Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, masa zaman sekolah di Johor dulu memang suka nak menyambut 1 Ramadhan sebab cuti umum. Sebagai gantinya cuti awal Ramadhan maka cuti tahun baru ditiadakan di Johor. Seronok cuti awal Ramadhan kerana dapat berbuka bersama keluarga pada hari pertama Ramadhan.
Mengikut senarai cuti umum Malaysia dan negeri-negeri di Malaysia tiada cuti Awal Ramadan untuk peringkat Persekutuan tetapi ada beberapa negeri yang bercuti Awal Ramadhan iaitu Johor, Kedah dan Melaka sahaja. Manakala negeri-negeri bercuti untuk Nuzul Al-Quran pada 17 Ramadhan adalah Kelantan, Kuala Lumpur, Labuan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Putrajaya Selangor & Terengganu.
Ramadhan adalah bulan paling istimewa untuk Umat Islam kerana terlalu banyak ganjaran yang telah ALLAH sediakan kepada yang mencari. Persediaan yang rapi perlu dibuat untuk menyambut Ramadhan terutama ilmu dengan mengulangkaji ilmu puasa Ramadhan supaya kita mendapat meningkatkan iman dan taqwa. Perancangan jadual kehidupan sepanjang Ramadhan juga perlu diatur setiap saat supaya kita tidak terlalai begitu sahaja sehingga Ramadhan berlalu begitu sahaja. Mungkin kita boleh bahagikan sehari kepada tiga bahagian iaitu 8 jam untuk mencari rezeki, 8 jam untuk beramal dan 8 jam untuk berehat.
Menjadi impian setiap orang beriman untuk bertemu dengan Malam Lailatul Qadar, malam yang paling istimewa di bulan Ramadhan. Keistimewaan Malam Lailtul Qadar yang lebih baik daripada 1000 malam menjadi impian sehingga ada yang menjadikan azam tahunan dan terus berdoa kepada ALLAH setiap hari untuk dipertemukan dengan Malam Lailatul Qadar. Ramai yang mencari tips untuk pasti berjumpa Malam Lailatil Qadar dan jika pembaca ada sila kongsikan di ruangan komen.
Dikesempatan ini aku menghulur jari sepuluh memohon ampun dan maaf zahir batin kepada semua pembaca di atas segala kesalahan dan kesilapan yang mungkin telah aku lakukan selama ini. Semuga Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ini dan semuga ALLAH menambah barakah dan keredhaan kepada kehidupan kita semua yang bakal menjadi bekalan di hari akhirat kelak.
Selamat bercuti kepada yang bercuti awal Ramadhan dan bercuti Nuzul Al-Quran semuga percutian ini dapat memberi peluang untuk meningkatkan amalan sepanjang bulan Ramadhan.
91 Comments
di indonesia sekolah cuti mulai awal ramadhan sampai selesai raya jadi terasa lebih nikmat ramadhannya
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Cara Sederhana mengatasi bau Mulut
dah boleh rancang untuk berbuka puasa dan bersahur bersama keluarga di kampung.
Curahan rasa ikhwan @ ..Contoh Objektif Kerjaya Untuk Resume
memang sebuah keharusan bercuti supaya bisa melksanakan ibadah lebih khusyuk di rumah
Curahan rasa blogger bumi lasinrang @ ..Fatwa Sikap seorang Muslim dalam menghadapi Bencana Akhir-akhir ini
di negeri inipun bercuti awal Ramadhan jadi anak bisa puasa dengan sepenuh hati
Curahan rasa Al Najwa @ ..Ummu Walad
tahun ni tersalah mengambil posisi kerana dok mengejar untung menjual biskut raya. semoga diberi kesempatan bertemu Ramadhan lagi untuk mengambil posisi yg terbaik…
Curahan rasa shamiera osment @ ..Cons Project Kuala Lumpur
Kreatif pulak posisi Ramadhan dalam gambar tu. Sekali tengok tak perasan lagi. huhuhu. Masa 1 ramadhan hari tu tak cuti pun.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 22 : Destinasi Percutian Impian Nik
untuk sambut bulan yang mulia, memang elok kita beri cuti pada orang ramai supaya dapat merasai ramadhan
Curahan rasa iuzira @ ..kenali AL-QASSAM
ia supaya bisa beribadah dengan sempurna dan sepenuh hati di mesjid atau dirumah
Curahan rasa Al Najwa @ ..Waktu Pemberian Nama Anak Dan Hukum Merayakan Pemberian Nama Anak
Teringat juga masa belajar di Johor dulu… 1 Ramadhan adalah hari cuti, tapi sekarang ni di Selangor, xmerasa dah cuti melainkan ambil cuti…hehe
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Menjaga Dan Memelihara Alam Sekitar Menurut Islam
diharapkan semua negeri Malaysia dapat cuti bila datangnya 1 ramadhan..haraplah diseragamkan..
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Full Specs of ZTE Grand Xmax
kena adilkan bagi semua sekata baru betui..bulan yang banyak untuk kita tingkatkan ilmu agama..tp elok juga bulan lain pun kan..
Curahan rasa adna2029 @ ..Cute little people for your wednesday
Wawa sokong dengan cadangan mazni azmi. Sempena bulan ramadhan yang mulia ini, seeloknya satu malaysia diberi cuti tanda menghormati bulan ramadhan yang penuh nikmat dan keberkatan ini.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..CABARAN 30 HARI [HARI11] : KENANGAN LUCU ZAMAN KANAK-KANAK
Seeloknya satu Malaysia cui. Atau paling tidak mohon cuti tahun untuk awal ramadhan
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Tudung Akad Nikah Labuh Untuk Orang Kampung Rantau Panjang
semoga lepas ni 1malaysia akan dpt cuti sambut ramadhan..barulah syiok
Curahan rasa JMR @ ..14 Ramadhan 1435h – Doa untuk ayah ‘di sana’. Al-fatihah.
hehehe bro jangan buat ramadhan sebagai satu alasan untuk kita bermalas-malasan. waktu ramadhan ni lah kite kene agah sikit 😀
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
Comments are closed.