Renew Road Tax kenderaan online

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ramai yang tak tahu termasuk aku lah tu yang road tax kenderaan ni boleh renew lebih awal kalau tak silap 60 hari sebelum tarikh luput. Biasanya hari-hari terakhir tu lah tergesa-gesa bertindak renew road tax samada buat sendiri atau minta bantuan agen atau minta bantuan bank yang kita buat pinjaman pembelian kenderaan. Aku biasanya memang minta bantuan bank saja nak bagi diaorang susah sebab dah makan banyak intrest dari pinjaman 7 tahun tu.

Sebenarnya kita je yang menyusahkan diri. Road tax kenderaan boleh diperbaharui secara online dengan melayari website MyEG Road Tax Renewal dan yang paling menarik kita mempunyak 3 pilihan untuk mendapat Road Tax baru kita iaitu dihantar terus oleh agen MyEG ke rumah/pejabat, kirim melalui pos laju atau ambil terus di pejabat MyEG. Bagi aku yang paling mudah tanpa mengeluarkan peluh adalah dihantar terus ke rumah/pejabat tapi kenalah bayaan sikit mengikut lokasi. Bayaran juga dibuat melalui pembankan online.

Apa agaknya kereta impian anda? BMW?

Risau tentang insuran. Jangan risau insuran pun boleh dibeli secara online melalui website MyEG Insurance Renewal. Yang kena risau kalau ada saman yang belum berbayar. Kalau dah kena blacklist oleh PDRM atau JPJ memang tak dapat nak tolong kecuali pergi bayar dulu saman tersebut. Jadi sebelum nak renew road tax online tu eloklah semak saman trafik secara online atau SMS.

Dengan teknologi jika kita pandai memaksimumkan penggunaan pasti hidup lebih berkualiti dan banyak masa yang terbuang untuk pergi renew road tax di lokasi yang jauh dari rumah/pejabat boleh digunakan untuk aktiviti yang lebih produktif. Itulah dunia di hujung jari kalau pandai menggunakan pasti bertambah mudah dan kaya kita ni. Tahun depan insyallah aku nak renew road tax secara online menjimatkan masa dan menjimatkan kos belanja pasti aku bertambah kaya sikit. Jimatlah sebab kalau keluar pergi renew roadtax pasti singgah kedai mamak yang teh tariknya dah naik harga sebab gula dah naik harga dan yang paling penting tak perlu bazirkan petrol yang pasti akan naik juga harga. Kalau kita tak pandai nak berjimat siapa lagi?

---

  1. john
    salam..senang tu mmg senang tapi susah nak claim masa accident http://www.aduanrakyat.com.my/myeg-senang-renew-susah-masa-nak-claim

  2. salam..senang tu mmg aenang tapi susah nak claim masa accident http://www.aduanrakyat.com.my/myeg-senang-renew-susah-masa-nak-claim

  3. antara inovasi rakyat Malaysia
    Entri terbaru yangbaik – Siapa penulis blog yang popularMy Profile

  4. Thnaks menambah info baru. keren2
    Entri terbaru Menggapai Impian – Kisah Mimpi Imam Al-Ghazali (muslim masuk)My Profile

Trackbacks

  1. [...] Selain semak saman trafik secara online dan SMS pemandu juga boleh memperbaharui cukai jalan kenderaan secara online dan membeli insuran secara online. Kalau nak tahu boleh lansung ke “Renew Road Tax secara Online“. [...]