#MSMW2013 bersama DS @Najibrazak

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah dapat memenuhi jemputan peribadi melalui twitter dari Founder dan Bos Majlis Sosial Media Malaysia, Bro Shahul ke majlis World Bloggers and Social Media Summit 2013 yang diadakan di Berjaya Time Square, Kuala Lumpur.

@shahuldawood : Slm bro,how are you.Would like 2 extend my personal invitation to u to attend #msmw2013 on the 27 -28th feb at berjaya times sq. C u bro.

MSMW2013

Hebat majlis lebih hebat daripada MSMW2012 tak terlawan SBB2013 tetapi banyak yang boleh dipelajari untuk penganjuran Sepetang Bersama Blogger yang akan datang. Kali lebih ramai panel dari 10 buah negara yang berkongsi ilmu dalam berbangai bidang dan tajuk paling menarik tajuk PENJENAMAAN dan bagaimana untuk memastikan pembaca terus melekat. Seminar untuk MSMW2013 berlansung selama dua hari dan diikuti bengkel pada hari ke tiga. Dari pengalaman MSMW2012 bengkel lagi bagus sebab peserta boleh berkomunikasi sesama peserta dan panel.

MSMW2013

Dewan memang penuh walaupun tak ramai Blogger dikalangan Rakan Denaihati mungkin sibuk dengan urusan lain tapi macam rugi sahaja kerana selain daripada ilmu boleh juga kita mengembangkan network dikalangan aktivis sosial media dari kelompok lain. Seperti kata salah seorang panel iklan yang paling tinggi kreadibilitinya adalah perkongsian cerita oleh kawan-kawan dan orang asing yang baru kita kenali.

MSMW2013

Biasalah bila nak pergi majlis mesti pening fikir nak pakai baju apa tapi tidak untuk Denaihati yang sudah ada baju korporat. Nampaknya strategi penjenamaan pakai baju korporat memang berjaya kerana ramai yang kenal jenama Denaihati jadi tak perlu lagi nak kenalkan diri. Ramai juga yang datang salam dan bertukar bisnis kad terasa pulak macam bakal wakil rakyat.

MSMW2013

MSMW2013

Bila salam dengan DS Najib Razak teringat entri INI video komen Denaihati balasan PM. Maaflah gambar bersama DS Najib Razak tak berapa jelas sebab wartawan yang mengambil gambar tak guna iPhone 5. Tapi untunglah wartawan INI kena interview dengan Bernama TV setelah Blogger INI kecut hati nak diinterview takut ranking meningkat cemburu pulak isteri tersayang. Famili Blogger INI lagi untung gambar terpampang di instagram DS Najib Razak yang baru dilancarkan. PM macam tahu je Denaihati pun baru promosi akaun instagram di SINI joom join kepada yang ada akaun instagram.

MSM2013

MSMW2013

Kepada semua Rakan Blogger rancang jadual cuti dan masukan MSMW2014 dalam diari 2014 kerana ini adalah majlis yang wajib dihadiri kalau kita ada hasrat untuk menjadi Blogger Profesional. Kalau boleh dua hari ini kita ketepikan semua program lain kerana ILMU boleh mengantikan segala aktiviti yang lain dan dengan ILMU juga kita boleh mendapat rezeki yang berlipat ganda.

82 Comments

  1. Tentunya menjadi kebanggaan tersendiri menjadi pemenang di ajang seperti ini, tahniah buat rakan blogger yang menjadi pemenang

  2. Banyak ilmu yang dapat siapa yang datang hari tu,insyallah nak hadirkan diri tahun depan,kalau buat hujung bulan lagi,memang tak dapat nak pergi -tuntutan kerja.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!