Assalamualaikum dan salam 1Dunia,
harini merupakan hari kedua program Daya eUsahawan yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Program bermula pada awal pagi dan dihadiri oleh 3000 usahawan terpilih dari program eUsahawan anjuran Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC).
Peserta hadir dengan penuh semangat untuk sesi perkongsian lanjutan yang diadakan oleh penggiat-penggiat industri yang terkemuka. Antara usahawan berjaya yang berkongsikan tips dan pengalaman mereka adalah seperti Dato’ Rizalman Ibrahim, Anne Idris, Prof. Datuk Doktor Muhaya Mohamad, Erma Fatima, Neelofa, Dato’ Aliff Syukri dan Dato’ Sri Mohammed Shazalli Ramly.
Perasmian eU@Marketplace oleh Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak
Kemuncak acara pada siang hari kedua program Daya eUsahawan adalah perasmian eU@Marketplace oleh Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak. Program eU@Marketplace ini adalah langkah proaktif yang diambil oleh MDEC untuk menaik taraf usahawan-usahawan mikro yang menyertai program eUsahawan ke tahap yang lebih tinggi.
Kolaborasi bersama 7 platform jual beli online seperti Lelong.my, 11street.my, AVANA, EasyStore, AmaxMall, MyBazaar dan Shopee bakal membuka peluang membina ekosistem e-dagang bagi program eUsahawan. Ini adalah langkah MDEC untuk memperkasakan belia dan usahawan mikro menjangkau jualan melalui perniagaan online.
Peserta eUsahawan melalui kemudahan platform jual beli online ini akan dapat meluaskan capaian pasaran mereka bukan sahaja di dalam negara bahkan di luar negara. Platform e-dagang ini memudahkan pengurusan perniagaan dan jual beli produk atau perkhidmatan yang disediakan oleh usahawan mikro dalam program eUsahawan.
Malam gala dan anugerah
Pada sebelah malam, satu majlis gala makan malam dan anugerah telah diadakan untuk meraikan semua peserta eUsahawan yang terpilih ini. Mereka telah menunjukkan peningkatan yang sangat membanggakan dalam perniagaan yang mereka usahakan.
Majlis makan malam diserikan dengan teater Mak Cun yang membawa topik usahawan desa yang ingin memajukan perniagaan mereka melalui program eUsahawan anjuran MDEC. Teater yang ditulis berdasarkan kisah benar yang dialami oleh para usahawan mikro dalam program eUsahawan ini sangat menarik dan memberi impak kepada para peserta.
Perkongsian kisah kejatuhan Fizo Omar juga menjadi salah satu daripada intipati teater persembahan pada malam ini. Bagaimana beliau telah jatuh tersungkur kerana ditipu sehingga RM8 Juta dan akhirnya kini telah berjaya mengorak langkah yang membanggakan dalam perniagaan.
YB Khairy Jamaluddin turut hadir untuk memberi penghargaan kepada para peserta eUsahawan yang menghadiri program daya eUsahawan selama dua hari ini. Pelbagai anugerah telah disampaikan pada malam ini untuk beberapa kategori seperti berikut:
- Anugerah Pensyarah TVET Terbaik eUsahawan 2016;
– Nik Suriani Bt Nik Fauzi
Politeknik Kota Bharu - Anugerah Pelajar TVET Terbaik eUsahawan 2016;
– Nur Athirah Binti Kamarul Zaman
Politeknik Kota Bharu - Anugerah Pusat TVET Terbaik eUsahawan 2016;
– Politeknik Kota Bharu - Anugerah Pusat Latihan eUsahawan Mikro Paling Aktif 2016;
– PACE University Utara Malaysia, Sintok Kedah - Anugerah Pelatih eUsahawan Mikro Cemerlang 2016;
– Azriel Azim Bin Azelan - Anugerah eUsahawan Mikro Paling Berpotensi 2016 (Perniagaan Sedia Ada);
– Nor Rashidah Binti Abd Hamid - Anugerah eUsahawan Mikro Paling Berpotensi 2016 (Perniagaan Baru);
– Muhammad Akmal Danial Bin Shahril Dani - Anugerah Transformasi Program Bakal eJutawan Mikro 2016;
– Mohamad Izzuddin Bin Isa - Anugerah Transformasi Program Bakal eJutawan Muda 2016;
– Muhd Zakuan Bin Muhd Zain - Anugerah Penghargaan Khas
– Ybhg. Datuk Hj Mohlis Bin Jaafar
Sememangnya usaha MDEC dalam membantu usahawan-usahawan mikro dan desa ini sesuatu yang sangat bagus dan memberikan faedah kepada ekonomi setempat. Ianya merupakan program berterusan yang membolehkan usahawan-usahawan berjaya dilahirkan.
Peningkatan hingga 40 kali ganda merupakan keputusan yang sangat bagus dan memberikan impak kepada perniagaan para usahawan yang menyertai program eUsahawan ini. Sehingga kini, lebih 30% peserta program eUsahawan berjaya meningkatkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi.
Semoga usaha tidak mengenal lelah yang disediakan oleh MDEC ini akan melahirkan lebih ramai usahawan yang berdaya saing dalam pasaran.
- Jana pendapatan ribuan ringgit melalui program #YouCanDuit MDeC
- Daya eUsahawan – kesinambungan program eUsahawan oleh MDEC
- Program #YouCanDuit anjuran MDEC di Persada Johor Bahru : 12 – 14 Ogos.
- Bermula Usahawan mikro sehingga membuka 2 cawangan selepas menghadiri program eUsahawan MDEC
- Karnival #YouCanDuit di Sabah Trade Centre
19 Comments
Wow… 3000 audience yang diundang hadir, excellent… Tahniah buat para eUsahawan…
Curahan rasa Dwi Wahyudi @ ..Zahir Online, Kemudahan Mengelola Bisnis Anda Dimulai dari Sini
Terasa bersemangat untuk join program nie..Insya Allah, ada rezeki ikut cara ini kan..Jom kita mencuba.. Teirma kasih kepada kerajaan atas peluang ini 🙂
Curahan rasa Azlan @ ..Mycybersales 2016 -Pengalaman dan Pengajaran
harap lebih ramai lagi yang join program mcm untuk tambah ilmu perniagaan atas talian
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fenomena Supermoon 14 November 2016
semoga lebih ramai usahawan online yang berdaya saing dapat dilahirkan melalui program ini
Curahan rasa riangria @ ..6 PUNCA UTAMA BERLAKUNYA MIGRAIN
Tahniah pada yang berjaya. Moga program ini dapat membantu lebih ramai usahawan lagi
Curahan rasa Aryn Fadz Lee @ ..BACAAN KENCING MANIS TURUN DALAM MASA 2 MINGGU
terbaik! rasa rugi sungguh tak dapat sertai program macam ni
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..6 Tarikkan Menarik Di The Shore Melaka
kalau ada lagi, ajak la, boleh join sekali. dah lama tak join majlis ilmu
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Aku Rindu Kota Madinah
Tu lah.. kalau tahu saya pun nak join.. ramai komuniti usahawan dalam program ni melibatkan student dan staf politeknik… tapi sayangnya saya tak tahu pun..
Curahan rasa anuar @ ..Seminar Tajwid LuarBiasa Mega untuk ibu bapa dan anak-anak sempena musim cuti sekolah
Nanti saya nak tanya kawan saya yang terlibat dalam keusahawanan di PSIS..
Curahan rasa anuar @ ..Seminar Tajwid LuarBiasa Mega untuk ibu bapa dan anak-anak sempena musim cuti sekolah
Nak tahu siapa student dan staf PSIS yang terlibat dalam program ini? ..
Curahan rasa anuar @ ..Seminar Tajwid LuarBiasa Mega untuk ibu bapa dan anak-anak sempena musim cuti sekolah
Tahniah diucapkan kepada mantan ketua Pengarah Jabatan pengajian Politeknik, Datuk Hj Mohlis Bin Jaafar di atas anugerah khas yg diterima..
Curahan rasa anuar @ ..Komisyen affiliate Pertama Program Serius Media
Beliau baru sahaja pencen pada bulan Oktober yang lalu.. dan majlis persaraan beliau turut diadakan di PSIS… sempena majlis konvokesyen kami yang ke 11.
Curahan rasa anuar @ ..Komisyen affiliate Pertama Program Serius Media
Ramainya.. sampai 3000 usahawan yang menyertai program ini.. tahniah PKB kerana berjaya memenangi banyak anugerah usahawan..
Curahan rasa anuar @ ..Komisyen affiliate Pertama Program Serius Media
Good entry. Bravo! News pun tak detail. Next time Ajak aku Sekali. Hihi
Alhamdullilah dan tahniah pada yang telah berjaya.Semoga bertambah lagi rezeki mereka dan kita semua.
tahniah semua yang telah berjaya, anda menjadi inspirasi kepada kami yang lain
Curahan rasa raihanah @ ..10 Tanda Awal Penyakit Buah Pinggang
Semoga usaha murni eu marketplace ini dapat membantu lebih ramai usahawan untuk meluaskan pasaran produk dan servis mereka 🙂
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan PTD M41
Tahniah kepada mereka yang telah berjaya menempa kejayaan di dalam perniagaan masing-masing.
Curahan rasa Perawat Sihir @ ..Bagaimana Nak Tahu Gangguan Makhluk Halus Dalam Badan Dah Keluar?
Comments are closed.