Sedih meninggalkan Madrasah Ramadhan

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan, bertuah sungguh rasa dipilih ALLAH masuk ke dalam Madrasah Ramadhan sessi 2015. Bukan semua insan terpilih dan ada juga hanya separuh jalan terpaksa keluar menyahut panggilan ALLAH. Beruntunglah kepada mereka yang benar-benar mengambil peluang mempelajari erti kehidupan sepanjang berada dalam Madrasah Ramadhan yang penuh dengan ganjaran yang tidak terhitung oleh kalkulator dunia.

ALLAH menjadikan Madrasah Ramadhan untuk ingatkan kita betapa hidup ini bukan sentiasa di atas tetapi ibarat roda pasti akan turun ke bawah juga akhirnya. Apabila kita membuat persediaan pada sebelas bulan pasti sebulan di Madrasah Ramadhan akan dapat dilalui dengan tenang dan lancar. Berlapar dan berdahaga untuk merasai betapa ramai mereka di luar sana yang tidak bernasib baik berlapar dan berdahaga bukan sebulan malah selagi hidup dikandung badan.

Kelebihan Ramadhan

ALLAH memberi ganjaran yang tidak terkira kepada mereka yang banyak memberi ketika berada di Madrasah Ramadhan demi menyahut seruan Rasulullah SAW yang bersabda bahawa sedekah di bulan Ramadhan adalah sedekah yang terbaik. Sifat suka memberi di bulan Ramadhan mesti kita teruskan di sebelas bulan yang lain kerana ini adalah kunci kepada kejayaan hidup dunia dan akhirat. Dengan banyak memberi bukan sahaja akan membuka berbagai pintu rezeki juga akan diberi kesihatan, keselamatan dan kebahagian kepada kehidupan. Semua jutawan sudah mempunyai sifat memberi sejak mereka belum bergelar jutawan jadi kenapa kita menunggu kaya baru nak memberi.

Sepanjang dalam Madrasah Ramadhan kita banyak bertilawah Al Quran setiap hari jadi jom kita azam di sebelas bulan yang lain juga kita perbanyakkan tilawah dan tadabbur AL Quran. Al Quran ada segalanya pemurah rezeki, sebagai syifa penyakit dan ketenangan jiwa dan paling penting pertunjuk kepada kegelapan kehidupan. Jangan biarkan Al Quran terbiar kaku diselaputi habuk pada bulan-bulan yang lain.

pengisian Ramadhan

Sedihnya meninggalkan Ramadhan kerana takut tidak dapat istiqomah seperti ketika berada dalam madrasah Ramadhan mengembara mencari Lailatulqadar. Semuga ALLAH beri kekuatan untuk mengharungi sebelas bulan yang penuh cabaran dan ALLAH pilih lagi dan lagi dan lagi untuk masuk ke Madrasah Ramadhan akan datang.


Spread the love

22 Comments

  1. Pada Ramadhan tahun ini, solat Terawaih banyak juga saya tinggalkan tetapi sempat juga solat pada malam ganjil di 10 hari terakhir. Semoga ada yang jatuh pada malam Lailatul Qadar. Insya Allah….
    Curahan rasa sensasi2020 @ ..Salam Aidilfitri 2015My Profile

  2. Pasti kita rasa bersedih apabila Ramadhan yang kita sayangi telah pergi meninggalkan kita, semoga masih ada umur panjang untuk bersua kembali. Banyak yang kita terlepas beribadat semasa Ramadhan yang lepas. Semoga ada Ramadhan tahun depan perbanyakkan lagi amalan ibadat kita.
    Curahan rasa sensasi2020 @ ..Salam Aidilfitri 2015My Profile

  3. Semoga kita semua keluar dari madrasah Ramadhan dengan mendapat anugerah first class dan terus istiqamah dengan seluruh amalan kebaikan semasa didalam madrasah… terutamanya tidak meninggalkan surau masjid dan alquran.. ameen
    Curahan rasa muhammad nizam @ ..RESIPI : KETUPAT GORENGMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!