Ketika mengibarkan bendera keramat itu
masih berbungakah cinta raya subur di kalbumu
masih mampukah kau gemakan alun semangat jitu
degup denyut kehidupan warga yang siaga cita-citanya
masihkah kejap tegap rela merdeka mengisi usia?
Pandanglah saujananya alam negeri
tentu tak akan rela membiarkan gelombang modenisasi
menghancur lunturkan akal
galak mengalir sumbernya sebagai natijah globalisasi
bagai halilintar yang pintar menggegar jantung bangsa
terlena lalai menerima apa sahaja tanpa berani menyanggah
Negeri ini telah semakin besar dan terkenal
perpaduan bagai alur sungai-sungai yang berpautan
di peta kemerdekaan
jangan biarkan subur bumi dibakar simfoni suara yang luka
sedangkan di pentas sana kita semakin biasa membaca fikiran
pencetus jujur pemimpin berwawasan dan segak
jangan pernah kita campak
jika hanya inginkan kepuasan yang tidak nampak
Ini detiknya mawar cinta
menghidangkan wangian kepada nusa
kemerdekaan bukan indahnya mesra
hanya ketika melaungkan gema
ia harus mengangkat seluruh jiwa
bersama memaknakan transformasi negara
menghadapi dengan siaga berani dengan sepenuh raga
alirkan darah wira menyongsong kukuh
setiap usaha hingga berjaya
Sejarah semakin banyak mengajar erti sebuah perjuangan
berkat keyakinan tidak ada kemenangan tanpa keberanian
kita diasuh memahami toleransi hari demi hari mewarnai negeri
dengan kebiasaan dan kepercayaan bangsa
padu menautkan akar budaya
menjalar di celah-celah dahan dan belukar kemakmurannya
diutuhkan sepadu umpama aur dan tebing
dieratkan sejati umpama kuku dan isi
diungkai serangkai umpama mata dan hati
bertaklid yakin umpama lidah dan kata
disimpul pengajaran umpama sejarah dan fakta
Sebagai pewaris zaman para pejuang
kemerdekaan adalah hasrat yang harus dipertahankan
generasi harus dibina dengan akal yang benar
kita tidak pantas meneruskan nafas perjuangan
andai kita menjadi api yang marak diam merentungkan sekam
kita tidak pantas mengembangkan kuntum kemerdekaan
jika gunting dendam terus meracik licik dalam lipatan
kita tidak pantas merenjiskan madu kedamaian
kalau duri iri masih merodok setiap serat daging kita
Di sinilah halaman mesra kita
halaman pusaka – pusaka pejuang terbilang
halaman merdeka – merdeka tanpa decitan darah
halaman membangun – membangun dengan keringat kendiri
mengorak maju bersama pembawa pemimpin
menyantap damai berkat perpaduan warga
moga kekal selamanya.
Kita mendongak dan bangun bersama
letakkan diri dan keupayaan mencanai transformasi
ubah minda perkasa impian hebatkan perjuangan
berpaksi prinsip rukun negara mematuhi perlembagaan
kita ingin hidup seribu tahun lagi dengan wajah
sebuah bangsa berdaulat.
Karya:
HASYUDA ABADI
Ikatan Penulis Sabah (IPS)
Kota Kinabalu,
Sabah
1 September 2011
saya harap Malaysia akan lebih prestij dan dinamik di masa kan datang .. semoga Malaysia maju !!! 1 Malaysia utk semua ..
SALAM KEMERDEKAAN KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA
HARAP MALAYSIA TERUS MAKMUR DAN MAJU
selamat kemerdekaan ke 54 tahun MALAYSIA
Selamat Menyambut kemerdekaan yg ke 54.
Tahun depan kita semua harus mengubah sikap…..sentiasa peka pada keadaan yg mana kita menyambut kemerdekaan yg ke 55….Cintailah negara kita yg kita cintai…..Berjumpa kembali di tahun kemerdekaan yg ke 55..(2012). Bertambah 1 thn lagi usia kita thu depan. Dapatlah mematangkan pemikiran segelintir manusia yg buta sejarah. Jgn ada lagi Hero atau Wira sebenar yg muncul dlm bulan kemerdekaan seterusnya. Curahan rasa sensasi2020 @ ..Diet Legakan Usus Rengsa
Merdeka..Merdeka…Merdeka…!!!
Tapi kenapa ramai yang tak mengibarkan bendera yg kita banggakan (Jalur Gemilang),tak kiralah di rumah ,kedai, bangunan dan kereta.Walhal banyak kita kecapi kemewahan, keamanaan, kemakmuran, kestabilan ekonomi, politik, dan biasiswa serta subsidi drpd kerajaan.Kalau bukan kita rakyat Malaysia siapalah lagi yang mahu mengibarkan bendera kita, jika bukan kita sendiri.
MERDEKA!!! Adakah anda betul2 merdeka di jiwa Dan Minda anda?
salam merdeka raya kepada semua.rasanya tahun depan pun kita berpeluang jumpa suasana seperti ni lagi.Insya Allah kalau tak silap la :p Curahan rasa pacifista @ ..Bonus Pacifista
Selamat hari merdeka buat semua rakyat Malaysia.. Negara dah lama merdeka, adakah diri kita sendiri dah merdeka?
55 Comments
Malaysia Maju…..
Curahan rasa amie7834 @ ..Tips menaikkan Berat Badan Secara Sihat
TRANFORMASI KEMERDEKAAN
Ketika mengibarkan bendera keramat itu
masih berbungakah cinta raya subur di kalbumu
masih mampukah kau gemakan alun semangat jitu
degup denyut kehidupan warga yang siaga cita-citanya
masihkah kejap tegap rela merdeka mengisi usia?
Pandanglah saujananya alam negeri
tentu tak akan rela membiarkan gelombang modenisasi
menghancur lunturkan akal
galak mengalir sumbernya sebagai natijah globalisasi
bagai halilintar yang pintar menggegar jantung bangsa
terlena lalai menerima apa sahaja tanpa berani menyanggah
Negeri ini telah semakin besar dan terkenal
perpaduan bagai alur sungai-sungai yang berpautan
di peta kemerdekaan
jangan biarkan subur bumi dibakar simfoni suara yang luka
sedangkan di pentas sana kita semakin biasa membaca fikiran
pencetus jujur pemimpin berwawasan dan segak
jangan pernah kita campak
jika hanya inginkan kepuasan yang tidak nampak
Ini detiknya mawar cinta
menghidangkan wangian kepada nusa
kemerdekaan bukan indahnya mesra
hanya ketika melaungkan gema
ia harus mengangkat seluruh jiwa
bersama memaknakan transformasi negara
menghadapi dengan siaga berani dengan sepenuh raga
alirkan darah wira menyongsong kukuh
setiap usaha hingga berjaya
Sejarah semakin banyak mengajar erti sebuah perjuangan
berkat keyakinan tidak ada kemenangan tanpa keberanian
kita diasuh memahami toleransi hari demi hari mewarnai negeri
dengan kebiasaan dan kepercayaan bangsa
padu menautkan akar budaya
menjalar di celah-celah dahan dan belukar kemakmurannya
diutuhkan sepadu umpama aur dan tebing
dieratkan sejati umpama kuku dan isi
diungkai serangkai umpama mata dan hati
bertaklid yakin umpama lidah dan kata
disimpul pengajaran umpama sejarah dan fakta
Sebagai pewaris zaman para pejuang
kemerdekaan adalah hasrat yang harus dipertahankan
generasi harus dibina dengan akal yang benar
kita tidak pantas meneruskan nafas perjuangan
andai kita menjadi api yang marak diam merentungkan sekam
kita tidak pantas mengembangkan kuntum kemerdekaan
jika gunting dendam terus meracik licik dalam lipatan
kita tidak pantas merenjiskan madu kedamaian
kalau duri iri masih merodok setiap serat daging kita
Di sinilah halaman mesra kita
halaman pusaka – pusaka pejuang terbilang
halaman merdeka – merdeka tanpa decitan darah
halaman membangun – membangun dengan keringat kendiri
mengorak maju bersama pembawa pemimpin
menyantap damai berkat perpaduan warga
moga kekal selamanya.
Kita mendongak dan bangun bersama
letakkan diri dan keupayaan mencanai transformasi
ubah minda perkasa impian hebatkan perjuangan
berpaksi prinsip rukun negara mematuhi perlembagaan
kita ingin hidup seribu tahun lagi dengan wajah
sebuah bangsa berdaulat.
Karya:
HASYUDA ABADI
Ikatan Penulis Sabah (IPS)
Kota Kinabalu,
Sabah
1 September 2011
saya harap Malaysia akan lebih prestij dan dinamik di masa kan datang .. semoga Malaysia maju !!! 1 Malaysia utk semua ..
SALAM KEMERDEKAAN KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA
HARAP MALAYSIA TERUS MAKMUR DAN MAJU
selamat kemerdekaan ke 54 tahun MALAYSIA
Selamat Menyambut kemerdekaan yg ke 54.
Tahun depan kita semua harus mengubah sikap…..sentiasa peka pada keadaan yg mana kita menyambut kemerdekaan yg ke 55….Cintailah negara kita yg kita cintai…..Berjumpa kembali di tahun kemerdekaan yg ke 55..(2012). Bertambah 1 thn lagi usia kita thu depan. Dapatlah mematangkan pemikiran segelintir manusia yg buta sejarah. Jgn ada lagi Hero atau Wira sebenar yg muncul dlm bulan kemerdekaan seterusnya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Diet Legakan Usus Rengsa
Merdeka..Merdeka…Merdeka…!!!
Tapi kenapa ramai yang tak mengibarkan bendera yg kita banggakan (Jalur Gemilang),tak kiralah di rumah ,kedai, bangunan dan kereta.Walhal banyak kita kecapi kemewahan, keamanaan, kemakmuran, kestabilan ekonomi, politik, dan biasiswa serta subsidi drpd kerajaan.Kalau bukan kita rakyat Malaysia siapalah lagi yang mahu mengibarkan bendera kita, jika bukan kita sendiri.
MERDEKA!!! Adakah anda betul2 merdeka di jiwa Dan Minda anda?
salam merdeka raya kepada semua.rasanya tahun depan pun kita berpeluang jumpa suasana seperti ni lagi.Insya Allah kalau tak silap la :p
Curahan rasa pacifista @ ..Bonus Pacifista
Selamat hari merdeka buat semua rakyat Malaysia.. Negara dah lama merdeka, adakah diri kita sendiri dah merdeka?
Selamat Hari Merdeka Bro!!
Curahan rasa akustressgiler @ ..Cool : Apabila Dunia Terbalik…(5 Photos)
Selamat Hari Merdeka!
Curahan rasa KDN @ ..What is acne?
Salam Merdeka ke 54
Curahan rasa BloggerHowtt @ ..Bila Lelaki-Lelaki Max 24.7 Tak Berbaju
selamat merdeka…
Comments are closed.