Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, syukur alhamdulillah sekali lagi pihak Denaihati Network akan menganjurkan majlis Sepetang Bersama Blogger untuk tahun yang ketiga. Cepat betul masa berlalu, diam tak diam, sudah masuk tahun ketiga kita menganjurkan majlis yang dapat merapatkan ukhwah diantara blogger, pengiat sosial media dan pembaca.
Tahun 2014 membuka lembaran baru yang ceria dengan persetujuan syarikat minuman terkenal Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad untuk menjadi penaja utama majlis SBB2014. Ini merupakan penghargaan yang sangat besar kepada industri penulisan blog tanahair apabila jenama besar yang tersenarai di BSKL seperti Yeo’s sudi untuk bekerjasama dengan Denaihati Network. Sebagai tanda terima kasih kepada penaja utama SBB2014 kali dinamakan sebagai Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014. Hashtag rasmi untuk masjlis ini adalah #SBB2014 #SBBYEOS2014.
Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014 akan diadakan pada hari Sabtu, 8hb Mac 2014 di Saloma Bistro, Jalan Ampang. Lokasi baru di pilih untuk memudahkan Rakan Blogger datang menaiki kenderaan awam iaitu bas, monorel dan LRT. Atas pemintaan ramai penganjur akan membawa top blogger Malaysia seperti Redmummy, Ben Ashaari, Shafie Bustan, Zarul Husin dan beberapa top blogger lain (menunggu maklumbalas) yang akan bersama-sama berkongsi ilmu dan pengalaman.
Seperti biasa hadiah cabutan bertuah menjadi tarikan utama untuk dimenangi oleh para peserta SBBYEOS2014 yang bertuah. Barisan gajet seperti iPhone 5s (3 unit), iPhone 5c (1 unit), iPad Mini (1 unit), Sistem Navigasi Garmin (2 unit), tidak lupa hadiah lain seperti pakej percutian dan banyak lagi menanti untuk dimenangi oleh para tetamu yang hadir pada majlis Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s pada kali ini. Yuran pendaftaran sebanyak RM20 dikenakan kepada semua peserta. Selain berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah peserta akan dihidangkankan dengan makanan yang enak (ada cendol dan kambing golek) dan juga akan mendapat berbagai hadiah daripada penganjur seperti t-shirt, buku Denaihati dan lain-lain. Memang rugi sangat kalau tak join.
Pihak penganjur juga menyediakan Tapak Jualan kepada rakan blogger yang aktif berniaga secara online. Yuran penyertaan Tapak Jualan adalah RM100 dan tempat sangat terhad siapa cepat dialah yang dapat. Jangan lepaskan peluang untuk mempromosikan jenama anda kepada dunia.
Bagi menambahkan kemeriahan majlis pada tahun ini, pihak penganjur beberapa aktiviti pra-SBBYEOS2014.
1. Pendaftaran akan melayak untuk cabutan bertuah mingguan yang menyediakan hadiah wang tunai yang akan diserahkan di majlis SBBYEOS2014.
- Minggu pertama : RM100 x 3
- Minggu ke dua : RM80 x 5
- Minggu ke tiga : RM50 x 5
- Minggu ke empat : RM20 x5
2. Rakan-rakan boleh daftar ikut cabaran affiliate dengan menjadi affiliater untuk mempromosi SBBYEOS2014 di blog, facebook, twitter dan instagram. 5 hadiah misteri akan disediakan kepada top 5 affiliater. Memang bebaloi hadiah yang disediakan yang akan diserahkan di majlis SBBYEOS2014. Link cabaran affiliate setelah daftar seperti ini http://sbb.my/?affiliates=c81e728d9d4c2f636f067f89cc14862c
3. Mini Contest dengan beberapa hadiah gajet terkini jenama Samsung impian ramai tajaan Yeo’s. Pemenang akan diumumkan di majlis SBBYEOS2014. Sebagai tanda terima kasih jom follow Facebook Yeo’s Malaysia.
Jangan berlengah lagi, mari kita daftar sebagai peserta dan menempah tapak jualan sekarang di halaman rasmi Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014 atau klik banner di bawah.
Pihak penganjur sedang berbincang dengan beberapa syarikat untuk menjadi co-sponsor SBB2014 doakan semuga berjaya. Kepada individu dan syarikat jangan lepaskan peluang untuk menjadi co-sponsor SBB2014 kerana produk anda akan mendapat pendedahan besar-besaran. Kepada yang berminat untuk mengetahui kelebihan menjadi co-sponsor sila rujuk Pakej Penaja.
Semuga ALLAH permudahkan semua urusan dan majlis ini memberi manafaat kepada semua. Sebarang pertanyaan sila kirimkan pesanan di Facebook Denaihati Network.
No related posts.
186 Comments
Tak ada rezeki dkna untuk join #SBB2014.. tarikh tu dkna bersama keluarga mertua..harap tahun depan dengan izin dari-Nya dapat join 🙂
Curahan rasa Dkna Abza @ ..Kali Pertama Ke Maternity & Chidren Expo
Rasa mmg mahu join tahun ni. Cuma kena check jadual ehhh dulu. Mau terbang merintangi laut cina selatan ni kena prepare dulu ehh. Apa lagi anak-anak ramai kat rumah nak dipikir 😀
Curahan rasa Dulu Lain Sekarang Lain @ ..On Board SSR Train To Beaufort
dah register, insha allah bertemu nanti
Curahan rasa ajumohit @ ..Cantik Berhijab Dengan Fesyen Terkini Shawl Dari Hijabterkini.com
As salam.
Dukacita juga saya sebab tak dapat nak pergi… Pagi kursus. Petang kelas di UTM, siap ada presentation lagi tu… Memang sedih gila…………………………………………….
Curahan rasa Ieta Mat Sa’ad @ ..KONSEP BLOG DAN MSMW 2014
Tumpang tanya, harga RM20 tu untuk seorang ada satu family. Saya ingat nak pergi juga tapi nak bawa isteri dan anak perempuan saya umur 1 tahun lebih. Mohon pencerahan.
Terima kasih.
From,
Nasz
http://www.nasznadzeri.com
maaf yer, RM20 untuk seorang dan anak bawah umur 13 tahun tak dibenarkan masuk dewan,
tapi Saloma Bistro ada ruang legar diluar dewan…
Curahan rasa Denaihati @ ..Pengesahan Halal Jakim diragui
maksudnya juga tiada bayaran untuk baby…
Curahan rasa Denaihati @ ..Kisah dan Ragam Blogger sekarang
kerja sabtu tu tapi dah daftar dah. HAHAHA. maybe nak try mntak cuti nnt :p
insyallah akan join, date tu nampaknya masih free 😀
Curahan rasa reezluv @ ..Laporan Ketiga Kepada Streamyx
datang la weyh. lama x jumpa kau tau. bawak bini skali. haha
semakin hebat tu… yeos siap taja tu
Curahan rasa zool @ ..Review Majalah Niaga Edisi 27
wah..macam teruja jer nak join..
tarikh keramat tu 🙂
8 mac…… birthday saya…
Curahan rasa lin azlina @ ..Clearkan Baju Lama
Alhamdulillah. Tak sabar nak sertai acara ini. 🙂
Curahan rasa halif @ ..Perlu ke hadir #SBBYEOS2014?
Insaallah..kalau tak ada aral pasti saya akan ikut serta. Rugi rasanya kalau tak ikut serta
sudah pasti majlis ini menjanjikan pelbagai keistimewaan.
In shaa Allah akan hadir. Semoga dipermudahkan urusan berkaitan.
Curahan rasa yangbaik @ ..Mengapa perlu hadir ke Majlis Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014
insyallah, kalau takde aral melintang. den akan datang. yeahhhhh
Curahan rasa Mohd Hilmi @ ..Nombor Akaun CIMB Akan Bertukar Esok
In shaa Allah kalau xde halangan tahun nie saya join. tahun lalu x dapat join, tahun ini in shaa Allah.. Doakan saya semoga 8 mac itu xde apa2 halangan.. 🙂
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Page 18sx ini jugalah yang orang nak tengok
uish, dasat eh tajuk entri… buat org rasa gila nak p terjah… 😀
Curahan rasa Ieta Mat Sa’ad @ ..KONSEP BLOG DAN MSMW 2014
Comments are closed.