Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog

Restoran Nasi Kukus baru di Shah Alam

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ketika Kembara Musafir Beijing aku dapat sms jemputan pembukaan Restoran Nasi Kukus daripada sahabat baik Hj Azhar, Bos Besar Segi Seri Sdn Bhd. Pernah sekali blog Denaihati iklankan peluang pekerjaan di syarikat beliau akhir tahun lepas. Segi Seri Sdn Bhd sebuah syarikat pengendali makanan yang agak besar dengan kekuatan tenaga kerja lebih 600 orang.

Lokasi Restoran Nasi Kukus

Restoran Nasi Kukus yang terletak di no 16, Jalan Opera L 2U/L, Taman TTDI Jaya, Shah Alam merupakan restoran kedua selepas Restoran Steamboat di Seksyen 23, Shah Alam yang merupakan restoran steamboat terbesar di Shah Alam. Alhamdulillah aku dan famili serta Tuan Hj Zainal dijemput makan tengahari untuk menikmati juadah enak di restoran baru.

Ruang makan Restoran Nasi Kukus

Restoran memang besar ada dua ruang makan dengan setting yang berbeza. Lokasi sangat menarik dan mudah dijejaki ditepi jalan besar TTDI Jaya depan kompleks sms PDRM dengan ruang pakir yang banyak. Jadi jangan risaulah kalau nak datang bawa keluarga atau kawan-kawan makan di Restoran Nasi Kukus.

Nasi Kukus Power

Kepada peminat masakan Pantai Timur masakan gulai daging lembu dan kambing memanglah enak sangat. Nasi kukus bersama ayam goreng juga sedap jadi kepada rakan pembaca di Shah Alam dan sekitar jangan lepaskan peluang menjamu selera di Restoran Nasi Kukus terbaru. Biasalah awal-awal ni mesti ada yang tak sempurna jadi kalau ada cadangan untuk memperbaiki prestasi sila kemukakan jangan disimpan dalam hati.

Hj Azhar Bos Besar Segi Seri Sdn Bhd

Kepada yang mencari peluang kerja boleh juga contact Tuan Hj Azhar, Bos Besar Segi Seri Sdn Bhd atau datang terus ke Wisma Segi Seri di seksyen 23, Shah Alam. Nak berjaya mesti cari pengalaman bekerja dengan mereka yang sudah berjaya.

---

  1. Nk jugak try..btul ke sdappp nie

  2. Puasa begini, mampir membacajadi terliur nih…
    Entri terbaru Bang Iwan – London 2012 Rhythmic Gymnastics | Senam Ritmik di Logo Google Hari IniMy Profile

  3. trend nasi kukus mengambil tempat, mmg sedap pun. sambal lebih kak
    Entri terbaru drsuri – Promosi Live Body Nosode Theraphy PercumaMy Profile

  4. Selain hal tersebut di atas, faktor iklan yang menarik serta simple dan mudah dipahami akan sebuah produk menu makanan, akan menarik minat para penikmat kuliner ini
    Entri terbaru Blog Keperawatan – Kolesterol JahatMy Profile

  5. Masakan gulai kambing memang enak rasanya
    Entri terbaru Blog Keperawatan – Kolesterol JahatMy Profile

  6. wahh…terus lapar di buat nya.

  7. wah sangat menyelerakan.. mesti mau singgah nanti ni.. area shah alam banyak port makan best2 huhu
    Entri terbaru aimannajmy – Mari melukis dengan Samsung Galaxy S2 part 2My Profile

  8. Bila berangkat kerja perut telah diisi makanan tentunya akan menunjang dalam aktifitas pekerjaannya nanti
    Entri terbaru Blog Keperawatan – Penulis TamuMy Profile

  9. memberikan semangat untuk bekerja dengan baik juga sahabat
    Entri terbaru Blog Keperawatan – Penulis TamuMy Profile

  10. nikmatnya makan nasi kukus pagi-pagi sebelum berangkat kerja
    Entri terbaru smp3lembang – Klasemen Akhir Grup C Piala Eropa 2012/ Spanyol dan Italia ke Perempat FinalMy Profile

  11. wah, enak banget, suka sih wisata kuliner, walau kadang harus siapin saku tebel
    Entri terbaru raskyra – Tips to Impress Your Home Space AreaMy Profile

  12. fuh!nampak mcm menarik..kena terjah hujung minggu ni..
    Entri terbaru wanabe – Anti Trojan Elite 5.6.2My Profile

Artikel pilihan...close