Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, ini part ke-13 sambungan “Kisahnya Secebis Hati“ hasil coretan dari Penderma HATI, Ahmad Khariri. Kalau belum baca episod awal Part 1 hingga 12 yang dipublish sebelum ni bolehlah KLIK DI SINI. Rakan Blogger boleh menjemput Saudara Ahmad Khariri untuk sessi Motivasi berkongsi pengalaman dan juga kepada yang teringin mempromosikan bisnes isteri beliau sila klik – Bunga Telur Teddy Bear.
Pesakit Bengkak Hati : Allahyarham Adik Mohd Yohitt Bin Mohd Farhan Kutty Krishnan
Penderma Hati : Ahmad Khariri Al-Hadi Bin Md Yusop
Tarikh pembedahan pemindahan hati (Liver Transplant) : 18 Disember 2004
Tarikh Adik Yohitt meninggal dunia : 28 Januari 2005

Ketika di Hospital Kuala Lumpur (HKL) satu masa dahulu, menurut Encik Sharif dan isteri beliau pernah diperli oleh seorang doktor dan jururawat ketika adik Atiqah mendapatkan rawatan di sana.
“You all masih muda lagi.. masih ada masa buat anak lain!”
Kurang ajar! Manusia apa yang sanggup mengeluarkan kata-kata begitu? Tergamak sungguh mereka mengeluarkan kata-kata begitu walaupun harapan adik Atiqah untuk pulih amat tipis. Bayangkan bagaimana Encik Sharif dan isteri beliau apabila mendengar penghinaan sebegitu. Anak yang dikandung selama sembilan bulan sepuluh hari dan dilahirkan di muka bumi ini dengan penuh kasih sayang tiba-tiba ‘dibunuh’ dengan kata-kata begitu.
Walaupun Encik Sharif dan isteri beliau tidak meletakkan harapan yang tinggi tetapi seharusnya pihak hospital memberikan semangat dan bukan sebaliknya. Dengan berkata begitu sebenarnya telah membunuh hati perasaan setiap ibu dan ayah di muka bumi ini. Tatkala Encik Sharif menceritakan hal itu kepada saya, kelihatan air mata beliau berlinang di kelopak mata. Beliau sedaya upaya menahan agar air mata itu tidak jatuh namun setitik demi setitik membasahi pipi beliau. Saya dapat rasakan apa yang beliau rasakan walaupun saya tidak melalui saat-saat begitu.
Para wartawan dan krew mula meninggalkan wad kanak-kanak PPUM ini. Saya dan Encik Sharif bersalaman dengan mereka dan mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi untuk mewawancara kami. Beberapa orang wartawan memberikan kad nama mereka dan menurut mereka sekiranya ada urusan bolehlah menghubungi mereka. Saya mengambil dan menyimpan kad nama mereka. Sebelum beredar mereka memberikan kata-kata semangat kepada kami agar jangan berputus asa. Mereka juga bersedia membantu kami dengan keupayaan mereka sebagai pihak media. Nampaknya mereka bukan sekadar berkata-kata tetapi mereka juga meyakinkan kami dengan segala yang mereka boleh lakukan dengan pekerjaan mereka sebagai wartawan.
Setelah semua beransur pulang, saya juga memohon diri kepada Encik Sharif untuk pulang mengambil isteri di UiTM. Pasti jalan raya ketika ini sibuk kerana masing-masing sudah mulai pulang dari tempat kerja. Mujur saya menunggang motorsikal. Mudah sedikit mencelah dan memecut laju sekiranya keadaan mendesak.
Sebelum berangkat pulang, saya hampiri adik Atiqah yang sedang tidur. Kepenatan barangkali. Wajahnya yang redup itu saya tenung dan cuba menyelami ‘mimpi indah‘ beliau ketika ini. Semoga segala doa dan harapan masyarakat Malaysia untuk melihat adik Atiqah sembuh akan tercapai. Saya sentuh jari jemari kecil beliau dan mengharapkan satu hari nanti saya akan memimpin beliau berjalan dan seterusnya berlari seperti kanak-kanak seusia dengan beliau. Dahi adik Atiqah saya kucup seperti kasihnya saya kepada anak kandung saya sendiri. Saya sampaikan kata-kata kasih sayang dari hati saya melalui bibir yang menyentuh lembut kulit beliau ini.
Walaupun Shah Alam dengan PPUM ini tidaklah sejauh mana, saya rasakan agak berat meninggalkan adik Atiqah yang telah beberapa hari saya kenali ini. Beliau memberikan saya beberapa inspirasi dalam meneruskan kehidupan dengan cara yang berbeza dengan manusia lain iaitu, BERJUANG! Berjuang untuk meneruskan hidup dan berjuang untuk menyedarkan manusia lain erti kehidupan seorang insan lain. Saya mahukan perjuangan ini tidak sia-sia sebagaimananya ribuan manusia mensia-siakan peluang yang diberikan oleh Allah SWT untuk hidup di muka bumi ini namun penghujung nyawanya berakhir dengan ‘belaian’ najis dadah. Ramai manusia yang dapat diselamatkan dengan jarum yang tajam menembusi kulit mereka dan ramai juga yang sebaliknya.
Ketika menuruni lif daripada wad ini, saya melihat ramai kakitangan juga berpusu-pusu untuk meneruskan kehidupan rumah tangga mereka pula. Jika suku hari dihabiskan untuk menjaga kebajikan manusia lain, kini sudah tiba masanya menjaga kebajikan rumah dan keluarga mereka pula. Sungguh murni kehidupan sebagai kakitangan hospital di dunia ini. Mereka menghabiskan masa yang panjang untuk memudahkan urusan pesakit lain. Kita tidak dapat memastikan adakah mereka dapat menguruskan diri mereka sebaik mereka menguruskan insan lain di sekeliling mereka seharian. Semoga Allah SWT merahmati mereka semua.
Malam ini saya akan meneruskan latihan di gymnasium Fitness First. Baru beberapa hari saya menjalani sedikit latihan kecergasan dengan dibantu oleh personal trainer. Saya dapati masih belum ada apa-apa perubahan terhadap susuk tubuh saya. Masih seperti dahulu, gempal dan berisi. Namun saya sesekali tidak akan berputus asa. Biarlah apa yang jadi sekalipun saya akan tetap meneruskan usaha ini. Berdoa dan tawakal adalah selepas saya berusaha sendiri. Yang selebihnya saya serahkan kepada Allah sahaja.
Saya rasakan jadual seharian saya semakin hari semakin padat. Siang hari saya bekerja di kilang dan malam hari pula saya luangkan masa beberapa jam di gymnasium. Hanya tinggal beberapa jam sahaja untuk saya bermesra dengan anak-anak, itupun sekiranya Aina dan Anis masih belum tidur. Biasanya mereka berdua tidur agak lewat kerana ada sahaja pakcik dan makcik saudara mereka yang akan bermain-main dengan mereka. Maklumlah pakcik dan makcik tinggal berdekatan dengan rumah kami. Mereka pula amat pantang diajak bermain. Sanggup melupakan tilam dan bantal semata-mata untuk bermain-main. Kadangkala mata hampir tertutup namun ditahan-tahan juga. Menguap beberapa kali tetapi masih mahu bermain-main. Kadangkala berlarutan sehingga jam 12 malam barulah mereka berdua tertidur di pangkuan.
Bersambung ..
37 Comments
Memudahkan org lain, inshaaAllah Allah akan memudahkan urusan kita
terima kasih bro khai utk titipan kate ni..
Curahan rasa hafizmd @ ..Ceritera 10 Blogger Terbaik Malaysia #SBB2013
suatu kisah yang membuat kita berfikir sejenak akan kepentingan saling menolong sesama manusia. bgus kisah ne 🙂
Curahan rasa syazrin @ ..Cara mengubah design firefox
inspiratif dan menarik….. Hidup memang harus dijalani dengan penuh usaha dan kerja keras….
Curahan rasa Yovhie @ ..Cerpen Remaja “TERNYATA……..”
kisah yang menarik….
Curahan rasa foredi @ ..Agen Foredi Gel Surabaya
kesah yang bagus…
Curahan rasa Travel-Zoom @ ..Different Countries – Travel Deal Tips
Kisah yang banyak membuat kita berfikir akan pentinganya berbagi dan saling memberikan pertolongan
Curahan rasa Kompilasi Pena @ ..Agar Cepat Hamil
Suatu perjuangan yang tinggi nilainya apabila perjuangan yang baik itu boleh mengajak manusia lain turut sama berjuang.
Curahan rasa faizal @ ..Tema Maulidur Rasul 1434/2013
Anak yang meninggal sebelum baligh adalah anak yang suci…tempat mereka di syurga…
Curahan rasa Pendekar @ ..Kalimah Allah dan Fitnah Dajjal.
mereka menanti ibu bapa mereka… kerana mereka ini pada masa lain kelak, mampu menyelamatkan ibu bapa mereka dari dicampakkan ke neraka…
Curahan rasa Pendekar @ ..Kalimah Allah dan Fitnah Dajjal.
Allah tidak menjadikan sesuatu itu yang sia-sia…
Curahan rasa Pendekar @ ..Kalimah Allah dan Fitnah Dajjal.
dikatakan dalam hadis… manusia yang mengambil alih kerja Tuhan itu tempatnya di neraka…
Curahan rasa Pendekar @ ..Kalimah Allah dan Fitnah Dajjal.
dan berapa ramai di kalangan kita yang suka mengambil kerja Tuhan…menghukum manusia lain tanpa belas…
Curahan rasa Pendekar @ ..Kalimah Allah dan Fitnah Dajjal.
dan kerana itu jugalah umat yang paling ramai masuk neraka adalah umat Muhammad…
yang paling ramai masuk syurga juga umat Muhammad…
Curahan rasa Pendekar @ ..Kalimah Allah dan Fitnah Dajjal.
moga kita akan jadi golongan yang kedua itu…
umat Muhammad yang masuk syurga… Amiin…
Curahan rasa Pendekar @ ..Kalimah Allah dan Fitnah Dajjal.
tidak patut betul kata “boleh buat anak lain…”
bagaikan mereka tidak tahu bahawa manusia bukan Tuhan, yang memberikan rezekinya kepada sesiapa yang dikehendakinya…
Curahan rasa Pendekar @ ..Kalimah Allah dan Fitnah Dajjal.
kalau mereka kata macam tu, samalah seperti mereka mahu mengklaim diri mereka sebagai Tuhan…
yang boleh menentukan keputusan untuk sesiapa sahaja yang mereka kehendaki…
Curahan rasa Pendekar @ ..Kalimah Allah dan Fitnah Dajjal.
amatlah dahsyat balasan bagi mereka yang mengambil alih kerja tuhan…
astaghfirullah…
Curahan rasa Pendekar @ ..Kalimah Allah dan Fitnah Dajjal.
kalau kena kat atas batang hidung sendiri baru tau …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Tol Cipularang
kadang2 kena ajar sikit orang2 cam ni …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Tol Cipularang
Comments are closed.