Assalamualikum dan salam 1Dunia, Tun Dr Mahathir Mohamad siapa yang tidak kenal di Malaysia hinggalah keseantaro dunia. Malay Dilemma antara buku yang paling kontroversi ditulis oleh Dr Mahathir atau nama timangannya Che Det. Selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri Malaysia dan berjaya mentransformasi Malaysia dari negara pertanian kepada negara membangun.
Dr Mahathir baru sahaja melancarkan buku terbaru bertajuk A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad. Buku Memoir Dr Mahathir setebal 800 muka surat mengisahkan kisah hidup beliau selama 85 tahun dan pengalaman memerintah Malaysia selama 22 tahun. Kita orang muda bagus sangat baca buku ini mengambil pengajaran untuk panduan meneruskan perjuangan dalam hidup yang semakin mencabar.
[ad#Adsense234x60]
Dr Mahathir susuk tubuh yang memang sangat aku hormati. Pengalaman peribadi menguruskan makanan beliau selama seminggu di Hospital UKM suatu masa dahulu memang tidak dapat dilupakan. Sepanjang seminggu itu Che Det hanya sekali sahaja makan nasi itu pun Nasi Ayam. Masih teringat lagi bagaimana beliau mengajar aku untuk memasak Mee Goreng Mamak yang betul. Ada beberapa kali hanya aku seorang melayan Tun yang ditempatkan di wad VVIP. Beliau menasihatkan aku untuk berusaha bersungguh menjadi manusia yang berguna dan berjaya
Pertemuan seminggu itu tidak berakhir begitu sahaja beberapa tahun kemudian syarikat katering aku telah diberi peluang untuk menyediakan makanan untuk jamuan Hari Raya Aidilfitri di Seri Perdana (rumah kediaman Perdana Menteri Malaysia) sebanyak 4 tahun berturut-turut dan jamuan-jamuan kecil di Seri Perdana serta Pejabat Perdana Menteri. Sumbangan terakhir aku untuk Tun Dr Mahathir adalah menyediakan Jamuaan Perpisahan di Pejabat Perdana Menteri di hari terakhir beliau menjadi PM.
Tun Dr Mahathir jasa mu tetap ku kenang.
[ad#nuffnang336]
Beruntung sekali DH…Beliau juga sangat terkenal di Indonesia, dan banyak yang mengidolakannya..
Entri terbaru Dadan – Indonesia Miskin Sarjana Teknik
menarik-menarik….
Entri terbaru amie7834 – Tips menaikkan Berat Badan Secara Sihat
800 muka surat? tebalnya.. Beruntung bro DH boleh dapat peluang berjumpa dengan Tun.. Saya nak tengok dia dari dekat pun tak pernah lagi.
Entri terbaru Steward John – iPhone 4S ganti iPhone4
Wah…macam menarik buku ni…teriam kasih Tun Dr. Mahathir..sumbangan dan jasamu akan dikenang oleh semua rakyat Malaysia…
Entri terbaru KDN – What is acne?
Bukunya bisa tidak dijadikan hadiah contest ke depannya.?
Entri terbaru wawank – Malam Galau
[...] Blog PolitikKepada blogger yang nak menang hadiah buku terbaru Tun Dr. Mahathir bertajuk “A Doctor in The House” bernilai RM100 mudah sahaja buat entri “Keputusan Pilihan Raya DUN Sarawak 2011″ dan [...]
[...] denaihati menawarkan hadiah “A Doctor in The House nukilan Dr Mahathir ber harga RM100 kepada blogger yang nak join contest bertajuk Keputusan [...]
[...] Blog PolitikKepada blogger yang nak menang hadiah buku terbaru Tun Dr. Mahathir bertajuk “A Doctor in The House” bernilai RM100 mudah sahaja buat entri “Keputusan Pilihan Raya DUN Sarawak 2011″ [...]
I Pad 2 saya suka itu
good job
semangat semangat
Dr.Mahathir memang orang yang saya kagumi,,Sebagai seorang pemimpin dan juga sebagai seorang Melayu yang berwibawa…Usaha dia semuanya untuk membangunkan negara dan juga paling penting untuk membangunkan orang Melayu..
Beliau adalah peneraju Malaysia ke arah arus kemodenan dan memberi kemakmuran di setiap lapisan masyarakat Malaysia.
Entri terbaru KDN – What is acne?
[...] mesti bersedia untuk menerima apa juga risiko berpolitik.Selain ada pengalaman peribadi dengan Tun Dr Mahathir aku juga mempunyai pengalaman peribadi dengan Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim tetapi belum [...]
[...] sebagai rakyat Malaysia yang berwibawa. Samaada “kau buat kerja kau” atau “ berganding bahu menjayakan Wawasan 2020“. Diakhiri, jom la cuba Google translate ini menterjemahkan bahasa blog korang. Make fun with [...]
Satu-satunya kekecewaan Dr M ialah gagalnya mengubah minda orang melayu, tapi sekarang ni minda melayu dah benar-benar berubah…. “terperap depan laptop melayan facebook…” utk seronok-seronok.
Entri terbaru penadigital – Rugikah jika menyimpan emas
Orang Melayu memang berubah kalau benda2 yg tak membawa faedah sebab tu semu tak perlu nak susah2 walaupun akhirnya menjadikan mereka susah
nanti denaihati buat la contest dapat buku ni. hehehehehe~~~ macam best. nak beli tak mampu ler
Ya betul tu DH…mgkn ramai yang nak beli buku ni tpi tak mampu…
Amboi Eyra.. dekat perpustakaan rasanya ada juga buku ni kan
Entri terbaru Steward John – iPhone 4S ganti iPhone4
Tun Dr Mahathir bin Mohamad
Idola saya dari dulu lagi
masih belum berkesempatan jumpa depan mata
kalau jumpa memang seronok sangat sebab dia pemimpin yang paling berwibawa
Entri terbaru wazy – Pewangi Kereta Unik CarSemerbak