Assalamualikum dan Salam Sejahtera, alhamdulillah ALLAH pilih kita untuk menjejaki usia di tahun 2016. Tahun 2015 yang penuh dengan warna warni sudah menjadi kenangan dalam lipatan sejarah kehidupan. Jangan dikesali seandainya masih banyak azam 2015 yang belum tercapai kerana semua itu adalah pilihan kita sendiri. Berdasarkan kajian oleh Santapan Minda hanya 37% sahaja yang gembira dengan prestasi mereka pada tahun 2015.
2016 kita rancang dengan lebih betul dan teratur. Mentor motivasi aku menasihatkan supaya menulis secara terperinci dan tepat setiap azam 2016 di dalam buku khas. Kemudian kita baca setiap hari selama 40 hari semua azam 2016 yang sudah kita catatkan dalam buku tersebut. Insyaa Allah dengan izin ALLAH akan menjadi cetusan minda yang sangat power untuk kita melaksanakan semua azam yang sudah dimenterai. Nak lagi power kongsikan azam yang telah kita catat dengan yang tersayang supaya kita lebih bersungguh.
Insyaa Allah 2016 blog Denaihati akan terus menjadi wadah berkongsi pengalaman kehidupan dan motivasi perniagaan kepada pembaca setia. Fokus adalah untuk kurangkan persaingan lebihkan kerja berjemaah. Setiap persaingan pasti ada yang menang dan kalah manakala kerja berjemaah akan menghasilkan kejayaan bersama yang lebih besar.
Kepada rakan-rakan yang masih tercari-cari hidup jangan buat kerja sendirian kerana ianya tidak akan membawa nada kemana. 2016 adalah tahun yang lebih mencabar jadi lebih baik kerja dalam masukan yang satu gelombang. Ketepikan semua pengaruh negatif sementara untuk fokus membina kehidupan yang lebih bermakna pada tahun 2016.
SELAMAT TAHUN BARU 2016.
Marilah kita berubah biar pun susah sebelum persekitaran kita mengubah kita dengan paksa dan itu adalah tragedi.
BYE BYE 2015. No Regret.
95 Comments
SelamatSelamat tahun baru 2016 … Semoga kita lbih baik lg kedepannya dlm menjalani hidup …
Curahan rasa Oyong Ilham @ ..Cara Mengatasi Hati Yang Galau Secara Islami –
Hidup tanpa mimpi akan membuatkan kita tersesat dan terlalu banyak bermimpi tanpa berusaha pula hanya akan membuat kita berjalan di satu tempat.
Jika kita mempunyai mimpi yang besar (Dream), dan mahu berusaha sungguh-sungguh untuk merealisasikan mimpi itu (Do), maka pasti akan memberikan hasil (Deliver) yang sangat dahsyat.
Insyaallah, salam perjuangan!😊🤗
Curahan rasa Hidayah Abdul Kadir @ ..Bezakan Antara KEINGINAN Dan KEPERLUAN
Selamat tahun baru sobat blogger, semoga di tahun yang baru ini kita semua diberi kemudahan dan kelancaran dalam segala urusan
Curahan rasa Sum Unite @ ..Kumpulan Tema Asus Zenfone Lengkap Terbaru
Semoga di tahun 2016 ini, kita semua diberi rezeki lancar.. aminn
Curahan rasa ROM XPERIA Z4 LENOVO A316i @ ..Cara Install Tema Engine Untuk Zenfone 4 Lollipop Dengan Mudah
Selamat Tahun Baru Team Denaihati dan rakan blogger , Semoga liku – liku tahun 2016 ini dapat kita harungi dengan jayanya.
Curahan rasa onlajer @ ..Bisnes Air Bisnes Yang Tak Terkalah
Selamat tahun baru buat sahabat blogger onlajer.. terima kasih sudi support blog saya sepanjang tahun 2015..
Curahan rasa anuar @ ..Bayaran Komisyen Affiliate Terakhir daripada Ashadee.com
Azam tahun ini? Semoga lebih baik dari tahun sebelumnya. Banyak yang dapat direalisasikan tetapi ada juga yang masih di “carry forward”. Semoga terlaksana pada tahun ini. InsyaAllah
Curahan rasa emalin mohd @ ..17 Kelebihan Zinc Yang Membuatkan Anda Rugi Tidak Mengamalkannya
Samalah… saya pun masih ada beberapa perkara yang di carry forward dari tahun lepad..
Curahan rasa anuar @ ..Bayaran Komisyen Affiliate Terakhir daripada Ashadee.com
Assalamualaikum…
Selamat Tahun Baru 2016 kepada Denaihati Network dan tidak lupa juga rakan-rakan blogger yang lain . Tahun 2016 yang semakin mencabar , jadi kita perlu sematkan azam sebaik-baiknya sehingga tercapai nanti ..In Shaa Allah 🙂
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Selamat Tahun Baru 2016
Semoga tahun 2016 menjadi tahun yang lebih terbaik buat Denaihati dan sahabat semua berbanding tahun-tahun sebelum ini 🙂
Curahan rasa omydroid @ ..Cara Memanjangkan Jangka Hayat Bateri (Android)
Pasti ramai yang dah mula pasang azam masing-masing. Moga azam tahun ini boleh dicapai, Insha Allah.
Curahan rasa TopSeoFriendly @ ..Ucapan Kata-Kata Selamat Tahun Baru 2016
Yeah… mari kita berusaha untuk merialisasikan azam kita di tahun baru ini.
Curahan rasa Supernifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Selamat tahun baru 2016 buat Tuan Denaihati. Moga ada cahaya kegemilangan pada tahun ini.
Curahan rasa TopSeoFriendly @ ..Ucapan Kata-Kata Selamat Tahun Baru 2016
Selamat datang 2016. Tahun baru bakal membuka lembaran baru kepada kita semua.
Tahun 2015 yang ditinggalkan tersimpan kemas seribu satu kenangan dan pencapaian. Jika berjaya, alhamdulillah. Jika gagal cuba lagi dalam tahun 2016.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sumber Alternatif Pengambilan Steroid Untuk Pesakit SLE
Menjelang tahun baru 2016, azam dan harapan pun diperbaharui. Semoga sukses
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sumber Alternatif Pengambilan Steroid Untuk Pesakit SLE
Elokla menanam azam tahun baru yang dapat memberi manfaat kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sumber Alternatif Pengambilan Steroid Untuk Pesakit SLE
Sedar tak sedar dah masuk tahun 2016. Cepat je masa belalu. Saya pun dah masuk 36 tahun ni. Memang dah tua la jawabnya.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sumber Alternatif Pengambilan Steroid Untuk Pesakit SLE
Bila tiba sahaja tahun baru, mesti sibuk itu dan ini orang berazam. Asyik berazam je kan, tunaikan tu tidak pun. Tapi sekurangnya ada la apa yang kita azamkan tu kan.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sumber Alternatif Pengambilan Steroid Untuk Pesakit SLE
Azam saya pula tahun ini ialah untuk dapatkan financial support yang kuat mantap dan padu untuk menyokong suami
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sumber Alternatif Pengambilan Steroid Untuk Pesakit SLE
Semoga di tahun 2016 ini keadaan akan menjadi lebih baik lagi, Amin 🙂
Curahan rasa sulung @ ..Manfaat Buah Manggis Untuk Kecantikan dan Kesehatan
Noriza pun ada azam tahun baru juga? Semoga tercapai hajat dan azam tahun baru tu….
Curahan rasa TopSeoFriendly @ ..Ucapan Kata-Kata Selamat Tahun Baru 2016
Semakin ramai yang mempunyai azam yang mantop-mantop belaka, mari sesama kita berdoa untuk kejayaan kita bersama-sama,..
Curahan rasa Supernifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Selamat Tahun Baru. Tahun baru azam kena baru. Harap tercapai azam yang di harapkan pada tahun ini.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Buat Kerja Part Time Dari Rumah
Selamat Tahun Baru Jobdirumah, semoga berjaya dengan apa yang diazamkan
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sumber Alternatif Pengambilan Steroid Untuk Pesakit SLE
Selamat tahun baru Jobdirumah dan Noriza Rahman, semoga dengan tahun yang baru ini semua yang kita nantikan dan inginkan dapat tercapai semua
Selamat Tahun Baru sahabat-sahabat blogger semua, semoga kita di beri inspirasi untuk terus berkarya di tahun 2016 ini.
Curahan rasa Supernifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Selamat tahun baru 2016 buat team Denaihati walaupun dah seminggu berlalu :-).
“menulis secara terperinci dan tepat setiap azam 2016 di dalam buku khas. Kemudian kita baca setiap hari selama 40 hari”
terkesan dengan kata-kata tu
Curahan rasa Mrs. A @ ..Update: My Name Is…..
Kena tulis dan baca selalu. Insyaallah akan ada kesan nya. Boleh ingat selalu azam tersebut. Jika tulis tampal tempat kita buat kerja pun bagus juga.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Buat Kerja Part Time Dari Rumah
selamat tahun baru team denaihati dan semua rakan2 blogger. semoga tahun ini lebih sukses hendaknya
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Kesan Kesihatan Disebabkan Bauksit
Amin. Harapnya macam tu lah. Lebih cemerlang dari tahun-tahun sebelumnya. Kena capai misi yang diinginkan.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Buat Kerja Part Time Dari Rumah
resolusi untuk 2016 harus ada dan semoga dapat tercapai. dengan adanya resolusi kita akan lebih semangat menjalani kehidupan di tahun 2016 dan tahun-tahun yang akan datang
Curahan rasa Nanluck @ ..Custom ROM Vibe UI 2.5 Lenovo A7000 With Dual SIM 4G LTE
Comments are closed.