Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog

Malaysia #Merdeka54 : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera

---

  1. Malaysia Maju…..
    Entri terbaru amie7834 – Tips menaikkan Berat Badan Secara SihatMy Profile

  2. TRANFORMASI KEMERDEKAAN

    Ketika mengibarkan bendera keramat itu
    masih berbungakah cinta raya subur di kalbumu
    masih mampukah kau gemakan alun semangat jitu
    degup denyut kehidupan warga yang siaga cita-citanya
    masihkah kejap tegap rela merdeka mengisi usia?

    Pandanglah saujananya alam negeri
    tentu tak akan rela membiarkan gelombang modenisasi
    menghancur lunturkan akal
    galak mengalir sumbernya sebagai natijah globalisasi
    bagai halilintar yang pintar menggegar jantung bangsa
    terlena lalai menerima apa sahaja tanpa berani menyanggah

    Negeri ini telah semakin besar dan terkenal
    perpaduan bagai alur sungai-sungai yang berpautan
    di peta kemerdekaan
    jangan biarkan subur bumi dibakar simfoni suara yang luka
    sedangkan di pentas sana kita semakin biasa membaca fikiran
    pencetus jujur pemimpin berwawasan dan segak
    jangan pernah kita campak
    jika hanya inginkan kepuasan yang tidak nampak

    Ini detiknya mawar cinta
    menghidangkan wangian kepada nusa
    kemerdekaan bukan indahnya mesra
    hanya ketika melaungkan gema
    ia harus mengangkat seluruh jiwa
    bersama memaknakan transformasi negara
    menghadapi dengan siaga berani dengan sepenuh raga
    alirkan darah wira menyongsong kukuh
    setiap usaha hingga berjaya

    Sejarah semakin banyak mengajar erti sebuah perjuangan
    berkat keyakinan tidak ada kemenangan tanpa keberanian
    kita diasuh memahami toleransi hari demi hari mewarnai negeri
    dengan kebiasaan dan kepercayaan bangsa
    padu menautkan akar budaya
    menjalar di celah-celah dahan dan belukar kemakmurannya
    diutuhkan sepadu umpama aur dan tebing
    dieratkan sejati umpama kuku dan isi
    diungkai serangkai umpama mata dan hati
    bertaklid yakin umpama lidah dan kata
    disimpul pengajaran umpama sejarah dan fakta

    Sebagai pewaris zaman para pejuang
    kemerdekaan adalah hasrat yang harus dipertahankan
    generasi harus dibina dengan akal yang benar
    kita tidak pantas meneruskan nafas perjuangan
    andai kita menjadi api yang marak diam merentungkan sekam
    kita tidak pantas mengembangkan kuntum kemerdekaan
    jika gunting dendam terus meracik licik dalam lipatan
    kita tidak pantas merenjiskan madu kedamaian
    kalau duri iri masih merodok setiap serat daging kita

    Di sinilah halaman mesra kita
    halaman pusaka – pusaka pejuang terbilang
    halaman merdeka – merdeka tanpa decitan darah
    halaman membangun – membangun dengan keringat kendiri
    mengorak maju bersama pembawa pemimpin
    menyantap damai berkat perpaduan warga
    moga kekal selamanya.

    Kita mendongak dan bangun bersama
    letakkan diri dan keupayaan mencanai transformasi
    ubah minda perkasa impian hebatkan perjuangan
    berpaksi prinsip rukun negara mematuhi perlembagaan
    kita ingin hidup seribu tahun lagi dengan wajah
    sebuah bangsa berdaulat.

    Karya:
    HASYUDA ABADI
    Ikatan Penulis Sabah (IPS)
    Kota Kinabalu,
    Sabah

    1 September 2011

  3. Muhammad Ramadani Suhaimi says:

    saya harap Malaysia akan lebih prestij dan dinamik di masa kan datang .. semoga Malaysia maju !!! 1 Malaysia utk semua ..

  4. SALAM KEMERDEKAAN KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA

  5. HARAP MALAYSIA TERUS MAKMUR DAN MAJU

  6. selamat kemerdekaan ke 54 tahun MALAYSIA

  7. Selamat Menyambut kemerdekaan yg ke 54.
    Tahun depan kita semua harus mengubah sikap…..sentiasa peka pada keadaan yg mana kita menyambut kemerdekaan yg ke 55….Cintailah negara kita yg kita cintai…..Berjumpa kembali di tahun kemerdekaan yg ke 55..(2012). Bertambah 1 thn lagi usia kita thu depan. Dapatlah mematangkan pemikiran segelintir manusia yg buta sejarah. Jgn ada lagi Hero atau Wira sebenar yg muncul dlm bulan kemerdekaan seterusnya.
    Entri terbaru sensasi2020 – Diet Legakan Usus RengsaMy Profile

  8. Merdeka..Merdeka…Merdeka…!!!
    Tapi kenapa ramai yang tak mengibarkan bendera yg kita banggakan (Jalur Gemilang),tak kiralah di rumah ,kedai, bangunan dan kereta.Walhal banyak kita kecapi kemewahan, keamanaan, kemakmuran, kestabilan ekonomi, politik, dan biasiswa serta subsidi drpd kerajaan.Kalau bukan kita rakyat Malaysia siapalah lagi yang mahu mengibarkan bendera kita, jika bukan kita sendiri.

  9. MERDEKA!!! Adakah anda betul2 merdeka di jiwa Dan Minda anda?

  10. salam merdeka raya kepada semua.rasanya tahun depan pun kita berpeluang jumpa suasana seperti ni lagi.Insya Allah kalau tak silap la :p
    Entri terbaru pacifista – Bonus PacifistaMy Profile

  11. Selamat hari merdeka buat semua rakyat Malaysia.. Negara dah lama merdeka, adakah diri kita sendiri dah merdeka?

  12. Selamat Hari Merdeka Bro!!
    Entri terbaru akustressgiler – Cool : Apabila Dunia Terbalik…(5 Photos)My Profile

  13. Selamat Hari Merdeka!
    Entri terbaru KDN – What is acne?My Profile

  14. Salam Merdeka ke 54
    Entri terbaru BloggerHowtt – Bila Lelaki-Lelaki Max 24.7 Tak BerbajuMy Profile

  15. haziqfathihin says:

    selamat merdeka…

Artikel pilihan...close