Pembunuhan sudah biasa tanpa ada perasaan

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, beberapa tahun lepas Malaysia digemparkan dengan kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan teman-teman. Tertuduh bekas peguam N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang, T Thilaiyagan, R Matan dan R Khatavarayan sedang menunggu rayuan setelah makamah menjatuhkan hukuman bersalah yang bakal dihukum gantung sampai mati.

Sekarang sejak ordinan darurat 1969 dimansuhkan kes pembunuhan berlaku setiap hari hanya berkurangan apabila ops cantas khas dilakukan oleh Polis Di Raja Malaysia. Pembunuhan dengan berani sanggup membunuh siapa sahaja yang menghalang hasrat tanpa hati perut mereka demi mencapai matlamat.

Gambar Ardi Hamza pembunuh Noazita Binti Abu Talib

Kes pegawai bank AmBank, Noazita Binti Abu Talib yang ditembak dari jarak dekat oleh Pegawai Keselamatan Bank tersebut dan membawa lari lebih RM450 ribu menyentuh hati bukan sahaja rakyat Malaysia malah DS Najib Razak. Aku dapat beberapa keping gambar pembunuhan arwah Noazita Binti Abu Talib  melalui whatsapp sebaik berlaku kejadian tembakan kejam tapi tak sampai hati nak sebarkan pada kawan-kawan tak juga kepada isteri sendiri. Pembunuh ini memang kejam tanpa ada perasaan hanya kerana DUIT. Suspek yang dikenali dengan nama palsunya sebagai Ardi Hamza, 37, ditangkap di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor setelah melarikan diri lebih 20 hari. Nama sebenar pembunuh kejam ini Laode Ardina Laode Rasila berasal dari Sulawesi. Semuga pembunuh ini mendapat balasan yang setimpal dengan kezaliman menembah mangsa yang tidak bersenjata.

gambar keluarga Noazita Binti Abu Talib

Terkini kes pembunuhan Noazita Binti Abu Talib


 

Paling baru jam 4.04 pm, 10/11/13 dapat whatsapp kes pembunuhan Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Ahmad Raffli Ab Malik, 49, yang maut akibat terkena dua das tembakan di hadapan rumahnya. Pembunuh kejam seramai tiga orang berjubah hitam dengan kopiah telah menembak dada arwah Ahmad Raffli Ab Malik dari jarak dekat. Daripada informasi yang tidak rasmi pembunuh ini mungkin pengikut syiah yang bertindak balas setelah arwah mengempur markas syiah di Keratong. Maklumat terkini daripada polis arwah telah ditembak oleh pengikut “Tuhan Harun” atau juga dipanggil “Tuhan 2013″

[box type=”shadow”]Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menasihatkan 31 pengikut ajaran sesat ‘Tuhan Harun’ menyerah diri bagi membantu siasatan kes pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Rafli Abdul Malek, 49, di rumahnya di Indera Mahkota 2 – sumber [/box]

Terkini Kes Pembunuhan Ahmad Raffli Ab Malik


 

Itu hanya dua contoh kes pembunuhan kejam tanpa perasaan yang sudah menjadi lumrah di kalangan rakyat Malaysia daripada berpuluh-puluh lagi kes pembunuhan yang lain. Ianya bukan sahaja berlaku di kalangan bukan Islam tetapi ramai juga mangsa dan pemangsanya adalah orang Islam.

Gambar grafik pembunuh ustaz jaip

Kehidupan yang berpaksikan dunia dan meninggalkan tuhan adalah punca utama manusia menjadi pembunuh kejam tanpa perasaan ibarat manusia yang dibunuh itu bagaikan patong tidak bernyawa. Budaya membunuh secara kejam kalau tidak dibendung akan menjadikan Malaysia seperti Filipina yang dihentam Taufan Haiyan yang membantai bersih tanpa mengira manusia itu baik atau jahat sehingga membunuh lebih 10,000 mangsa.

ALLAH sudah berjanji apabila manusia sudah lupa dan jauh daripada tuhan maka ALLAH akan membiarkan alam mencari keseimbangan dengan berbagai becana seperti taufan, gempa bumi, banjir besar, tsunami dan sebaginya. Sehingga hari ini semua negara jiran telah dilanda berbagai bencana tetapi Malaysia masih terpelihara soalnya sampai bila???

SUDAHKAH KITA BERSEDIA.

[box type=”shadow”]Hayati Firman ALLAH SWT berikut :

Telah kelihatan kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf.” –  (surah al-Rum ayat 41)

Lagi Firman ALLAH SWT :

Adakah kamu berasa aman bahawa Dia tidak akan membuat darat menelan kamu, atau mengutus kepada kamu angin ribut yang mengandungi batu, kemudian kamu mendapati tiada wakil bagi kamu? Atau, adakah kamu berasa aman bahawa Dia tidak akan mengembalikan kamu ke dalamnya pada kali yang kedua, dan Dia mengutuskan kepada kamu angin taufan, dan menenggelamkan kamu kerana ketidak percayaan kamu, kemudian kamu mendapati tiada pendakwa untuk kamu terhadap Kami?” (surah al-isra ayat 68-69)

dan ALLAH SWT juga ber Firman :

Adakah mereka berasa aman, orang-orang yang membuat tipu daya yang jahat, bahawa Allah tidak akan membuatkan bumi menelan mereka, atau bahawa azab tidak datang kepada mereka dari arah yang mereka tidak menyedari?” (16:45) dan ”Adakah kamu berasa aman bahawa Dia yang di langit tidak akan membuat bumi menelan kamu sedang ia bergoncang?” (surah al-mulk ayat 16)

Mungkinkah kita tidak yakin dengan Firman ALLAH SWT seperti berikut :

Kemudian Kami membukakan pintu-pintu langit dengan air tercurah, dan membuatkan bumi memancarkan mata-mata air, dan air-air bertemu untuk satu urusan yang ditetapkan.” (54:11-12) dan ”Tetapi mereka berpaling; maka Kami mengutuskan kepada mereka Banjir Arim, dan Kami menukarkan kedua-dua kebun mereka dengan dua kebun yang mempunyai hasilan yang pahit, dan cemara, dan di sana sini, sedikit pohon bidara.” (surah saba ayat 16) [/box]

72 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!