Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, bagaikan mimpi apabila dapat melihat kubah kuning emas sebaik keluar dari terowong memasuki kota lama Baitulmuqadis. Satu bas melaungkan takbir tiga kali tanda syukur sehingga terlupa pengalaman tersangkut hampir enam jam di Allenby border.
Memang susah nak masuk sempadan Israel untuk ke Palestine mungkin antara pemeriksaan yang paling ketat di dunia. Syukur ketua rombongan sudah ada pengalaman jadi kami tahu apa nak buat. Barang berharga semua masuk ke dalam beg besar dan paling bagus bawa badan sahaja ketika melalui tiga kali pemeriksaan imigresin. Salah seorang sahabat kami tersangkut melebihi empat tanpa diketahui sebab dan ini biasa berlaku.
Dalam perjalanan ke Baitulmuqqadis kami singgah di Jericho daerah yang diserahkan kembali kepada PLO selepas perjanjian Oslo. Kami singgah makan tengahari dan kemudian singgah di Masjid Nabi Musa yang terdapat makam Nabi Musa. Mengikut keyakinan yahudi Nabi Musa disemadikan di Jordan.
Rombongan kami menjejaki kaki buat pertama di kota purba ribuan tahun Baitulmuqadis atau juga dikenali sebagai Jerusalem ketika masuk waktu maghrib. Kami beramai-ramai berjalan dicelah lorong-lorong kota lama yang lebih tua usianya berbanding kota Cesky Krumlov yang pernah aku jejaki. Semua pintu masuk Masjid Al Aqsa dijaga oleh polis Israel. Apabila melihat Golden Dome of the Rock terasa sangat bersyukur kerana terpilih oleh Allah untuk menjejaki kaki di tanah suci.
Dome of the Rock dengan kubah keemasan ada tapak suci untuk tiga agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi. Di puncak bukit ini Rasulullah SAW telah mikraj bertemu Allah SWT. Tapak kaki baginda masih ada sehingga sekarang dan dapatlah kami menyentuh dengan tangan. Semuga dengan menyentuh kesan tapak kaki Rasulullah kami mendapat syafaat baginda dari Allah SWT.
Ketika Rasulullah SAW hendak mikraj batu tempat berdiri hendak mengikut tetapi ditahan oleh Saidina Jibrail sehingga membentu gelembung seperti gua. Tidak seperti ramai yang fikir batu tersebut terapung. Tetapi sayang sebahagian besar batu tersebut telah dicuri oleh kerajaan Rom ketika mereka manakluki Juruselam. Di sini jugalah Rasulullah mengimamkan solat bersama lebih 124 ribu Rasul dan Nabi sebelum mikraj.
Paling bersyukur apabila kami dapat solat berjumaat di Masjid Al Aqsa memang terasa sayu dan sedih mencuit hati. Kelebihan solat di Masjid Al Aqsa ialah 500 kali ganda ganjaran yang ketiga terbanyak selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Sebelum solat Jumaat sempat kami menziarahi Masjid Nabi Sulaiman, Perpustakaan Salahudin Al Ayubi, Masjid Buraq dan Wailing wall.
Terlalu banyak yang nak ditulis inshaa Allah dalam entri yang seterusnya. Syukur kepada Allah SWT.
Gambar menarik semasa menjejaki Baitulmuqadis kali pertama.
[customgallery]
68 Comments
lorong-lorongnya sangat cantik. masih dijaga dengan baik dan bersih sekali
Curahan rasa misz aa @ ..background blog change
cantiknya kota-kota lama seperti Baitulmaqdis ni. Agaknya bilalah dapat sampai sana lengkap satu family yer. Doakan kami selamat sampai sana suatu hari nanti , boleh ? InsyaAllah 🙂
Curahan rasa Anies Msletoes @ ..Its Not Early To Say Goodbye
Allahu, bertuahnya tuan denaihati.com dapat solat berjumaat di masjid al aqsa. semoga tuan denaihati.com dimurahkan rezeki dan dapat melawat masjid al aqsa lagi pada tahun akan datang.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
untung dapat menjadi tetamu Allah disana. Bukan senang nak solat jumaat di tempat orang lagi-lagi di tempat yang penuh keberkatan ini.
Curahan rasa Anies Msletoes @ ..Its Not Early To Say Goodbye
Memang bertuah jika dapat menjejakkan kaki di kompleks masjid Al-Aqsa ini apatah lagi dapat bersolat. Satu pengalaman yg termanis dan terindah!
Bestnya kalau dapat jejak kaki ke sana. Tahniah Tuan Denaihati kerana berpeluang untuk menjejaki Baitulmuqadis. 😉
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Giveaway 2014 Mialiana.com
kan. teringin pula wawa nak pergi ke sana. tahniah juga buat tuan denaihati.com kerana berpeluang menjejakkan kaki ke sana buat pertama kali.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
Tahniah kepada tuan kerana berjaya menjejaki buat kali pertama ke baitulmaqdis. Rezeki dapat ke sana. Bukan senang nak ke sana ditambah pula dengan kemelut palestin dan Israel yang sedang berlaku.
Curahan rasa adarain @ ..Review Movie The Maze Runner
betul tu. bukan senang nak sampai sana dengan keadaan dunia skarang ni. beruntungnya tuan DH sekeluarga. Gambar-gambar disana sangat menarik dan indah sekali
Curahan rasa Anies Msletoes @ ..Its Not Early To Say Goodbye
Kalau wan dapat pegi sana, memang ia adalah satu pengalaman yang terbaik dan tak dapat dilupakan. Bertuah kerana dapat jejakkan kaki ke sana. Allah telah permudahkan segalanya.
Curahan rasa Mohd Ridzwan @ ..Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu Jua
saya pernah bermimpi sampai di masjid Al-Aqsa..dalam mimpi masjid ini amat uzur dan tidak terjaga dengan sempurna
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Pengakuan Terbuka Blogger Hero Borneo
oh ini baitulmaqdis yah ? nice nice nice bangt
Curahan rasa Obat Liver Tradisional @ ..Pengobatan Liver Tradisional
Ya inilah Baitulmaqdis yang terletaknya Masjid Al-Aqsa yang sekarang ini dipertahankan oleh para saudara Islam di Palestine sana.
Curahan rasa Anies Msletoes @ ..Its Not Early To Say Goodbye
Selamat malam, Salam Kenal Buat Yg EM-punya web, Terimakasih untuk informasinya….
terimaksi atas informasinya semoga bermanfaat untuk semuanua
Curahan rasa Obat Jantung Tradisional @ ..Obat Jantung Koroner
Comments are closed.