Assalamualaikum dan Salam dari perantauan, kalau dah sampai London rugi sangat kalau tak menyeberang Selat Inggeris ke Paris. Awal pagi kami bergerak dari Best Western Premier Mostyn Hotel ke Station Keretapi London untuk menaiki keretapi laju Eurostar melalui terowong menyeberangi Selat Inggeris ke Paris.
Untuk menaiki Eurostar mesti melalui pemeriksaan yang rapi seperti menaiki pesawat. Harga tiket boleh tahan juga 170 pound. Perjalanan London ke Paris sejauh lebih kurang 500 batu mengambil masa 2 jam 15 minit dengan kelajuan maksima mencecah 334 km/jam. Bosan duduk lama boleh lah ke cafe ngopi, makanan halal memanglah tak de. Tapi jangan pulak jadi macam Bro Eyriqazz naik KLIA Ekspress sorang-sorang mesti bosan.
Setelah melalui perjalan pantas selama lebih dua jam akhirnya aku untuk kali pertama menjejaki kaki di Paris ibukota Perancis. Melihat binaan bagunan di Paris teringat kembara musafir europe ketika singgah di Rome dan Prague yang pernah aku lawati sebelum ini. Kami menginap di Hotel Mon yang hanya lima minit daripada Arc De Triomphe. Hari kedua menginap di Hotel Duret lebih kurang lima minit dari Hotel Mon. Hotel Duret biliknya lebih lapang dan lokasi menarik kerana dekat dengan farmasi, supermarket dan mesin ATM HSBC.
Di Paris santai je lebih banyak cuci mata melihat keindahan Paris dan window shopping di branded outlet yang bermacam-macam terutama yang memang berasal dari Paris seperti Louis Vuitton (brand favourite Sweetkurma) dan Hermes. Penduduk tempatan baik lelaki dan perempuan memang bergaya dan berfesyen. Betul lah kalau orang kata Paris ini Kota Fesyen.
Hari pertama sesat barat mencari makanan halal di Paris. Mengikut aplikasi iPhone Zahibah memang ada lebih 98 Restoran Halal di Paris, 7 pasar halal dan 18 masjid tetapi banyak juga yang dah tutup. Setelah berpusing-pusing akhirnya kami sampai di Restoran Raja Maharaja terletak di 14 Rue desQuatre Frères Peignot yang menghidangkan makanan citarasa India. Ramai Pelancung Malaysia yang makan di restoran ini dan kebetulan aku berjumpa dengan Top Designer Malaysia Rizalman, sempatlah jugalah hulur bisnis kad Denaihati.
Hari ke dua setelah berpenat-penat berjalan dari satu kedai ke satu kedai kami menaiki teksi menuju ke Restoran Asian Food terletak di 30, Avenue George V. Gabungan menu citarasa Jepun, Thai dan China memang menyelerakan terutama bila perut dah lapar. Kawasan restoran ini memang kawasan muslim ada banyak kedai muslim dan paling best ada Masjid Omar ibn el Khattab.
Tiga hari di Paris memang terasa seronoknya. Pemandu teksi memanglah semacam ganas je tetapi uniknya tak pernah nak menolak apabila kita tunjukkan peta arah tujuan. Kalau di Kuala Lumpur sebilangan kecil pemandu teksi memang menjengkelkan suka-suka hati je reject penumpang macamlah dah kaya sangat (Ni kes dah pernah kenalah tu yg angin satu badan .. heee).
Nak mudah pusing-pusing melihat keindahan Kota Paris boleh naik Paris Tour Bus seperti di London. Paris Tour Bus akan berhenti di tempat menarik seperti Eiffle Tower Paris dan lain-lain untuk beri peluang pelancong mengambil gambar. Kalau stamina kuat boleh juga sewa basikal.
Paling best kat Paris ini ada banyak skuter yang bermacam-macam model yang tidak ada di Malaysia. Sempat juga jengah kedai motor Norton biasa dengan nama tapi susah dah nak jumpa di Malaysia.
153 Comments
Salah satu tujuan pariwisata di dunia adalah kota paris ini
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Keutamaan Hikmah Qurban
cantiknya kota Paris…cuma mampu lihat gambar je ler…
Curahan rasa Nana @ ..Bomoh Gila Seks Ditangkap
blom pernah lg ke Paris. insyaAllah one day nk gk sampai ke sana. wife dh pernah pergi waktu study kt UK dulu. saya je sesat xpernah nk gi. huhu
Curahan rasa Ekspresi Ruang @ ..Akuarium Eksotik Di Kepala Katil Rekaan Acrylic Tank Manufacturers
Wah tak sangka sempat mengembara sehingga ke kota Paris. 🙂
Curahan rasa akubiomed @ ..Entri pemanas badan blog AkuBiomed
tentu akan menjadi satu perjalanan yang sukar untuk di lupakan…
Curahan rasa Nana @ ..Bomoh Gila Seks Ditangkap
senangnya kalau bisa berlibur kesana
Curahan rasa andrea suyoko @ ..Post Workout Nutrition: Secrets to a Hard, Lean Body
dapat melihat eindahan negara orang…
Curahan rasa Nana @ ..Samsung Lancar Galaxy Note II
wahh seronok dapat tengok eiffel tower in real…jeless :’/
Curahan rasa pinkbubblegumprincess @ ..adorable ALEYNA YILMAZ..such cutie!!
emmm…cuma mampu tgok gambar n cerita dalam tv jer….
Curahan rasa Nana @ ..Bomoh Gila Seks Ditangkap
sungguh menyeronokkan melancung ke eropah.. banyak tempat kita boleh lawat.. berharap suatu hari nanti dapat menjejaki kaki ke sana.
Comments are closed.