Perkataan yang diingati sampai bila-bila

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Ingat tak beberapa ketika dahulu aku ada buat satu entri bertajuk “Perkataan Yang Tak Dapat Dilupakan Sampai Bila-Bila” dan alhamadulillah respondnya pun agak baik. Kali ini aku nak kongsikan antara perkataan positif dan negatif yang dikatakan oleh seseorang kepada teman-teman yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila.

1. Matahari – Sayang

2. Faridzuan – Bangang, Bongok

3. KDN – Jadilah manusia yang seimbang dan sempurna

4. Intankuterpilih – Saya jamin awak tak akan lulus subjek ni masa SPM nanti

5. Wazy – Bukan Senang Nak Senang, Bukan Susah Nak Susah

6. Norasikin – Perkataan dah tak ingat sebab dia lebih banyak cakap pakai kaki (Komen aku : ni lagi sedihkan)

7. Mader – Kalau nak berniaga gunakan apa yg kita ada dalam poket,kalau 10 ringgit…duit tu la kita kena fikir macam mana nak gandakan

8. Hafizmd – Perkataan terindah yg selalu terngiang2 ditelinga ialah saat mak cakap “apih, terima kasih”

9. Tpinky – Tiada tapi Hadir

10. Azmanishak – Kalau nak maju…. JANGAN MALAS

11. Zuriey – I LOVE U

12. H P B Blog – Anak – anak Mak semua mak sayang

13. Aimannajmy – Saya dah jumpa lelaki paling perfect dalam hidup saya..jgn ganggu saya smpai bila2…

14. Cik Dara – You make me sick

Aku juga tertarik dengan perkongsian saudara Anwar Osman, “Pernah terbaca pasal satu kajian yang dibuat keatas makanan. Makan sama dimasukkan kedalam 2 botol. Satu botol dilekatkan perkataan2 positif dan baik, di letak di satu sudut dalam satu bilik. Dan satu lagi dilekatkan dengan perkataan2 negatif dan kurang enak dalm sudut lain bilik yang sama. Setiap kali melihat botol tersebut, tuan rumah kena baca apa yg tertulis kat botol tu. Hasilnya, botol yang tertera perkataan negatif tu lebih cepat buruk dan busuk. Adakah kerana apa yang tuan tumah tu sebut setiap hari kepada botol makanan tu? Mari kita fikir2kan bersama.”

latihan menulis patah perkataan yang panjang

Mungkin ada banyak lagi perkataan yang tidak dapat kita lupa sampai bila-bila yang dipendam dalam hati kita selama ini. Semuga kisah benar ini akan menjadikan kita manusia yang lebih baik dan tidak menjadi salah seorang manusia yang menyebutkan perkataan negatif yang terus tersimpan dalam hati mereka yang kita maki hamun terutama anak-anak yang bakal menjadi generasi kita kelak. Semuga tiada benci di hati anak-anak kepada kita. Jadilah kita manusia yang sentiasa sebut perkataan positif semuga perkataan yang kita sebut diingati sampai bila-bila.


Spread the love
author avatar
denaihati
Denaihati blog personal yang telah memenangi anugerah MSMW Best Blog of the year 2012, MSMW Most Creative Blog 2013 dan MyNic Best Personal Blog 2013.