Rakaman Video aksi Seks Pemimpin Politik

March 21, 2011

IsuSemasa, Politik

Terkini video Pemimpin politik katanya @ Video Aksi Seks

Asalamualaikum dan salam 1Dunia, dunia baru digemparkan dengan serangan tentera bersekutu tanpa belas kasihan ke atas Libya tetapi di Malaysia lain pulak ceritanya. Menjelang pilihan raya DUN Sarawak 1Malaysia digemparkan dengan rakaman video aksi seks pemimpin politik. Wakil media luar dan dalam negara telah diberi peluang menyaksikan tayangan klip video tersebut dengan kawalan ketat di Hotel Carcosa Negara. Wartawan yang telah melihat klip video tersebut berkata lelaki dalam video itu kelihatan seperti salah seorang pemimpin utama pembangkang dengan pelacur dipercayai dari China di sebuah hotel.

Ini bukanlah kali pertama kerana sebelum ini sudah berlaku beberapa pendedahan salahlaku seks dikalangan pemimpin politik. Bukan mudah sebenarnya nak jadi pemimpin politik ni. Seorang pemimpin terutama pemimpin politik Islam bukan sahaja mesti kelihatan bersih tetapi mesti benar-benar bersih. Pemimpin politik Islam tidak boleh lansung buat atau menghampiri apa sahaja kegiatan yang tidak bermoral terutama salahlaku seks yang boleh memerangkap diri mereka. Musuh-musuh politik akan sentiasa mencari kesempatan kelemahan yang ada pada seseorang pemimpin politik.

Politik itu tidak kotor tetapi pemain politik itu yang selalunya mengotori politik dan ianya selalu bukan sahaja di sebelah yang memerintah tetapi juga berlaku di kalangan pembangkang. Sebab tu ada bijakpandai berkata kalau tiada hentam menghentam itu bukan dinamakan politik. Untuk itu setiap pemimpin politik mesti bersedia untuk menerima apa juga risiko berpolitik.

Selain ada pengalaman peribadi dengan Tun Dr Mahathir aku juga mempunyai pengalaman peribadi dengan Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim tetapi belum bersedia nak mendedahkan. Aku tidak membenci beliau tetapi memang tidak akan menyokong beliau untuk menjawat jawatan Perdana Menteri atas alasan pengalaman yang pernah aku lalui.

(Tulisan ini tidak bermaksud untuk mempengaruhi sesiapa kerana setiap orang ada pengalaman dan ideologi tersendiri)

Skandal Seks Anwar Ibrahim DOA AKU

TERKINI

1. Datuk T yang menganjurkan tayangan video seks kepada media hari ini, menuntut pemimpin utama pembangkang dan isterinya berundur dari politik – Malaysiakini

 

anwaribrahim Rakaman Video aksi Seks Pemimpin Politik

Gambar Anwar menafikan Video seks (Sumber Malaysiakini)

 

2. Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim denied on Monday that he was the man in the Feb 21 sex video revealed to journalists earlier Monday – Thestar Online.

3. Ramai sungguh yang email untuk dapatkan sumber download video aksi seks pemimpin politik ini. Buat masa ni mengikut sumber salinan video hanya ada pada Datuk T sahaja.

4. Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di balai polis Dang Wangi, Kuala Lumpur bagi membuat laporan polis berhubung pita video seks yang dipertontonkan kepada media – Malaysiakini.

5. Ahli Parlimen Kulim Bandar-Baharu, Zulkifli Noordin mendakwa beliau yakin lelaki yang terlibat di dalam video seks dengan pelacur dipercayai dari China yang didedahkan ‘Datuk T’ sebagai pemimpin pembangkang yang terlibat dengan banyak kontroversi sebelum ini.

6. Zaid Ibrahim bekas pemimpin kanan PKR berpendapat masih belum terlewat bagi parti pembangkang terutama PAS untuk mengkaji semula hubungan pakatan dengan PKR yang kini berdepan denganisu video lucah membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim – Malaysiakini

7. Datuk T berkata beliau bersedia menyerahkan video tersebut untuk diperiksa oleh ‘suruhanjaya awam’ yang dianggotai oleh pengamal media dan NGO – Malaysiakini

8. Businesswoman Umi Hafilda Ali claims there are 18 sex videos involving an opposition politician. She claimed that the videos show the politician having sex with different partners including prostitutes and men – Thestar

9. Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dan ahli parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul hari ini mendakwa bekas ketua menteri Melaka dan bekas konsul kebesaran Thailand di Malaysia adalah mereka di sebalik video seks yang dikatakan melibatkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim – Malaysiakini

10. Bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik, Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim hari ini mengakui bahawa beliau adalah Datuk T, tiga orang di sebalik skandal video seks, mahu suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menentukan ketulenan klip tersebut.

 

anwarvideo3 300x265 Rakaman Video aksi Seks Pemimpin Politik

Gambar Anwar dengan Pelacur. Yakinkah kita??

 

11. It is learnt that the two – former Malacca chief minister Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik and businessman Datuk Shazryl Eskay Abdullah – are now out on police bail – thestar

Like this story? Please consider share and leaving a comment or subscribing to the RSS feed to have future articles delivered to your feed reader.
, , , ,

Terima kasih singgah dan membaca rasa hati yg dikongsi

1. Klik cara untuk claim Rewards.
2. Klik Setiap backlinks dibayar RM0.02.
4. Jadi Rakan Niaga eQurban.com berniaga sambil beramal.
5. Suka kami? Klik FB Like, Retweet dan Google + 1 dan Follow @Denaihati

  • Kongsi pendapat anda


    CommentLuv badge
  • tip mengandung May 30, 2011 at 3:43 pm

    x thu la sape yg bercakap benar dan tidak..sesungguhnya allah maha mengetahui akan segala kejadian..

  • marhabbah April 19, 2011 at 10:05 pm

    kita tak payah nak pening kepala. Buat je amal mcm biasa. Walau apa pun keputusannya dari pihak mahkamah, saya yakin ramai yg masih tertanya-tanya, “Betul ke hakim tu? Dah kena beli kot?”
    Yang menjawabnya “DI SANA” nanti bukan kita.
    Biarlah diorang yang tanggung……

  • miss yaty April 9, 2011 at 7:28 pm

    inilah dunia bila dah tak ingt tuhan. fitnah tu kan dosa besar.
    Entri terbaru miss yaty – Testing one two threeMy Profile

  • mijae April 4, 2011 at 3:36 am

    jatuh menjatuhkan ni dan memang trend pom kat malaysia haha..macam #trending kat twitter gak la..paling panas duk atas..tak suka klik je ‘change’
    Entri terbaru mijae – Pedoman dari Secebis Nota Bunuh Diri Pelajar Unimas 30032011My Profile

  • Kimi Rekonen April 2, 2011 at 5:45 pm

    ni namanya tanda2 ameno dah nak terhapus dah..
    kiranya last resort la ni sebelum nak lari..

  • DADU March 29, 2011 at 10:08 am

    Susah juga nak komen. Bagi pendapat saya adalah
    1. Heran bila DSAI kena tangkap mcm tuk…100 peratus beliau dan penyokong belia tuduh UMNO yang buat angkara. Yang melapur dan menuduh beliau adalah adalah orang orang paling dekat dengan beliau sendiri. Putar punya putar seolah kerajaan atau UMNOxxxxxxxx. hheeeheeeee.
    2. Inilah orang politik mereka boleh main main kan undang2 dan maruah dan akhlak dapat diputar putar.
    3. Jika mcm kita siapa nak ambil peduli.
    4. Sejujurnya saya memangkan PR pada pilihanraya yang lepas dan sehingga memberi kemenangan kepada PKR kerana janji manis. TAPI TAYI yang kita dapat.
    ITULAH JANJI TAYI. Jangan marah penyokong PKR sebab saya sebelum ini adalah orang kuat sokong PKR tapi selepas menang hampeh. LAIN KALI JANJI TU WAJIB DIkota

  • org kilang March 26, 2011 at 9:28 am

    Tak kisah la politik tu kotor atau tak dari pandangan orang masing2. Apa yg pasti, org yg ‘beraksi seks’ atau ‘sedang melakukan zina’ tu telah dirakam dlm bentuk video tentang ‘aksi’nya. Hanya org yg melihat video tu sj yg berani mengatakan “betul, mmg dia” atau “itu bkn dia”. Apa pun rakaman video itu menunjukkan moral si pelaku zina itu yg mana dari segi Islam adalah satu dosa besar dan jika si pelaku zina itu org politik amatlah teruk dan jijik tentang moralnya malah tidak layak diangkat sebagai pemimpin di negara Malaysia yg diberkati Allah ini.

  • Hisyam March 25, 2011 at 4:58 pm

    jom main teka-teki siapakah dia.

  • Emila March 25, 2011 at 3:30 am

    Astaghfirullahal’adzhiiiim

  • ceritya dewasa March 24, 2011 at 3:18 pm

    Astaghfirullahal’adzhiiiim
    Entri terbaru ceritya dewasa – Tukang SapuMy Profile

  • Tukang Tengok March 24, 2011 at 11:13 am

    kadang2 krajaan pn satu hal jgk.. isu kontroversi politik mcm ni sepatutnya dtimbulkn.. x bgus untk minda MASYARAKAT.. media jgn lebih2 ea?? ingt,, kuase yg ade jgn dsalah-gune.. ngara kte,, Malaysia,, ngara Islam.. ingt2 le tatasusila tu.. bumi ni dah smpai dh trikh luputnya.. aku takut..

    • denaihati March 24, 2011 at 12:31 pm

      Bro orang politik tak kira pemimpin dan pengikut mana ada kira matlamat menghalalkan cara. Kalau kita tak sokong dia mahu kena maki hamun macamlah perjuangan tu betul sangat.
      Entri terbaru denaihati – Denaihati PR6 dan kuasa TwitterMy Profile

  • mnusia hina March 23, 2011 at 2:56 pm

    aslm..x kisah spe dtuk k y pasti mke2 y mengaibkn keburukn org len nraka jwpnya..An-Nur 19..nauzubillahiminzlik..

  • Kreuger March 23, 2011 at 10:13 am

    saya tak suka politik. saya suka CSI! saya OK!
    Entri terbaru Kreuger – Dah besar dah anak abah yeee…My Profile

    • denaihati March 23, 2011 at 11:33 am

      Memang ramai dah jemu dan tak minat dengan POLITIK dan ahli POLITIK dan penyokong POLITIK.

    • Ayie March 25, 2011 at 3:32 am

      Same as me :D
      Entri terbaru Ayie – Plugin yang digunakanMy Profile

  • Suraya Hamdan March 23, 2011 at 5:40 am

    This article is too smeared with author’s prejudice and short-sightedness to be considered of any value at all.

    - “… DS Anwar Ibrahim tetapi belum bersedia nak mendedahkan. Aku tidak membenci beliau tetapi memang tidak akan menyokong beliau …”

    What were you trying to imply here?

    It was bad enough that you seem happily not to question the act of Dato’ T-bag exposing the sex tape to media & journalists, instead of submitting it directly to the authorities. What, is that normally an acceptable practice to you?

    Looking at some of the comments here, a lot of people seems pretty confused and undecided. They ought to, because your post only carry half-truths. Anwar made a pretty convincing statement about why he wasn’t the person in the video, including his alibi and the physical difference between him and the man in the video. Why did you not include anything he said here?

    Or maybe you’re just interested in profiting from this highly sensationalised topic?
    Entri terbaru Suraya Hamdan – Japan May Excuse Itself From Kyoto ProtocalMy Profile

    • denaihati March 23, 2011 at 9:32 am

      Mudah je aku memang tak support Anwar Ibrahim untuk perjuangan POLITIKnya. Setiap dari kita ada hak untuk suka atau tidak suka pemimpin tertentu jadi itu pilihan aku so puan Suraya tak perlu upset kerana aku pun tak kisah kalau sesiapa nak sokong Anwar Ibrahim.

      Aku tidak suka nak cerita keaiban Anwar Ibrahim berdasarkan pengalaman yang telah aku lalui.

      Sememangnya ramai diluar sana confuse bukan sahaja dengan Anwar Ibrahim tetapi dengan kefanatikan sesetengah manusia dengan politik. Bukan semua orang hidup dengan politik kerana ada banyak hal dalam dunia ni yg kita boleh fokus selain politik.

      • Suraya Hamdan March 24, 2011 at 7:51 am

        That sounds very hypocritical of you. If you hate politics, then why post it? Again, profiting from highly sensationalised topic, sir? Because I don’t see you making so much effort on ‘selain politik’ topics in your blog recently.

        Why do you think anyone cares whom u dislike/like. It was about you embellishing the truths, confusing your readers and implying negativity towards other people. If you don’t feel any guilt at all for that, then you must have a really low moral ground.
        Entri terbaru Suraya Hamdan – Darlie Was Darkie Before The White TreatmentMy Profile

        • Tukang Tengok March 24, 2011 at 10:44 am

          Absolutely right.. two thumbs up dear..

  • shah March 23, 2011 at 12:04 am

    tapi, Allah maha kuasa, 1 hari nnt menjawab la anda..~ huhuhu.. no komen la…
    Entri terbaru shah – Lagi artis wanita mula bertudungMy Profile

    • denaihati March 23, 2011 at 9:39 am

      Itu sudah pasti suatu hari samada di dunia atau akhirat pasti terjawab

1 2 3
Trackbacks
  • Review Filem Cun — Blog Mohd Isa April 13, 2011 at 2:12 pm

    [...] aku dan KLCC, manakah yang kau pilih?” Lebih kurang macam itulah persoalannya.Jika dilihat video itu berulang-ulang, ternyata satu perkara negatif yang telah berlaku di tanah air tercinta ini. [...]

  • [...] telah menafikan bahawa beliau adalah pemimpin politik pembangkang yang terdapat dalam rakam video aksi seksnya bersama pelacur dari China di sebuah SPA. Rakyat kecil seperti aku ni tertanya-tanya siapa yang betul siapa yang fitnah ni. [...]