Pesawat MAS MH17 ditembak di Ukraine

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, terkejut apabila dapat notis kat iPhone dari aplikasi astroawani “MAS aircraft crash in Ukraine”. Cepat-cepat cari informasi dari berbagai sumber dan mengikut Asamboi.my mengikut sumber reuters pesawat MAS MH17 ditembah jatuh di Timur Ukraine kitak berada pada ketinggian 10 km.

MH17 ditembah jatuh

Luka hati kehilangan MH370 masih belum terubat lagi tak kan pula berlaku lagi satu lagi kemalangan pesawat MAS. Pesawat 9M-MRD dari model Boeing 777-200 MH17 dalam penerbangan dari Amesterdam ke Kuala Lumpur membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.

tweet MH17 terhempas

Boeing 777 MH17 terhempas berdekatan sempadan Ukraine dan Russia yang dipercayai ditembak jatuh dengan senjata BUK-M2 di zon konflik kedua-dua negara tersebut. Penasihat kepada Kementerian Dalam Negeri Ukraine melaporkan pesawat itu ditembak oleh peluru berpandu darat-ke udara. Tweet rasmi daripada Malaysia Airlines berkenaan kemalangan MH17 di Ukraine.

Berita terkini MH17

(KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK MELIHAT BERPULUH GAMBAR TERBARU TRAGEDI MH17)

serpihan MH17 yang terhempas

Video menunjukan kepulan asap dari lokasi MH17 terhempas. Dari berita terkini kotak hitam MH17 belum ditemui untuk penyiasatan sebab berlaku kemalangan yang menyedihkan ini. Presiden Russia sudah mengirim ucap takziah kepada DS PM Najib Razak.

Sementara itu, laporan agensi berita antarabangsa menyenaraikan warganegara yang berada dalam penerbangan malang tersebut, memetik kenyataan pejabat MAS Eropah:

  1. 23 warga Malaysian
  2. 154 warga Belanda
  3. 27 warga Australia
  4. 11 warga Indonesia
  5. 6 warga British
  6. 4 warga Jerman
  7. 4 warga Belgium
  8. 3 warga Filipina
  9. 1 warga Kanada

MAS MH17 emergency hotline is +31 70 3487770

Semuga ALLAH permudahkan semuanya dan kepada keluarga yang terlibat diharap bersabar. Sama-sama kita tunggu berita rasmi daripada Kementerian Pengangkutan Malaysia. Untuk berita terkini dari CNN sila klik “Berita Terkini MH17”

Berita Terkini MH17 dari Twitter seluruh dunia



Spread the love

567 Comments

  1. Tahun ni Bnyak kemalangan yang melibatkan kapal terbang…mula mula dapat berita mengenai kejadian ini, saya rasa terkejut, betulka ni, sebb MH370 pun belum selesai lagi..yang paling menyayat hati apabila mendapat tahu yang MH17 tu ditembak jatuh..apa motif mereka menembaknya, sama ada tidak sengaja atau disengajakan..hanya Allah sahaja yang tahu…Allah sedang menguji kita rakyat Malaysia, mungkin ada hikmah disebalik kejadian yang menimpa..Al-Ftihah kepada rakyat Malaysia yang beragama islam dan takziah kepada yang bukan beragama islam.
    Curahan rasa Nurul Aina @ ..Mudahnya Menjemput RezekiMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!