Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, saat yang ditunggu-tunggu oleh kakak semakin hampir. 2/10/13 – 9/10/13 tarikh keramat untuk kakak dan calon PMR 2013 yang telah ditunggu sekian lama dengan berbagai persiapan. Kakak terpaksa meninggalkan keluarga masuk asrama di Johor awal tahun 2013 demi untuk membuat persiapan rapi menghadapi PMR 2013. Cita-citanya satu untuk mendapat 9A untuk melayakan diri masuk ke sekolah asrama penuh aliran sains.
Amalan ibubapa ketika anak dalam dewan peperiksaan
Di saat-saat akhir PMR 2013 yang paling penting kakak mesti menjaga kesihatan dengan makan makanan berkhasiat, minum air yang cukup dan tidur yang cukup. Sentiasa pesan kepada kakak untuk tidur sebelum jam 12.00 am dan bangun awal untuk membuat ulangkaji. Sia-sia sahaja usaha selama setahun sekiranya pada hari peperiksaan kakak tidak sihat, sudah pasti tak boleh nak fokus kepada peperiksaan. Bagus juga makan Minda Aktif kerana dengan izin ALLAH in shaa Allah boleh membantu menghilangkan perasaan gemuruh, takut, panik, menambah konsentrasi, menguatkan daya fikir, menghilangkan keletihan dan kelesuan fizikal dan mental.
Klik untuk Minda Aktif menguatkan ingatan dan hafalan untuk calon PMR
Masa untuk membaca buku kurang sesuai yang terbaik fokus menjawab soalan ramalan PMR, soalan percubaan PMR dan soalan PMR tahun-tahun lepas untuk mengasah daya ingatan. Biasanya cikgu akan membuat ramalan soalan yang akan keluar berdasarkan trend jadi jangan abaikan ramalan tersebut.
Persiapan fizikal dan mental untuk kakak dan semua calon PMR 2013 sangat penting ditambah dengan doa dari ibubapa. Kalau atok dulu pasti akan puasa sunat untuk mengiringi anak-anak yang menduduki peperiksaan. Usaha telah dibuat selainnya berdoa dan bertawakal kepada Allah swt. Bagus juga solat sunat istikharah memohon semuga Allah gerakan hati untuk kita membaca bahagia-bahagian yang bakal keluar dalam peperiksaan PMR.
Paling bagus sekarang kena buat jadual ulang kaji mengikut jadual waktu peperiksaan PMR 2013. Berdasar pengalaman ulangkaji di saat akhir sangat membantu terutama kalau terbuat latihan atau terbaca tajuk yang keluar dalam soalan peperiksaan. Dengan jadual ulangkaji calon tidak akan cepat panik dan dapat mengulangkaji dengan bersistematik.
Semuga kakak dan semua calon PMR 2013 dapat menduduki peperiksaan PMR dengan tenang, sihat dan dapat menjawab semua soalan dengan betul. Semuga kakak mendapat 9A+.
Jom kongsi tips peperiksaan dengan adik-adik calon PMR dan ibubapa calon PMR.
Jadual Waktu Peperiksaan PMR 2013 Calon Biasa
Jadual Waktu Peperiksaan PMR 2013 Calon Berkeperluan Khas (CBK)
51 Comments
teringat masa zaman sekolah dulu..
Curahan rasa Mus @ ..Membaiki Kamera DSLR Nikon Yang Rosak
Selamat berjuang para semua calon 🙂
Curahan rasa Nurul Imam @ ..Belajar HTML Untuk Pemula
selamat menduduki PMR kepada semua calon…goodluck…
Curahan rasa Ezad Skytech @ ..Pengomen Tegar Ezadskytech.com September 2013
selamat menduduki PMR semua adik-adik, khasnya buat Kakak… good luck
moga doa kakak dan family dimakbulkan Allah dengan segera. Moga kakak menjadi insan yg berguna untuk agama, bangsa dan negara kelak. ameen ya rabb
Selamat menduduki peperiksaan kepada semua calon
tak sabar nak ambi PMR niehhhh…hehehee
Didoakan moga kakak akan dapat menjawab soalan PMR nanti..anak saya masih jauh….tapi memang kita sebagai parent inginkan yg terbaik untuk anak…
Curahan rasa ema @ ..Sebaris dengan guru
All the best to Kakak di PMR nanti. Anak2 kawe form 2 dan 1, so diaorg cuti ler time PMR nanti 😀
Curahan rasa Dulu Lain Sekarang Lain @ ..The Benefits of Palm Oil
tadi ada pelanggan beli cermin mata baru untuk anaknya yang akan menghadapi PMR minggu depan…
semoga berjaya buat anak tuan DH…
Curahan rasa papa mifz @ ..Melawat Muzium Istana Kesultanan Melaka
Semoga para calon PMR dapat menjawap dgn tenang…
Curahan rasa IniKalilah @ ..BONGKAR!!! Petua Rawat Sembelit [SAKSIKAN…]
Doa saya buat kakak (anak Tuan Amir dan anak saya sendiri), semoga cemerlang dengan keputusannya nanti.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Jadual Peperiksaan PMR 2013
Jadikan PMR ini satu landasan untuk ke destinasi kejayaan yang lebih cemerlang di masa akan datang.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Jadual Peperiksaan PMR 2013
Selamat menduduki peperiksaan PMR 2013 buat kakak iaitu anak tuan Amir (denaihati). Tidak luipa juga buat anak saya yang sulong (kakak juga nama timangan). Semoga mereka dan semua calon PMR berjaya menjawab dengan tepat dan terbaik. Bila keluar result nanti dapat 9A, Insha Allah…..
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Jadual Peperiksaan PMR 2013
insyaAllah sama-sama kita diakan anak-anak kita dan semua adik-adik yang ambil peperiksaan.
Curahan rasa Denaihati @ ..Ibadah Haji Kembara Rohani
Comments are closed.