Penangan SEO Dalam Pemasaran Produk

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, entri ini ditulis oleh Ariff Shah tuan punya blog Ariffshah.com semuga perkongsian ini akan menambah lagi ILMU Blogging kita untuk go next level dalam dunia blog. Ariff Shah adalah penulis jemputan tetap blog Denaihati dan antara entrinya ialah “Rich Snippet – Standard Baru Dalam SEO“ dan “Apa Yang Perlu Dibuat Setelah Berada di Tempat Pertama Google Search?“. Semakin ramai yang minat dengan tajuk SEO ni. Jom kita baca entri SEO yang menarik ini :

Macam yang saya terapkan dalam ebook saya, perkara basic pasal SEO adalah keyword. Topik ni adalah topik pertama dalam ebook saya. Pengguna Blogger/Blogspot tak boleh lakukan banyak perubahan terknikal pada kod blog mereka kerana Google tak membenarkan perubahan ini dilakukan. Apa yang boleh dilakukan untuk SEO adalah memilih keyword terbaik.

Pemilihan keyword ni memang pelbagai, tak semestinya kita gunakan keyword popular seperti nama artis atau perkataan yang lucah. Ambil contoh Abang Ensem yang baru-baru ni mencecah jualan empat angka untuk ebook tips hartanahnya. Apa yang berlaku ialah penangan buku WTF? 23 Properties by 30 yang dikatakan berada dalam senarai Best Seller di kedai buku tempatan sekarang juga melariskan penjualan ebook hartanah di blognya. Macam mana ini berlaku?

1. Pelabur hartanah yang terdengar tentang buku WTF ini melalukan carian buku tersebut di Google. Keyword yang digunakan biasanya ialah ‘wtf property’

2. Selain daripada forum rasmi penulis buku tersebut, keputusan carian meletakkan pautan ke blog AE di muka hadapan Google Search. Kat sini, lebih daripada 80% yang mencari tentang keyword ini akan masuk ke blog AE.

3. Buku WTF sekarang memang susah nak cari sebab sangat laku. Orang yang lakukan search ini pula adalah orang yang ingin membeli buku tersebut. Mereka ada kuasa beli. AE pula ada mengeluarkan ebook tersendiri. Selepas membaca entri dalam blog AE, saya yakin golongan dari search engine ini akan membeli ebook AE.

Walaupun yang masuk ke blog AE melalui keyword ini tak sampai puluhan ribu seperti keyword panas yang lain, tetapi ia telah cukup untuk melariskan jualan ebook AE sehingga mencapai nilai jualan ribuan ringgit. Hal ini adalah kerana:

  1. Pembaca yang masuk adalah mereka yang berminat dengan bidang hartanah
  2. Pembaca yang masuk adalah mereka dari golongan yang berduit

Dalam erti kata lain, pembaca yang masuk menepati target sasaran pembaca yang diletakkan oleh AE. Cuma yang membelinya kita tak tau samada awek (AE bagitau saya salah satu target pembaca blognya adalah awek) ataupun tidak.

Jadi apa yang kita dapat pelajari dari sini ialah:

  1. Kalau anda sedang memasarkan sesuatu produk, tak salah untuk bercerita tentang produk lain yang berkaitan dengan produk anda jual. Lagi bagus sekiranya produk tersebut popular kerana efek SEO tadi boleh melariskan produk anda pada masa yang sama.
  2. Keyword adalah kuasa utama dalam pemasaran di internet menggunakan SEO. Dalam hal ini telah terbukti keyword yang bukan lucah juga boleh memberi keuntungan kepada blogger. Terus terang saya cakap, sesiapa sahaja tak kiralah pengguna WordPress ataupun Blogger/Blogspot boleh mendapat manfaat daripada pemilihan keyword yang betul.
  3. Siapa kata blogger boleh buat duit hanya dari advertorial dan Nuffnang/Innity sahaja? Banyak lagi cara lain dan pemasaran ebook adalah salah satu daripada cabangnya.
  4. Penggunaan keyword yang betul dalam SEO menambahkan bilangan pembaca tetap yang baru untuk niche blog kita. Biarpun ada yang tak membeli ebook AE, namun bilangan pembacanya telah bertambah dan tak mustahil sekiranya orang yang tak membeli sekarang akan membeli ebook tersebut pada masa hadapan.

Kepada blogger lain, semoga berjaya =)

173 Comments

  1. Saya berkunjung ke blog Denaihati dan Ariff Shah untuk mempelajari teknik SEO..

    Setakat ini saya sedang berusaha memperbaik teknik SEO dua buah blog saya yang masing-masing menggunakan platform Blogspot.. Salah satu blog saya menggunakan domain berbayar dan satu lagi menggunakan domain percuma..

    Setakat ini alhamdulillah, Blog saya yang pertama (menggunakan domain percuma) berjaya berada di muka surat pertama hasil pencarian google dengan keyword2 tertentu..

    Tetapi bagi blog saya yang kedua (domain berbayar), walaupun adakalanya berjaya berada di muka surat pertama, tetapi isi kandungan blog tidak dipaparkan di google.. Google hanya memaparkan tajuk blog sahaja..menyebabkan saya kurang mendapat trafik dari google..

    Sebelum ini saya pernah beberapa kali mengubah suai kod TAG/SEO blog saya.. Setiap kali saya terbaca di mana-mana blog tentang tips SEO.. saya akan cuba menggunakan tips yang diberikan termasuk menggubah kod di blog saya..

    Hasilnya, isi kandungan blog saya tidak berjaya dipaparkan di enjin carian google.. dan ini telah mengurangkan keyakinan pencari keyword untuk klik pada tajuk artikel saya..

    Boleh Denai hati bantu saya menyelesaikan masalah ini.. Tq.. 😉
    Curahan rasa Anuar @ ..3.3 juta peluang pekerjaan menjelang 2020My Profile

        1. Nampaknya awak tersalah setting pada Settings > Search preferences > Crawlers and Indexing > Custom Robots Header Tags kepada “nosnippet”. Bila awak set kepada nosnippet, awak mengarahkan search engine supaya tidak memaparkan search result snippet (papar tajuk tanpa description).
          Pada tahap awak sekarang saya rasa yang terbaik ialah disablekan saja Custom Robots Header Tags.
          Curahan rasa GreenLava @ ..How To Create An Effective Action Plan For Your BlogMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!