PACKAGE PERCUMA KEMBARA KEMBOJA 4 HARI 3 MALAM

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sebagai hamba ALLAH yang maha kerdil .. apa agaknya perasaan kita apabila menatap gambar seperti ini

Miskin Kemboja

tidak tersentuhkah hati kita apbila melihat kemiskinan manusia. Memang tidak dinafikan di Malaysia pun masih ada kemiskinan tetapi tidak sehebat di negara-negara lain seperti Kemboja. Bila mata sendiri menyaksikan sendiri pasti lebih terasa sehingga melekat ke jiwa rasa syukur kita tinggal di Malaysia. Lihat sahaja foto duka Kembara Media Kemboja mengambar beratnya hati melalui hidup tanpa subsidi dan hanya mengharapkan bantuan daripada yang sudi. Merenung wajah anak-anak yang masih belum mengenal dunia terasa tersentuh hati.

MIskin Kemboja

Apa perasaan anda … tidak kah tersentuh hati?

Sebagai Blogger yang ramai follower di Facebook dan Twitter apa yang mampu kita lakukan untuk membantu insan kerdil ini.

Mudah sahaja kalau mahu …. jadilah Rakan Niaga eQurban seperti Blogger LizaRazak.com, Kujie2.com, Anarm.net dan ramai lagi Rakan Blogger yang lain.

Setelah menjadi Rakan Niaga eQurban ada akan dapat link affiliate seperti berikut http://www.equrban.com/hop.php?ref=denaihati.

Gunakan link affiliate dan Banner berbagai saiz untuk mempromosi ibadah korban Kemboja di Blog, Facebook dan Twitter anda. InsyaAllah setiap tempahan yang dibuat melalui link anda akan mendapat komisen mengikut kadar yang telah ditetapkan.

Komisen eQurban

Alhamdulillah sepanjang bulan Oktober inilah komisen yang telah diperolehi oleh blog Denaihati setelah mempromosi di Blog, Facebook dan Twitter. Syukur dapat komisen tetapi bukan itu yang paling utama. Alhamdulillah lebih 55 bahagian lembu telah berjaya blog Denaihati sumbangkan melalui tempahan kawan-kawan untuk muslim Kemboja sehingga hari ini dan insyaAllah akan bertambah menjelang hari-hari terakhir AidilAdha.

Yang miskin akan mendapat daging mengikut keperluan dan paling penting Koperasi Islam Kemboja mendapat keuntungan daripada jualan lembu dan hasil keuntungan akan digunakan untuk menguruskan Sekolah dan Masjid. Secara tidak langsung bantuan kita yang sedikit ini dapat menggerakkan ekonomi umat Islam Kemboja yang tidak mendapat bantuan sesen pun daripada Kerajaan Kemboja.

Tersentuh hati baca entri di blog Kak Jie cerita suaminya yang pernah bertugas di Algeria, “Harga seekor kambing biri-biri jantan dalam  lingkungan rm 1000 hingga Rm1700  (25000da -35000da)  atau purata gaji sebulan untuk pekerja biasa.  Walaupun pendapatan mereka boleh dikategorikan tidak mewah, tidak kaya tetapi tiap keluarga sangat bersungguh-sungguh untuk berkorban.”

Beza dengan kita di Malaysia yang sentiasa cari alasan untuk melaksanakan ibadah korban walaupun hanya serendah RM230 untuk satu bahagian lembu. Kita lupa janji ALLAH SWY yang terlalu banyak kepada yang melaksanakan korban. Bagi yang faham pasti akan mencari duit walaupun tidak mampu kerana pasti dengan ibadah korban tersebut pasti … yakin … ALLAH SWT akan gandakan rezeki. Yang miskin hanya mendapat daging tetapi yang memberi akan mendapat berbagai ganjaran yang telah dijanjikan oleh ALLAH SWT. Bukan sekadar dimurahkan rezeki tetapi diselesaikan berbagai masalah yang sedang melanda diri kita … tak kiralah masalah keluarga, sakit atau masalah perniagaan seperti kisah di Blog Ini. Tak nak ke?

Joomm semua Rakan Blogger kita jadi Rakan Niaga eQurban dan promosi korban secara online dan offline … ceritakan pada keluarga terdekat, sahabat di ofis, jiran sebelah dan rakan maya pentingnya ibadah korban. Kalau kita tak bantu umat Islam siapa lagi … kalau kita nak ALLAH bantu kita pastilah kita kena melaksanakan apa yang ALLAH SWT suka iaitu berkorban mambantu umat Islam yang lain …. barulah bantuan ALLAH datang kepada kita.

Tapi jangan lupa kita sendiri mesti berkorban dahulu sekurang-kurang satu bahagian lembu baru mudah nak promosi pada kawan-kawan yang lain … jangan risau komisen yang diperolehi pasti boleh bayar balik.

CABARAN DARIPADA BLOG DENAIHATI

KEPADA RAKAN NIAGA eQURBAN YANG BERJAYA MENDAPAT TEMPAHAN SEKURANG-KURANGNYA 35 BAHAGIAN @ 5 EKOR LEMBU AKAN MENDAPAT PACKAGE PERCUMA KEMBARA KEMBOJA 4 HARI 3 MALAM + DUIT KOCEK RM300.


Spread the love

121 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!