Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, terkejut apabila dapat notis kat iPhone dari aplikasi astroawani “MAS aircraft crash in Ukraine”. Cepat-cepat cari informasi dari berbagai sumber dan mengikut Asamboi.my mengikut sumber reuters pesawat MAS MH17 ditembah jatuh di Timur Ukraine kitak berada pada ketinggian 10 km.
Luka hati kehilangan MH370 masih belum terubat lagi tak kan pula berlaku lagi satu lagi kemalangan pesawat MAS. Pesawat 9M-MRD dari model Boeing 777-200 MH17 dalam penerbangan dari Amesterdam ke Kuala Lumpur membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.
Boeing 777 MH17 terhempas berdekatan sempadan Ukraine dan Russia yang dipercayai ditembak jatuh dengan senjata BUK-M2 di zon konflik kedua-dua negara tersebut. Penasihat kepada Kementerian Dalam Negeri Ukraine melaporkan pesawat itu ditembak oleh peluru berpandu darat-ke udara. Tweet rasmi daripada Malaysia Airlines berkenaan kemalangan MH17 di Ukraine.
(KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK MELIHAT BERPULUH GAMBAR TERBARU TRAGEDI MH17)
Video menunjukan kepulan asap dari lokasi MH17 terhempas. Dari berita terkini kotak hitam MH17 belum ditemui untuk penyiasatan sebab berlaku kemalangan yang menyedihkan ini. Presiden Russia sudah mengirim ucap takziah kepada DS PM Najib Razak.
Sementara itu, laporan agensi berita antarabangsa menyenaraikan warganegara yang berada dalam penerbangan malang tersebut, memetik kenyataan pejabat MAS Eropah:
- 23 warga Malaysian
- 154 warga Belanda
- 27 warga Australia
- 11 warga Indonesia
- 6 warga British
- 4 warga Jerman
- 4 warga Belgium
- 3 warga Filipina
- 1 warga Kanada
MAS MH17 emergency hotline is +31 70 3487770
Semuga ALLAH permudahkan semuanya dan kepada keluarga yang terlibat diharap bersabar. Sama-sama kita tunggu berita rasmi daripada Kementerian Pengangkutan Malaysia. Untuk berita terkini dari CNN sila klik “Berita Terkini MH17”
Berita Terkini MH17 dari Twitter seluruh dunia
567 Comments
Pesawat MH17 terhempas di Torez iaitu berdekatan dengan Shakhtersk dalam wilayah Ukraine, yakni 40 kilometer dari sempadan Rusia.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keputusan Rasmi PRK DUN Pengkalan Kubor 25 September 2014
Pesawat MH17 hilang daripada radar ketika berada di ketinggian 10,000 meter.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keputusan Rasmi PRK DUN Pengkalan Kubor 25 September 2014
Lokasi terakhir yang dapat dikesan pesawat MH17 ialah ketika berada di ruang udara Ukraine.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keputusan Rasmi PRK DUN Pengkalan Kubor 25 September 2014
Syarikat Mas menyatakan pesawat MH17 telah terputus hubungan selepas ia berlepas dari Amsterdam.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keputusan Rasmi PRK DUN Pengkalan Kubor 25 September 2014
Semua penumpang yang berjumlah 295 orang disahkan terkorban akibat ditembak jatuh oleh pihak pemisah.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keputusan Rasmi PRK DUN Pengkalan Kubor 25 September 2014
Semoga pihak yang menembak jatuh pesawat MH17 dihadap ke mahkamah jenayah antarabangsa untuk diadili dan dihukum seberat-berat.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keputusan Rasmi PRK DUN Pengkalan Kubor 25 September 2014
semoga kes ni cepat selesai dan pelaku mendapat hukuman seberat beratnya.
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
semoga si pelaku mendapat hukuman yg setimpal sebab membunuh manusia yg x berdosa
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
masa dapat tahu berita ni, kitorang tgh cat ruma utk raya. terkejut bila tgk awani
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
memang bukak twitter masa tu dan nampak berita tu cuma tunggu pengesahan sebenar dan bila nampak twitter dari pihak mas baru lah percaya yang kejadian tu betul2 berlaku … sedih sangat dengan apa yang berlaku
Curahan rasa namiacinta @ ..Kenapa Perlu Baca Blog Parenting
Kejadian yang menyayat hati semua penduduk dunia tetapi satu kelebihan kepada mangsa kerana mendapt doa yang tidak putus-putus oleh semua pihak…
Curahan rasa shamiera osment @ ..Wordless Wednesday : 100 Followers Akhirnya…
Kejutan paling besar untuk Malaysia dan juga kepada MAS… MH17 adalah peristiwa pembunuhan beramai-ramai…
Curahan rasa shamiera osment @ ..Wordless Wednesday : 100 Followers Akhirnya…
Sedih bila dengar cerita arwah En. Tambi yang mahu pulang beraya bersama keluarga di Malaysia setelah 4 tahun berada di belanda atas urusan kerja. Hajat yang tak kesampaian. Moga semua penumpang MH17 yang beragama Islam ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Ammmiiiinn.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Layak ke cabaran seterusnya
Sangat terkejut bila dapat tahu pagi keesokannya. Rasa macam tak percaya. Isu MH370 belum dapat diselesaikan lagi, sudah tambah isu MH17 ditembak.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Layak ke cabaran seterusnya
kesian penumpang MH17 jadi mangsa tiba-tiba kena tembak msyarikat MAS juga terpaksa buang pekerja sebab banyak kerugian yang berlaku
Curahan rasa iuzira @ ..kenali AL-QASSAM
Ya betul tu. Kerugian semasa isu MH370 pun tak selesai lagi ditambah lagi dengan MH17 ini. Moga MAS airline akan terus gagah menghadapi semua ini.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Layak ke cabaran seterusnya
memang banyak dugaan buat mas tahun ni. insiden pesawat, saham turun dan banyak lagi
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Comments are closed.