Kawan aku hackers

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Polis kata 90% pengodam atau hackers yang telah mengodam lebih 200 website kerajaan adalah hackers tempatan. Sebelum ini seperti dalam entri “kumpulan pengodam Anonymous ingin menyerang halaman portal kerajaan” dikatakan pengodam ini adalah hackers dari luar negara tapi ternyata meleset.

Ini mengingatkan aku kepada seorang teman baik yang merupakan seorang hackers. Beliau pernah pengodam portal berita harian sehingga kemenangan peraduan silangkata berturut-turut dengan hadiah puluhan ribu dibatalkan setelah kantoi. Beliau juga pernah mengodam beberapa bank dan klimaksnya apabila beliau berjaya mengodam portal Jabatan Perdana Menteri.

Hackers mungkin ada disebelah kita je.

Kelekaan dan keseronokan beliau mengodam website tak lama apabila beberapa pegawai polis telah datang ke rumahnya dan membawa beliau ke Bukit Aman. Beliau telah disoalsiasat lebih 10jam, alhamdulillah tak ditahan tetapi selepas dari peristiwa itu beliau dah taubat dari pengodam portal kerajaan. Mulai dari saat itu beliau sering berulang alik ke Bukit Aman untuk membantu menyelesaikan kes yang berkaitan dengan hackers.

Aku masih ingat pesanan beliau “Jangan underestimate kemampuan PDRM belum sempat off komputer Polis dah ketuk pintu rumah”.

Entah manalah kawan aku ni dah hampir 3 tahun aku tak jumpa dia. Komputer dia pun masih ada lagi di rumah aku. Mungkinkah kawan aku hackers ini sedang membantu PDRM atau mungkin dia salah seorang yang menyerang portal Kerajaan?


Spread the love

69 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!