Isra dan Mikraj pengajaran yang dilupai

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, setiap tahun pada 27 Rejab umat Islam akan mengingati kembara Rasulullah SAW di diISRAkan menaiki Buraq dari Masjidil-Haram ke MadinahBukit TursinaBaitul-laham dan berakhir di Masjidil-Aqsa. Daripada Masjidil-Aqsa Rasulullah diMIKRAJkan ke langit dengan menaiki tangga yang diturunkan daripada Syurga ke Baitul-Makmur (betul-betul di atas Baitullah, Mekah), Sidratul-Muntaha, Mustawa, Sharirul-Aqlam, Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab bertemu dan berdailog dengan ALLAH swt.

Kembara Isra dan Mikraj Rasulullah SAW dengan kehendak Allah SWT merupakan titik mulanya solat fardu yang telah Rasulullah SAW diterima lansung dari Allah SWT. Allah SWT melalui Rasulullah SAW telah mewajibkan solat fardu 5 kali sehari tetapi soalnya berapa ramai umat Islam sekarang yang mengerjakan solat fardu 5 kali sehari. Ada juga yang solat tapi tidak lengkap 5 kali sehari tertinggal solat suboh tu biasa tak kurang juga yang tertinggal solat asar kerana tersangkut dalam kesesakan jalanraya. Berapa ramai pulak yang solat tetapi tidak mengikut sunnah Rasulullah SAW iaitu solat berjemaah dimana azan dilaungkan.

Apa balasan untuk mereka yang tidak solat? Dalam kembara Isra dan Mikraj, Rasulullah SAW telah ditunjukkan sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

Kaabah ada kerinduan di hati

Dalam kembara Isra dan Mikraj, Rasulullah SAW juga telah ditunjukkan perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain. Dalam Al-Quran banyak firman Allah SWT yang menentapkan perempuan Islam mesti menutup aurat sehingga ada ayat menyatakan bahawa suami dan bapa yang membiarkan isteri dan anak perempuannya tidak menutup aurat dikira dayus. TETAPI mengapa masih terlalu ramai perempuan Islam yang tidak menutup aurat? Ada yang kata “Saya belum bersedia pakai jilbab, Insyallah saya akan pakai bila terbuka hati, Akhlak kawan yang bertudung pun bukan baik sangat, Belum dapat hidayah lagi” dan berbagai alasan yang diberi oleh mereka. Apakah alasan ini diterima oleh Allah SWT?

Apakah Isra dan Mikraj pengajaran yang dilupai oleh majoriti umat Islam di akhir zaman?

Banyak lagi peristiwa yang dilalui oleh Rasulullah SAW dalam kembara Isra dan Mikraj yang boleh rakan blogger tonton melalui ceramah Ustaz TM Fouzy ..


Spread the love

75 Comments

  1. Rasulullah adalah sosok “uswah”, pribadi yang hadir di tengah-tengah umat sebagai, tidak saja “muballigh” (penyampai), melainkan sosok pribadi unggulan yang harus menjadi “percontohan” bagi semua yang mengaku pengikutnya. “Laqad kaana lakum fi Rasulillahi uswah hasanah”.
    Curahan rasa Bang Iwan @ ..Google Update PageRank Juni 2011My Profile

        1. Pada shalatlah terkumpul berbagai hikmah dan makna. Shalat menjadi simbol ketaatan total dan kebaikan universal yang seorang Muslim senantiasa menjadi tujuan hidupnya.

  2. Peristiwa yang penting dan diraikan oleh umat islam sedunia. Isra’ dan mikraj merupakan salah satu mukjizat Rasulullah S.A.W yang dikurniakan oleh ALLAH S.W.T .. Keistimewaan nya hanya baginda mendapat mukjizat itu. Subhanallah..
    Curahan rasa Iqbal @ ..Lagu Kalau Cinta- Aliff Aziz ft JoannaMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!