Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sarawak

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sejak beberapa bulan yang lepas tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak menjadi topik utama dalam dunia politik Malaysia. Spekulasi demi spekulasi menjadi bual bicara pengiat politik yang menjadi keutamaan percaturan strategi oleh Pemerintah di bawah Kerajaan Barisan Nasional dan juga Pakatan Pembangkang.

Hari ini spekulasi telah menjadi kenyataan apabila Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang akan bersara setelah menjadi Ketua Menteri yang paling lama telah mengumumkan bahawa DUN Sarawak akan dibubarkan pada 21/3/2011. Beliau mengumumkan ketika sidang media bersama Perdana Menteri, DS Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Perang Bendera Pilihanraya

Pilihan Raya DUN Sarawak akan diadakan dalam tempoh 60 hari dimana tarikh pilihan raya akan ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Kalau mengikut trend politik di Semenanjung, PAKATAN Pembangkang mempunyai laluan sukar tetapi politik Sarawak ini agak berbeza. Jika selama ini Sarawak merupakan kubu kuat Barisan Nasional tetapi mungkinkah kali ini senario akan berubah. Mungkinkah semangat revolusi Timur Tengah akan menyerang Sarawak?

Maka para ahli politik berkempenlah dengan tertib jangan kerana pengundi Sarawak sekarang semakin bijak dan kepada yang tidak terlibat janganlah menyibuk kat Sarawak tu sebab belum tentu orang tempatan suka tingkah laku yang terlampau.

TERKINI

1. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya negeri Sarawak yang ke-10 diadakan pada 16 April, manakala penamaan calon ditetapkan pada 6 April. — Bernama

2. Senarai calon ADUN BN mengikut parti, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bertanding di 35 kerusi, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) 19 kerusi, Parti Rakyat Sarawak (PRS) 9 kerusi manakala Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) 8 kerusi – Malaysiakini


Spread the love

14 Comments

    1. Lawan jangan tak lawan. Jadikan semangat lawan dlm politik sebagai motivasi utk sukses dlm bidang yg lain terutama bisnis.

  1. “Maka para ahli politik berkempenlah dengan tertib jangan kerana pengundi Sarawak sekarang semakin bijak dan kepada yang tidak terlibat janganlah menyibuk kat Sarawak tu sebab belum tentu orang tempatan suka tingkah laku yang terlampau.” -aku suka ayat ni. aku bangga menjadi anak sarawak.. hehe..

  2. pilihan raya umum negeri Sarawak akan memberi gambaran yang lebih jelas tentang trend pengundi masa kini.. ada pandangan mengatakan parti kerajaan akan tambah kukuh, ada yang sebaliknya.. kita tengok saja nanti.. apapun yang penting.. biar semuanya berlaku dengan aman
    Curahan rasa kulanz @ ..Rupanya Hantu dan Jembalang Memang WujudMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!