Paris ibukota Perancis Kota Fesyen

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam dari perantauan, kalau dah sampai London rugi sangat kalau tak menyeberang Selat Inggeris ke Paris. Awal pagi kami bergerak dari Best Western Premier Mostyn Hotel ke Station Keretapi London untuk menaiki keretapi laju Eurostar melalui terowong menyeberangi Selat Inggeris ke Paris.

Eurostar London – Paris
Ngopi di Cafe Eurostar

Untuk menaiki Eurostar mesti melalui pemeriksaan yang rapi seperti menaiki pesawat. Harga tiket boleh tahan juga 170 pound. Perjalanan London ke Paris sejauh lebih kurang 500 batu mengambil masa 2 jam 15 minit dengan kelajuan maksima mencecah 334 km/jam. Bosan duduk lama boleh lah ke cafe ngopi, makanan halal memanglah tak de. Tapi jangan pulak jadi macam Bro Eyriqazz naik KLIA Ekspress sorang-sorang mesti bosan.

Pertama kali jejak kaki di Perancis

Setelah melalui perjalan pantas selama lebih dua jam akhirnya aku  untuk kali pertama menjejaki kaki di Paris ibukota Perancis. Melihat binaan bagunan di Paris teringat kembara musafir europe ketika singgah di Rome dan Prague yang pernah aku lawati sebelum ini. Kami menginap di Hotel Mon yang hanya lima minit daripada Arc De Triomphe. Hari kedua menginap di Hotel Duret lebih kurang lima minit dari Hotel Mon. Hotel Duret biliknya lebih lapang dan lokasi menarik kerana dekat dengan farmasi, supermarket dan mesin ATM HSBC.

Paris Kota Fesyen
Arc de Triomphe
Branded Store Paris

Di Paris santai je lebih banyak cuci mata melihat keindahan Paris dan window shopping di branded outlet yang bermacam-macam terutama yang memang berasal dari Paris seperti Louis Vuitton (brand favourite Sweetkurma) dan Hermes. Penduduk tempatan baik lelaki dan perempuan memang bergaya dan berfesyen. Betul lah kalau orang kata Paris ini Kota Fesyen.

Eiffle Tower Paris

Hari pertama sesat barat mencari makanan halal di Paris. Mengikut aplikasi iPhone Zahibah memang ada lebih 98 Restoran Halal di Paris, 7 pasar halal dan 18 masjid tetapi banyak juga yang dah tutup. Setelah berpusing-pusing akhirnya kami sampai di Restoran Raja Maharaja terletak di 14 Rue desQuatre Frères Peignot yang menghidangkan makanan citarasa India. Ramai Pelancung Malaysia yang makan di restoran ini dan kebetulan aku berjumpa dengan Top Designer Malaysia Rizalman, sempatlah jugalah hulur bisnis kad Denaihati.

Restoran Asian Food Paris

Hari ke dua setelah berpenat-penat berjalan dari satu kedai ke satu kedai kami menaiki teksi menuju ke Restoran Asian Food terletak di 30, Avenue George V. Gabungan menu citarasa Jepun, Thai dan China memang menyelerakan terutama bila perut dah lapar. Kawasan restoran ini memang kawasan muslim ada banyak kedai muslim dan paling best ada Masjid Omar ibn el Khattab.

Masjid Omar ibn el Khattab Paris
Suasana dalam Masjid Omar ibn el Khattab Paris

Tiga hari di Paris memang terasa seronoknya. Pemandu teksi memanglah semacam ganas je tetapi uniknya tak pernah nak menolak apabila kita tunjukkan peta arah tujuan. Kalau di Kuala Lumpur sebilangan kecil pemandu teksi memang menjengkelkan suka-suka hati je reject penumpang macamlah dah kaya sangat (Ni kes dah pernah kenalah tu yg angin satu badan .. heee).

Bergambar je lah depan Lamborghini

Nak mudah pusing-pusing melihat keindahan Kota Paris boleh naik Paris Tour Bus seperti di London. Paris Tour Bus akan berhenti di tempat menarik seperti Eiffle Tower Paris dan lain-lain untuk beri peluang pelancong mengambil gambar. Kalau stamina kuat boleh juga sewa basikal.

Basikal Sewa di Paris

Paling best kat Paris ini ada banyak skuter yang bermacam-macam model yang tidak ada di Malaysia. Sempat juga jengah kedai motor Norton biasa dengan nama tapi susah dah nak jumpa di Malaysia.


Spread the love

153 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!