Pelajaran percuma baguskah untuk generasi masa depan

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, kalau kita baca biografi pemimpin terkenal atau usahawan berjaya pasti mereka akan berkongsi bagaimana bersusah payah ibubapa mereka membanting tulang mencari rezeki penyekolahkan mereka. Aku sendiri melalui pengalaman yang sama dimana kedua ibubapa bersusah payah berusaha siang dan malam mencari rezeki menyara dan menyekolahkan lima orang anak-anak.

Pengorbanan ibubapa memang tidak dapat dibandingkan sehingga kekadang malu pada diri sendiri. Sebagai ibubapa kepada anak-anak sekarang selalu sahaja lari daripada fokus kehidupan. Kalau dulu ibubapa fokus pada anak-anak sehingga terlupa diri sendiri, terlupa beli baju sendiri, terlupa keperluan sendiri. Sekarang ibubapa fokus kepada kereta, gadget, berapa helai baju, berapa banyak handbeg sehingga ada yang terlupa nak bayar yuran sekolah. Ibubapa tak sanggup berkorban mengeluar duit untuk pendidikan anak-anak yang terbaik berbanding keperluan diri sendiri.

Pengorbanan ibubapa dulu menyebabkan ilmu yang kita dapat berkat berjaya dalam kerjaya dan bisnis. Bagaimana pulak anak-anak kita di masa depan sedangkan sekarang pun kita sering mengeloh kerana prestasi pelajaran anak-anak kita tidak seberapa. Kita sering menyalahkan anak tanpa melihat diri kita yang lebih pentingkan diri sendiri berbanding keperluan anak.

Bagaimana pulak kalau sistem pelajaran kita seratus peratus percuma apalah agaknya pengorbanan ibubapa pada anaknya. Apa pulak anak nak katakan apabila mereka dewasa kelak. Bolehkah anak katakan aku berjaya dalam pelajaran kerana pengorbanan ibubapa. Secara peribadi aku kurang setuju dengan pendidikan percuma kerana boleh menyebabkan ibubapa lepas tangan. Ibubapa mesti membayar kos pendidikan anak mengikut kemampuan dan hanya pelajar yang cemerlang dan keluarga termiskin boleh menerima pelajaran percuma dari Kerajaan.

Untuk mendapat ilmu yang berkat perlu ada pengorbanan barulah melekat dalam hati. Semua tokoh dunia yang terkenal mendapat ilmu dengan berbagai cara yang susah. Kalau kita membina generasi yang mendapt ilmu cara mudah dan percuma makanya kita menyediakan satu generasi yang tidak kuat mindanya yang pasti memberi kesan buruk kepada generasi dan negara untuk masa hadapan.

Sekolah di Kemboja

Kelas di bawah masjid

Madrasah di Kemboja

Kelas di bawah rumah penduduk

Madrasah di Kemboja banyak yang daif tetapi dapat melahirkan anak-anak yang pintar. Di Malaysia ramai pelajar yang tidak belajar bersungguh-sungguh sehingga gagal kerana tidak bersyukur dengan kos pendidikan yang murah. Bagaimana pulak kalau pelajaran percuma adakah mereka boleh berubah tabiat daripada malas belajar menjadi rajin?

Comments

  1. says

    tak setuju dengan pelajaran percuma, yuran bayar banyak pun susah nak study. ini free, confirm buat tak tau je. klu nak bg percuma pun, biarlah yg betul2 berkelayakan…

  2. says

    memang bagus kalu nak bagi free kepada yg miskin dan memang nak belajar. Tapi ada orang yang kaya dia buat-buat “miskin” dasar orang@manusia, kalau bagi free bukan nak hargai baik. Apa beza orang kuat dengan orang lemah ? Orang kuat tak sedar sebab dia kuat, tapi orang lemah tahu hargai kekuatan. Terlalu ramai orang yang tak sedar sedang berpijak di bumi yang nyata.
    Entri terbaru syafie – Selamat Menduduki Peperiksaan | Meme MalaysiaMy Profile

  3. says

    hmmm, kat malaysia apa kurangnya
    tapi tempat saya mengajar langsung x meja gitu, atas lantai menumpang kat ruang legar surau je
    utk mengajar anak al quran dan fardhu ain tiada siapa bicara pun
    ni nasib sekolah agama rakyat di Malaysia, ada yg ok tu ok la, tapi kebanyakkannya teramat doif serupa dgn gambar diatas… yuran dikenakan hanya RM10 tu pun berkira nak bayar, ni la org kita, bila cerita bab agama semua nak free…
    Entri terbaru auc dot com – Review Buku: Bersyukur Saat DiujiMy Profile

  4. says

    setiap pelajaran samada ia percuma atau berbayar tetap bagus untuk semua generasi masa depan,percuma pn x guna juga jika budak sekolah x berusaha sungguh2

Trackbacks