Nando’s ada sijil halal Jakim

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, restauran Nando’s memang antara restauran yang kami suka. Hidangannya menu sihat dengan kaedah masakan tidak menggunakan banyak minyak yang menjadikan sebab utama.

Sejak isu halal haram sibuk diperkatakan, kami lebih berhati-hati memilih tempat makan. Pasti logo halal Jakim dan Sijil Halal Jakim akan menjadi fokus utama sebelum duduk di sesebuah restauran.

20110626-155139.jpg

Menu Nando's

Sah terdapat Sijil Halal Jakim digantung di dinding restauran Nando’s berserta logo Halal Jakim terlekat di dinding dan tertera di menu makanan. Barulah rasa lega untuk menjamu selera di Nando’s.

Aku bukanlah mystery shopper tapi khidmat yang diberi memuaskan almaklumlah yang melayan kami awek cun lagi peramah murah dengan senyuman. Makanan yang dihidangkan pun sedap seperti yang diharapkan. Ada rezeki kami akan bertandang menjamu selera lagi di Nando’s.

Semak status HALAL secara Online dan SMS.

[ad#Adsense234x60]

---

  1. Info yang berguna utk semua…
    Entri terbaru KDN – Hadiah Perodua Myvi Extreme contest besar DenaihatiMy Profile

  2. Syabas!! Dengan ini saya boleh menjamu selera di cawangan Nando’s yang berdekatan.tanpa rasa ragu-ragu lagi

  3. TQ for info

  4. Tq Denaihati!

  5. bgus2….lpas nie prasaan rgu2 xdeq daa..
    Entri terbaru amie7834 – Tips menaikkan Berat Badan Secara SihatMy Profile

  6. bagusla bila dh ada sijil halal JAKIM ni..tanpa was-was lagi..
    Entri terbaru mat teropong – (Panas) TS Jins Shamsuddin Meninggal Dunia Tidak BenarMy Profile

  7. susah juga nak percaya makan tu
    halal ke haram.tinggal di kuala
    lumpur kena la berhati-hati.
    Entri terbaru Ali ridha – Aku seorang bloggerMy Profile