Senarai Syarikat Pelaburan tidak sah di Malaysia

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, minat melabur semakin meningkat di kalangan Rakyat Malaysia. Pelaburan ada macam-macam contohnya ada yang minat melabur di Bursa Saham seperti Bro Kacak ni dan ada yang suka melabur di bidang property seperti Abang Ensem dan Sheikh Ganteng ni. Sejak kebelakangan ini semakin ramai yang terkejar-kejar untuk melabur dalam industri logam bernilai tinggi iaitu Emas dan Perak. Harga emas terkini di pasaran sudah melonjak banyak kalau dibandingkan 4-5 tahun yang lepas.

Klik untuk tahu RAHSIA buat duit dengan EMAS

Pelaburan ini memang ada risikonya walaupun melabur di potfolio yang disediakan oleh Kerajaan seperti Amanah Saham Nasional cuma tahap risiko berbeza-beza. Tapi ada bijak pandai kata “High Risk High Return”. Daripada pengalaman aku sendiri ada kebenaran daripada kata-kata ini contohnya melabur di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) memanglah high risk tapi kalau untuk untung memang berbaloi-baloi apa pun kena ada keberanian.

Apa yang aku kurang berkenan di Malaysia ini ramai sangat yang suka jadi Fund Manager yang tak bertauliah. Contohnya sekarang musim Emas dan Perak maka banyaklah syarikat pelaburan Emas dan Perak yang berdaftar di Malaysia tubuh bagai cendawan. Ramai yang jumpa aku memperkenalkan produk mereka tapi sehingga hari ini memang aku tak layan sebabnya sudah terlalu banyak syarikat pelaburan Emas yang kantoi diserbu Bank Negara dan akhirnya semua pelaburan terbeku dalam akaun. Yang aku tak tahan tu perkataan “Jangan risau pelaburan dapat kelulusan Bank Negara” … pehhh berani betul diaorang ni. Kalau ya nak promosi biarlah patut-patut.

Semua syarikat pelaburan yang didaftar di Malaysia mesti mematuhi undang-undang yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Kepada syarikat Pelaburan Malaysia yang beroperasi di Malaysia yang tidak mematuhi syarat yang telah ditetapkan pasti akan dikenakan tindakan kalau tidak sekarang pasti suatu masa nanti. Manakala syarikat pelaburan dari luar negara yang beroperasi di Malaysia secara online, yang ini pelabur kena tanggung sendiri kalau jadi apa-apa. Berani buat berani tanggung jangan pulak salahkan sesiapa kalau berlaku kerugian.

Bank Negara Malaysia telah menyenaraikan 77 Syarikat Pelaburan dan Individu yang berdaftar dan tidak berdaftar di Malaysia dan juga Syarikat Pelaburan dari luar negara yang beroperasi secara online yang semuanya menjalankan operasi tidak mengikut peraturan kewangan di Malaysia.

Senarai Syarikat pelaburan tak sah di Malaysia

Berikut antara Syarikat Pelaburan Tidak Sah Di Malaysia :

  1. Arowana Ventures (Unlicensed Activities) – memang banyak dengar kisah scam Arowana ni.
  2. Genneva Malaysia Sdn Bhd (Gold Investment) – ada kawan ajak join ni.
  3. FX Primus (Forex Trading) – adalah buka akaun tapi tak buat sebab Forex ni memang super high risk jadi belum ada keberanian.
  4. Prestige Dairy Farm (Unlicensed Activities) – ehhkk tak kan susu pun jadi pelaburan.
  5. Titan Group Sdn Bhd (Unlicensed Activities) – harap-harap ini buka Titan Lelaki Kacak yang punya.
  6. RGCX Trading Corp (Forex Trading) – Rami juga yang email ajak join ni.
  7. Tabung Dana Ehsan (Unlicensed Activities) – nama je dah boleh kelirukan orang.
  8. Lagi senarai @ Senarai penuh syarikat pelaburan tak sah di Malaysia (klik) 

Apa juga pelaburan yang kita masuk mestilah atas kesedaran kita kerana setiap pelaburan ada risikonya dan jangan sesekali menyalahkan kawan-kawan  yang mengajak kita seperti yang kata Cikgu Amir penipu apabila berlaku kerugian kerana hak membuat keputusan adalah ditangan kita. Kekadang kerugian dalam pelaburan adalah salah satu cara ALLAH SWT nak membersihkan harta kita kerana terlupa nak berkongsi dengan orang lain melalui zakat, infaq dan sedekah.

---

  1. macam taikkkkkk semua…!!!!!!

  2. Harus berhati-hati dengan hal demikian
    Entri terbaru Blog Keperawatan – Keutamaan Hikmah QurbanMy Profile

  3. kena hatilah pasni nak melabur..rupa-rupanya byk juga syarikat Pelaburan yang tidak sah
    Entri terbaru Travel Website – Brochures for Travel and VacationMy Profile

  4. Paling tidak supaya bisa menghindarinya khan…

Trackbacks

  1. […] Negara Malaysia (BNM) kerana tak mematuhi peraturan perniagaan Malaysia yang juga termasuk dalam 77 syarikat pelaburan tidak sah. Beberapa bulan lepas ada kawan ajak aku join Genneva Sdn Bhd tapi aku memang tak nak join sebab […]

Artikel pilihan...close