru di pilih untuk memudahkan Rakan Blogger datang menaiki kenderaan awam iaitu bas, monorel dan LRT. Atas pemintaan ramai penganjur akan membawa top blogger Malaysia seperti Redmummy, Ben Ashaari, Shafie Bustan, Zarul Husin dan beberapa top blogger lain (menunggu maklumbalas) yang akan bersama-sama berkongsi ilmu dan pengalaman.
Seperti biasa hadiah cabutan bertuah menjadi tarikan utama untuk dimenangi oleh para peserta SBBYEOS2014 yang bertuah. Barisan gajet seperti iPhone 5s (3 unit), iPhone 5c (1 unit), iPad Mini (1 unit), Sistem Navigasi Garmin (2 unit), tidak lupa hadiah lain seperti pakej percutian dan banyak lagi menanti untuk dimenangi oleh para tetamu yang hadir pada majlis Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s pada kali ini. Yuran pendaftaran sebanyak RM20 dikenakan kepada semua peserta. Selain berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah peserta akan dihidangkankan dengan makanan yang enak (ada cendol dan kambing golek) dan juga akan mendapat berbagai hadiah daripada penganjur seperti t-shirt, buku Denaihati dan lain-lain. Memang rugi sangat kalau tak join.
Pihak penganjur juga menyediakan Tapak Jualan kepada rakan blogger yang aktif berniaga secara online. Yuran penyertaan Tapak Jualan adalah RM100 dan tempat sangat terhad siapa cepat dialah yang dapat. Jangan lepaskan peluang untuk mempromosikan jenama anda kepada dunia.
Bagi menambahkan kemeriahan majlis pada tahun ini, pihak penganjur beberapa aktiviti pra-SBBYEOS2014.
1. Pendaftaran akan melayak untuk cabutan bertuah mingguan yang menyediakan hadiah wang tunai yang akan diserahkan di majlis SBBYEOS2014.
- Minggu pertama : RM100 x 3
- Minggu ke dua : RM80 x 5
- Minggu ke tiga : RM50 x 5
- Minggu ke empat : RM20 x5
2. Rakan-rakan boleh daftar ikut cabaran affiliate dengan menjadi affiliater untuk mempromosi SBBYEOS2014 di blog, facebook, twitter dan instagram. 5 hadiah misteri akan disediakan kepada top 5 affiliater. Memang bebaloi hadiah yang disediakan yang akan diserahkan di majlis SBBYEOS2014. Link cabaran affiliate setelah daftar seperti ini http://sbb.my/?affiliates=c81e728d9d4c2f636f067f89cc14862c
3. Mini Contest dengan beberapa hadiah gajet terkini jenama Samsung impian ramai tajaan Yeo’s. Pemenang akan diumumkan di majlis SBBYEOS2014. Sebagai tanda terima kasih jom follow Facebook Yeo’s Malaysia.
Jangan berlengah lagi, mari kita daftar sebagai peserta dan menempah tapak jualan sekarang di halaman rasmi Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014 atau klik banner di bawah.
Pihak penganjur sedang berbincang dengan beberapa syarikat untuk menjadi co-sponsor SBB2014 doakan semuga berjaya. Kepada individu dan syarikat jangan lepaskan peluang untuk menjadi co-sponsor SBB2014 kerana produk anda akan mendapat pendedahan besar-besaran. Kepada yang berminat untuk mengetahui kelebihan menjadi co-sponsor sila rujuk Pakej Penaja.
Semuga ALLAH permudahkan semua urusan dan majlis ini memberi manafaat kepada semua. Sebarang pertanyaan sila kirimkan pesanan di Facebook Denaihati Network.
No related posts.
186 Comments
Nak sangatlah join SBB… Tp jadualku dah penuh ;–(((
Itsokey maybe next time (pujuk ati sdr)
Adjsut je jadual tu sebab majlis macam ni bukan selalu pun ada. Peluang bina network jumpa kawan2 blogger bukan senang.
Curahan rasa denaihati @ ..Jejak-jejak Rasul di bumi Palestine
Terima kasih untuk pengumuman ini, alhamdulillah telah selamat dikongsikan di blog. Moga kali ini, lebih ramai blogger yang boleh hadirkan diri dan memeriahkan majlis ini.
Curahan rasa Bro Framestone @ ..Pengumuman : Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014 – 8 March 2014
Salam abg denai…
Yuran sebanyak rm20 tu utk menyertai SBB2014 kan? Pastu ada byran lg tak? Terkonpius plak
Curahan rasa alin marlini @ ..PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO JUBLI PERAK 25 TAHUN PPZ
Tak ada bayaran yuran lain melainkan nak infaq atau beli barang2 yg dijual di tapak jualan.
Curahan rasa denaihati @ ..Malaysia Social Media Week 2014
seriously i really want to join this year,, tapi tak tahu la dapat ke tak,, tengok la nanti,, btw, good luck untuk semua yang terlibat dgn acara gilang gemilang ini,, moga bermanfaat semuanya 😀
Curahan rasa muja @ ..Geniee SSP, Syarikat Pengiklanan Dari Jepun Untuk Semua Blogger.
Semuga ALLAH permudahkan dan terpilih join majlis yg sekali setahun je ni.
Curahan rasa denaihati @ ..Harga sebenar iklan di blog
wahh..menarik nie..tgh fikir tarikh tu ada pape x..
Curahan rasa syu90 @ ..Cerekarama TV3 : Bila Biniku Gongxi
Wah menarik..tp sy jauh d sabah…huhu..
dah selamat register..moga takde halangan
Curahan rasa cikgu naman @ ..Hari Terakhir Pencalonan #MSMW2014
mau join ! daftar teruss…
Curahan rasa Farzli @ ..Adik tak kenal seni lukis abamnya
waduhhh tarikhnyaaa.. haritu my best best buddies kawin 🙁
wahh akhirnya pekara yang di tunggu telah tiba !!
Curahan rasa Aku Penghibur @ ..Pekara Yang Di Anggap Remeh Dan Tak Di Ambil Berat Dalam Gaya Hidup Sihat
Saya dah buat payment dan daftar affiliate…. hehehehe…..rasanya saya nie antara terawal kan….
Curahan rasa hazman aka species1980 @ ..Ucapan Selamat Hari Lahir Mak ( 2014 )
hehe boleh menang cabutan bertuah ni bro
Curahan rasa Zuan @ ..Disebalik Lensa Hazman Fadzil
Ketiga terawal daftar.
Curahan rasa denaihati @ ..Pengesahan Halal Jakim diragui
pasti saya akan datang.. Cam meriah jer, cam gempak jer..
Curahan rasa amirnawawi @ ..Salji Turun di Malaysia?
Inshaa ALLAH gempak sehingga syarikat tersenarai kat BSKL pun sanggup jadi penaja utama
Curahan rasa denaihati @ ..Kisah dan Ragam Blogger sekarang
Ok book date ni awal2.
jumpa di sana nanti.
bole pakai zorro lagi tak? Hehe
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Rindu Nak Menaip
perrrghhh… Zorro di Saloma Bistro.. hheehe
mari mari mari…!!!! pasti meriah semuaaaaa
Curahan rasa KiD @ ..Projek Memikat Suami
Dari paparan di atas, tergambar kemeriahan SBBYEOS2014 akan lebih hebat dari SBB2013. Semoga Sukses!!
Curahan rasa Dawaihati @ ..Bosan Nganggur? Ini 3 Tips Jitu bantu Kamu Cari Kerja
Dan tentunya semoga saya bisa join lagi seperti tahun lalu.
Curahan rasa Dawaihati @ ..Bosan Nganggur? Ini 3 Tips Jitu bantu Kamu Cari Kerja
jangan lupa Mas.. jumpa di sana.. insha Allah…
Curahan rasa KiD @ ..Projek Memikat Suami
Insya Alloh… semoga ditakdirkan kita bisa jumpa lagi
Comments are closed.