Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
dalam suasana ekonomi yang semakin mendesak apabila harga barangan di seluruh dunia semakin meningkat ramai orang berkata orang kaya semakin kaya dan orang miskin semakin miskin. Orang miskin menyalahkan orang kaya yang semakin kaya kerana menguasai ekonomi dalam semua bidang. Suasana menjadi lagi panas apabila orang politik masuk campur dengan menggunakan isu ini untuk menarik sokongan.
Aku telah mengembara berpuluh negara dari negara yang kaya raya sehinggalah ke negara yang miskin yang sebahagiannya dikongsikan dalam blog Denai.my. Bertemu dengan berbagai jenis manusia dengan berbagai kebudayaan dan tingkah laku yang membezakan tahap ekonomi mereka. Sepanjang usia hidup sudah berkawan dengan orang miskin, sederhana dan orang kaya ada sehingga yang mempunyai aset ratusan juta.
Daripada pengalaman hidup dan kembara banyak rahsia orang kaya menjadi bertambah kaya yang diperolehi yang mungkin boleh kita contohi. Paling unik majoriti orang kaya bukan berasal daripada keluarga kaya raya tetapi membina kehidupan daripada bawah berusaha siang dan malam tanpa kenal erti penat lelah. Hampir semua orang kaya yang bertambah kaya mempunyai keistimewaan yang sama yang tiada pada orang biasa.
Kedekut
Orang kaya sangat berhati-hati apabila berbelanja setiap satu sen duit keluar masuk pasti ada sebabnya bukan sesuka hati. Satu sen jatuh pun mereka akan kutip sebab nak cari duit bukan senang. Setiap produk atau perkhidmatan mesti lebih baik daripada nilai yang dibayar. Mereka tidak akan suka-suka keluar duit dari kocek kalau bukan ada sebab yang munasabah dan memberi pulangan yang baik. Tak percaya tengok kawan aku Mark Zuckerberg billionaire kawin simple je.
Berjimat Cermat
Dalam bebelanja memang sangat berjimat cermat setiap produk yang dibeli mesti ada diskaun tanpa mengurangkan kualiti. Setiap kali nak membeli mesti buat kajian perbezaan harga untuk mendapat harga yang termurah. Mereka memang suka dengan subsidi dan berbagai fasiliti yang disediakan oleh Kerajaan dan berusaha menggunakan semaksima yang boleh tanpa mengeloh.
Suka Memberi
Mereka suka memberi, bersedekah dan infaq kepada yang memerlukan tanpa diketahui oleh orang ramai. Sifat rendah diri mereka sangat berbeza dengan sifat orang biasa yang kekadang dialog macam orang kaya.
Banyak Sumber Pendapatan
Pendapatan mereka bukan dari satu sumber tetapi berbagai sumber dari berbagai cara. Mereka kuat bekerja siang dan malam tak pernah mengeloh bila bekerja lebih masa. Mereka tiada masa nak berseronok setiap hari melihat Maharaja Lawak Mega atau program komidi lain yang melambak di TV.
Pendapatan mereka ada dari sumber jangka masa pendek, jangka masa sederhana dan jangka masa panjang dari sumber pelaburan, perniagaan, pembinaan, perkhidmatan dan sebagainya. Kalau kawan-kawan kurang pasti bagaimana nak mendapat pendapatan daripada berbagai sumber boleh belajar dari Abang Ensem yang ada lebih lapan sumber pendapatan.
Ilmu
Mereka rajin mencari ilmu walau sudah kaya raya. Mereka tidak pernah kedekut berbelanja untuk ilmu kerana ilmu adalah kunci kepada kekayaan. Mereka tak pernah memberi alasan jauh, tak ada masa atau tak sempat apabila nak mencari ilmu. Mereka akan belajar berbagai ilmu dari pakar sebelum menguasai perniagaan yang mereka ceburi. Biasanya mereka mempunyai mentor yang sentiasa menjadi tempat rujukan di masa senang dan susah.
[box type=”shadow”]Masyarakat Melayu perlu mempunyai budaya dan nilai hidup yang baik serta berdisiplin jika ingin berjaya dalam bidang ekonomi. Dengan memiliki cara hidup seperti itu, barulah orang Melayu mampu berjaya menguasai bidang tersebut. Aspek disiplin seseorang itu akan dapat memgawal diri bukan sahaja dalam ekonomi, malah bidang lain juga. – Tun Dr. Mahathir Mohamad [/box]
Disiplin
Disiplin kunci paling utama untuk menjadi orang kaya kerana tanpa disiplin janganlah nak berangan-angan jadi orang kaya. Disiplin diri, disiplin bisnis dan disiplin kewangan tidak dapat dipisahkan untuk membina kejayaan. Disiplin paling utama adalah menghargai masa kerana setiap saat ada nilainya. Mereka tidak pernah takut dengan kegagalan dan kerugian keran itu adalah sebahagian daripada proses kejayaan.
Mereka tidak akan menyalahkan orang lain apabila gagal dalam sesuatu pelaburan atau perniagaan tetapi sebaliknya memperbaiki diri dan teruskan perniagaan tanpa gentar. Paling best mereka tidak pernah kenal erti bersara awal walaupun sudah berjaya dalam perniagaan mereka.
Semua ini hanya sebahagian daripada sifat-sifat yang ada hampir pada semua orang kaya dan kerana sifat mereka itulah mereka sudah kaya menjadi lebih kaya. Paling unik sifat mereka ini bukan lahir setelah kaya raya tetapi telah ada dalam diri sejak mereka miskin dahulu lagi. Jadi kenapalah agaknya kita nak cemburu dengan mereka yang kaya menjadi lebih kaya kerana semuanya atas usaha mereka.
Kalau kita nak jadi macam mereka tiru mereka, bersahabat dengan mereka tak perlu memusuhi mereka kerana memusihi mereka tidak akan menjadikan mereka lebih miskin. Memang ada sebahagian kecil yang jadi kaya cepat kerana kronisme kenal dengan pemimpin tertentu tetapi majoriti mereka akan hilang apabila pemimpin tersebut tidak lagi berkuasa jadi yang ini jangan dicontohi.
Kita pun boleh jadi seperti mereka yang perlu mesti berani berkorban untuk berhijrah diri menjadi seperti mereka dan paling baik azam untuk jadi orang kaya yang beriman mana tahu boleh masuk dalam senarai top 20 orang paling kaya di Malaysia.
182 Comments
Suka Memberi : Memberi dgn ikhlas kepada mereka yang memerlukan. Telah dijanjikan Allah, bersedekah itu menyuburkan harta. Banyak kita memberi semakin banyak yang akan kita dapat semula.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Dapat Iklan CPUV Nuffnang! Ada 28 On Going!
Berjimat cermat : Sudah pasti ini adalah amalan terpuji kerana hanya berbelanja utk yang perlu sahaja tanpa pembaziran. Oleh itu untuk kaya perlulah bijak berbelanja!
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Dapat Iklan CPUV Nuffnang! Ada 28 On Going!
Kedekut : Ya untuk kaya perlu kedekut tetapi bukan bakhil. Kedekut bertempat untuk membelanjakan wang. Setiap pelaburan yg dikeluarkan dikaji dan berhati-hati!
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Dapat Iklan CPUV Nuffnang! Ada 28 On Going!
seseorang yang berstatus jutawan pasti akan berasa berlainan dengan orang biasa..tapi bila mereka meletakkan diri mereka yang harta tidak akan dibawa mati..pasti mereka akan menunaikan zakat dan selalu bersedekah..
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
orang kaya yang kekal kaya sering memberi pada orang lain. tak kira beri ilmu atau rezeki
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Betul tu, saya setuju Orang yang kaya semakin kaya bila dia mendekatkan diri kepad penciptaNya
Curahan rasa nord @ ..Kurus dengan Cinch Tea
orang kaya kena sentiasa dekatkan diri dgn allah baru la ada keberkatan dan allah tambah rezeki
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Memang betul apa yang dikatakan di atas ni. Mungkin juga mereka menjadi kaya disebabkan doa setelah berusaha… 🙂
Curahan rasa Vander Good @ ..Hari Inovasi : Produk daripada buah Tarap
pengang pada DOA dan ikhtiar serta ada sikit kerajinan insyllah semua boleh jadi kaya seperti orang di atas ..perkongsian yang membina nie..tq ya
Curahan rasa adna2029 @ ..kisah romantik couple
dekat kan diri dengan mereka yang berjaya supya dapat tempiasnya. hehe
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Info yang bermanfaat, tinggal aksi kita untuk mencoba menjalankannya,
Thanks
Curahan rasa ferry @ ..Jual Pemutih Tapioka/Aci/Sagu
memang benar sangat point-point yang entri ni kata..kekayaan akan bertambah sekiranya kita amalkan tip-tip di atas
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Mudah-mudahan orang melayu yang bakal bergelar jutawan tidak pernah lupa asal usul mereka apabila menjadi jutawan nanti.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
sangat setuju…ramai juga orang melayu berstatus “kaya” yang berhati mulia..apa yang penting..bila dah kaya..banyak-banyakkan sedekah..tolong orang ingin berjaya macam mereka
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
mak wawa selalu cakap, kalau kita suka memberi nanti rezeki kita akan lagi bertambah. Jadi perkara itu yang wawa selalu amalkan apabila diberi rezeki lebih oleh Allah SWT. Tak salah kalau kita berkongsi rezeki dengan orang yang memerlukan 🙂
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
Saya amat yakin dengan point ke 3 iaitu suka memberi atau bersedekah dengan ikhlas. Semakin banyak kita bersedekah pasti semakin banyak rezeki yang masuk! Itu bukan saya kata… Tapi Allah janji kepada kita!
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Cara Mudah Memahami Maksud Bounce rate
seronoknya berkerja sendiri sebab tak perlu bersara awal. dan boleh control duit hehe
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
memang seronoknya..bagi yang bekerja sendiri..dia sendiri fikirkan macam mana nak maintain kan perniagaan mereka agar terus maju..pasal duit yang mereka dapat hasil titik peluh mereka
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
ada yang dah kaya api kedekut sebab takut duit habis. bila nak berkat macam ni
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Comments are closed.