Sepetang Bersama Blogger 2013 Terima Kasih Semua #SBB2013

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, penat menganjurkan #SBB2013 terasa hilang apabila melihat Dewan Hotel Singgahsana penuh dengan Rakan Blogger, Penaja, Aktivis Sosial Media, Media dan Tetamu Jemputan.

SBB2013

Lebih gembira apabila melihat Blogger demi Blogger naik ke pentas memeriahkan majlis dan ramai Rakan Blogger dan Penaja yang diinterview oleh Media. Matlamat utama menjadikan #SBB2013 sebagai platform memperkenalkan seramai mungkin Rakan Blogger tercapai.

SBB2013

Dalam kegembiraan terkejut apabila melihat Sahabat Bro Jejai ditolak masuk ke dalam dewan oleh Isteri beliau. Tidak dapat menahan sebak apabila Bro Jejai sudah tidak mengenali aku dan kelihatan ramai Rakan Blogger lain yang rapat dengan Bro Jejai melarikan diri menjauhkan diri kerana tidak tahan menahan sebak hati.

SBB2013

Terima ksih kepada Rakan Blogger dari Indonesia dan Brunei serta jemputan dari Indonesia dan Kemboja yang sudi bersama dengan #SBB2013. Terasa nusantara majlis #SBB2013.

SBB2013

Walaupun aturcara seakan-akan rojak tetapi nampak kepuasan di muka setiap Rakan Blogger yang sanggup menunggu melebihi jam 6 pm walaupun janjinya #SBB2013 akan tamat sebelum jam 6 pm. In shaa Allah banyak yang penganjur pelajari untuk memperbaiki seandainya ada sokongan untuk menganjurkan #SBB2014.

SBB2013

SBB2013

Tahniah kepada pemenang iPhone 5 Gabget Impian seperti telah dikata hadiah bukan segalanya yang paling penting kita telah berjaya membina ukhwah dan jaringan yang boleh membina persahabatan berpanjangan. In shaa Allah tunggukan contest yang hebat untuk 2013.

SBB2013

Terima kasih kepada Penaja seperti disenarai di SINI yang sudi menaja berbagai hadiah tapi rasanya taklah sampai RM100k seperti kata sahabat Blogger dalam entrinya di SINI. Selain Rakan Blogger, Penaja, Media tidak dilupakan AJK dan Sukarelawan yang bertungkus lumus memastikan #SBB2013 menjadi acara gilang gemilang yang santai (tak sempat nak bergambar dengan Rakan-Rakan yang hebat ini).

SBB2013

SBB2013

SBB2013

Terima kasih juga kepada Rakan Blogger yang sudi menjadi moderator dan panel untuk mini forum, banyak ilmu yang dapat dicedok dari perkongsian Abang Ensem, Kak Jie, Beautifulnara, Ustaz Nur Effendi, Broframestone, Yuyu Zulaikha, Amanz dan Bang Iwan.

SBB2013

SBB2013

Untuk melihat berbagai foto menarik dan senda gurau #SBB2013 sila ke SINI.

Semuga #SBB2013 menjadi langkah pertama untuk 1000 langkah Kejayaan.

(Nota : Sebahagian gambar #SBB2013 dicelok dari Blog Rakan Blogger … maaf ya!!)

---

  1. Salam silaturahmi dari INDONESIA ^_^
    Entri terbaru Rohmatullah – 6 Fakta Unik dan Menarik NOAHMy Profile

  2. semoga makin dimurahkan rezeki denaihati ni..kagum dgn semangat pemurahnya..Ya Allah berilah ia harta yang banyak begitu juga anak, luaskanlah rumahnya,berkatilah apa yang Kau berikan kpdnya,panjangkanlah usianya utk taat kepada Allah dan perelokkanlah amalannya- Doa Nabi Muhammad kpd Annas Bin Malik yg berkesan hingga ia menjadi org yg kaya raya dan begitu barakah rezekinya
    Entri terbaru Noor Aini binti Samsusah – Kena LudahMy Profile

  3. sampai saat ini masih termimpi-mimpi moment ini

Trackbacks

  1. [...] #Sepetang Bersama Blogger 2013 – Boleh saya katakan antara event blogging terbaik yang pernah saya hadiri yang menghimpunkan bloggers dari pelbagai Negara dan tidak mengira platform pengiklanan samada Nuffnang, Innity, Komli, etc. Memang sukar dan rasanya ini antara satu-satunya event yang berjaya mengumpulkan bloggers sebegini. Syabas saya ucapkan. [...]

  2. [...] ini aku mula berblog. Ini semua gara-gara seorang rakan iaitu noehas.com yang membawa aku ke #SBB2013 – Sepetang Bersama Blogger 2013 – sebuah majlis yang menghimpunkan blogger-blogger [...]

  3. [...] Denaihati : SEPETANG BERSAMA BLOGGER 2013 TERIMA KASIH SEMUA #SBB2013 [...]

  4. [...] ini aku mula berblog. Ini semua gara-gara seorang rakan iaitu noehas.com yang membawa aku ke #SBB2013 – sebuah majlis yang menghimpunkan blogger-blogger terkenal seluruh Malaysia anjuran [...]

  5. [...] kisah Sepetang Bersama Blogger 2013 anjuran Denaihati Network  sebagai  siaran tertunda. Kemain blogger lain buat live update, saya baru nak bersiaran. Apa nak [...]

  6. [...] blogger yang membuat artikel tentang Majlis Sepetang Bersama Blogger yang dianjurkan oleh Denaihati Network. Memang meriah, walaupun aku tak dapat hadiri sebab duduk nun jauh di [...]

  7. [...] dan Salam 1Dunia, semangat Sepetang Bersama Blogger 2013 #SBB2013 masih hangat dan rasa syukur kerana ALLAH SWT mempermudahkan majlis dari perancangan sehinggalah [...]

  8. [...] balik dari #SBB2013 yang dianjurkan Denaihati.com ada peserta yang tidak pernah kenal dunia blogging teruja nak jadi [...]

  9. [...] Nak baca artikel berkaitan dengan Majlis Sepetang Bersama Blogger, sila terjah laman rakan blogger, Denaihati, Earncent, Akubiomed dan banyak lagi. Malas aku nak ulas panjang-panjang. Kecewa tak dapat [...]

  10. [...] Denaihati selaku penganjur #SBB2013 memberi sepatah dua [...]

  11. [...] tawakkal, akhirnya sampai juga ke Hotel Singgahsana, Petaling Jaya Selangor Malaysia tempat dimana Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 Anjuran Denaihati Network [...]

  12. [...] jugalah semasa SEPETANG BERSAMA BLOGGER 2013 [...]

  13. [...] Rasanya dah ramai update pasal Majlis Bersama Blogger #sbb 2013 anjuran blogger ini kan? Memang acara menarik walaupun cuma sekejap je mampu hadirkan diri. Pertama kali jumpa blogger [...]

Artikel pilihan...close