Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Denaihati Network akan menganjurkan Majlis Sepetang Bersama Blogger seperti yang pernah dijanjikan tahun lepas itu pun kalau masih ingat lagi. Majlis Sepetang Bersama Blogger akan diadakan bersama dengan Seminar Pertama WordPress anjuran Akademi Denaihati. Tak sangka pulak banyak pihak yang nak menaja Majlis Sepetang Bersama Blogger, terima kasih semua.
Antara tujuan Majlis Sepetang Bersama Blogger anjuran Denaihati Network :
Majlis Sepetang Bersama Blogger akan diselangselikan dengan berbagai acara yang menarik dan mengejutkan. Insyallah dengan izin ALLAH team Denaihati sedang mengumpul lebih kurang 100 Blogger dari jauh dan dekat untuk berkumpul di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Selangor (klik maps untuk lihat lokasi) pada jam 2.00pm, 15/4/2012.
Para jemputan yang datang akan dihidangankan dengan :
Kepada pembaca setia Denaihati yang teringin untuk bersama di Majlis Sepetang Bersama Blogger sila emailkan “Saya seorang (atau dua orang) ingin ikut serta Majlis Sepetang Bersama Blogger anjuran Denaihati Network” dan emailkan ke akademi@denaihati.com. Jemputan terbuka kepada 25 Blogger pertama dan tarikh tutup pada 11.59pm, 10/4/2012. Kepada peserta akhir Gadget Impian anda semua automatik adalah jemputan hanya perlu sahkan kehadiran melalui email yang sama.
Kepada Blogger yang ingin mempromosi blog, aplikasi dan laman komuniti sila sediakan flyer untuk dimasukan ke dalam beg goodies yang akan diserahkan kepada semua jemputan, sila maklumkan penganjur sebelum 11.59pm, 12/4/21012. Kepada yang sudi nak sponsor majlis seperti wang tunai dan cabutan bertuah sila email ke akademi@denaihati.com sebelum 11.59pm, 13/4/2012.
Kepada Rakan Blogger yang belum daftar Seminar Pertama WordPress anjuran Akademi Denaihati jangan lambat kerana tempat semakin terhad. Cepat-cepat daftar dan buat bayaran @ Seminar Pertama WordPress.
Seronok seronok dapat join event seperti ini
Entri terbaru munir ardi – Apa kataku tentang Brand Denaihati Bagian 1
[...] yer. Hehe. Dan ternyata usaha yang dilakukan selama itu berakhir dengan sebuah sinar kegembiraan. Majlis Sepetang bersama Blogger anjuran Denaihati Network akhirnya mengukir senyuman dan ucapan syukur yang tak terhingga timbul dihati para peserta contest [...]
Moga2 acara seperti ini diadakan lagi oleh bro DH
Entri terbaru Ramzi – Cara Membuat Template Blog Valid XHTML
Keren ni acaranya, kalau rumah saya dekat pasti ikut juga ni

Entri terbaru Ramzi – Cara Mengedit / Merubah Struktur Tag Heading Agar SEO Friendly
[...] Blogger.Pertama kali saya ingin mengucap terima kasih kepada DenaiHati kerana menjemput saya ke Majlis Sepetang Bersama Blogger dianjurkan oleh DenaiHati dan akhirnya sudah diketahui pemenang Contest gadget impian. Bagi pemenang [...]